
Friday, January 29, 2010
Jatuh Cinta..
Thursday, January 28, 2010
Jooom...... Jom.....

Macam2 brand ada..... Macam2 barang ada....
Sempat sambar baju untuk Eisya. Mari serbuuuu.....

Tuesday, January 26, 2010
Contest Sweet Picture Anak Bersama Ibu
Anjuran : Ieya
Penaja : Mytomeioutlet
pic yang di pertaruhkan..

Contest Tiru Macam Saya
Anjuran: Walai Batikku
pic yang di pertaruhkan...


Monday, January 25, 2010
Gadis Melayu..
Eisya sekarang ni,kuat tul la merajuk..adoi..tak leh kena marah skit mesti nangis..tapi dia macam wat-wat nangis je..bukan betul pun..dah tu,kalau pe yang dia nak,kita tak bagi,pun nangis gak..ish..ish..nangis manja la tu..tapi banyak gak yang kelakar ngan eisya ni..dah pandai nak bergaya..nak pakai rantai la,gelang,spec mata..tambah dengan beg lagi..kehulu hilir nak suh pakaikan beg..kalau tak beg dia,beg yang macam bakul tu pun boleh..dia letak kat tgn mcm org nak g pasar tu..hihii..macam cik kiah nak ke pasar..:p layankan aje la..

Saturday, January 23, 2010
Berkabung 7 hari
Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.
Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.
Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.
Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.
Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.
Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.
Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.
Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.
Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.
"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.
Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.
"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.
(copy from Berita Harian)
p/s:-nak kena cari tudung putih ni..7 hari nak kena pakai ..

Friday, January 22, 2010
Dialah Di Hati..
Wednesday, January 20, 2010
Penyakit Oh Penyakit..
So dari dibiarkan berhabuk tu,baik kita letak piccas buat tatapan auntie eisya yang jauh di mata tu..nanti kita letak video lak ye..layan la semua ni..



Monday, January 18, 2010
SweetLovelyShoppe Cutest Baby Photo Contest
Anjuran : Sweet Lovely Shoppe

Sunday, January 17, 2010
Panas Tanpa Hujan..
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan
seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut
menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana
Anak kecil tadi berdiri.
Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?
"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Friday, January 15, 2010
Tudung GiveAway Contest
Anjuran : Teratak Comellotte
Saat Indah Percutian Anda adalah:-
Tahun : December 2008
p/s:-tahniah min..dalila dapat masuk finalist..

Thursday, January 14, 2010
Kami Budak Baru Belajar...
-hasil mr 'c'
-eisya dah mula nak main semula..:)

Wednesday, January 13, 2010
MOBS & Lollietots CUTEST SMILE BABY CONTEST
Tuesday, January 12, 2010
Denggi???
So,masa kena check tu,citela semuanya pada paed pasal eisya yang muntah-muntah dan cirit birit ni..pastu time malam memang temperature eisya naik..after dah check semua tu,nampak muka eisya ni ade macam merah-merah je..badan pun ade skit-skit..paed cakap symptom ni macam denggi je..so better kena check darah..masa paed cakap masa tu,adoi..takut betul..mintak sangat eisya jangan kena denggi sebab denggi ni kan kalau kena habis sakit semua sendi..dah macam nak nangis masa tu..lepas dah g makmal tu,kena datang balik dalam kul 12 untuk tengok ujian darah tadi..Balik umah dulu,mandikan eisya jap..sempat bagi eisya makan lagi..tapi lepas tu keluar balik makanan tu..
Dalam tengah nak siapkan eisya tu,ade call dari hospital.cakap dah boleh datang tengok result..emm..berdebar tul masa tu..dalam hati.memang doa sangat eisya tak ade ape-ape..Jumpa paed semula,then paed cakap 'Alhamdulillah aleesya negative denggi'..Ya Allah..memang itulah jawapan yang nak di dengar..Memula rasa better eisya admit je,tapi paed cakap monitor sampai 48 jam..kalau demam lagi memang terus admit la..tapi kalau dalam masa tu,eisya dah teruk,terus bawa ke emergency je..So now,memang tengah monitor je la eisya..Hopefully,eisya akan terus sihat seperti biasa..
Terima kasih pada yang mendoakan eisya cepat sembuh..Moga satu masa nanti eisya tahu yang ramai blogger ni sayang pada eisya..
-cite ni dah macam karangan lak..hihii
-Selamat Hari Lahir buat adik ku..Sory lambat wish..

Monday, January 11, 2010
I hope U hope
Saturday, January 9, 2010
CUTEST BABY OF THE PLANET 2009
Anjuran : Mombloggersplanet
