Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Contest Bayi Nangis

Contest : Bayi Nangis

Anjuran : Fiza Fidi

Banner Contest :

Pic yang dipertaruhkan :

low_res_IMG_0673

Nama Bayi : Nur Aleesya binti Mohd Adzhar

Nama Ibu : Pn Fara

Tarikh Lahir : 09 Oktober 2008

 

Tarikh tutup : 14 November 2010

Wednesday, August 11, 2010

Perkembangan Kesihatan Aleesya..

 

Salam Ramadhan semua..Moga kita semua dapat sesuatu dengan bulan yang mulia ni ye..

Sebelum cite panjang,nak ucap terima kasih bebanyak kat auntie-auntie yang mendoakan kesihatan eisya..tak sempat nak balas komen tu semua..masah lagi menjaga eisya..

Cite bab eisya ni,alhamdulillah eisya sekarang dah beransur baik..Ni la 1st time eisya demam lama..selalu eisya demam 1 atau 2 hari saje..Yang bebenornya,eisya demam since khamis lepas..Sabtu hari tu,dah pergi ke klinik..doc pun dah bagi ubat..masa tu eisya memang dah lembik tul..Paed eisya lak,tak buka klinik hari ahad..so kena la tunggu isnin..sebab tak sanggup tgk eisya dah lemah sangat tu yang cari klinik tetangah malam..banyak lak klinik tak buka..dah fikir nak g emergency je masa tu..tapi last-last jumpa klinik Penawar kat Bandar Baru Uda..jauh gak la mencari klinik ni..

Doc masa tu cakap,kena tengok dalam 2 hari macam mane..kalau still tak baik gak,kena terus ke hopsital..Tu yang isnin pergi jugak jumpa paed eisya..Patut la eisya demam lama,then tak nak susu dan makan semua..rupanya dalam mulur dia adal ulser tu..yang mata ikan tu la..

Huh,masa doc tunjuk tu,memang kesian sangat kat eisya..patut la dia tak nak minum susu..sakit kena puting tu..kat tekak sampai dah merah penuh ngan ulser tu..Memula ingat eisya kena penyakit tangan kaki dan mulut tu..tapi paed cakap bukan..cuma virus dia seakan-akan sama..Masa tu,dalam kepala otak ni takutnya la eisya kena tahan kat ward..Tapi doctor kata,tak pe lah,boleh jaga dia sendiri kat rumah..kalau still esoknya eisya tak nak susu dan minum air,baru kena tahan..ooo tidak..tak sanggup..

Hah,lagi satu eisya kena guna yang sedut kahak..dalam paru=paru kanan dia ada kahak..dah la 1st time kena sedut..meraung gak la eisya masa tu..kena pegang betul-betul..memang mencabar,,

Alhamdulillah,semua ubat memang paksa eisya makan..tak nak eisya kena tahan..sampai meraung-raung eisya kena paksa makan ubat..Gel tu lak,bagus jugak..lepas letak gel tu,eisya cakap nak susu..lega tul rasanya..

Eisya punya bibir masa demam tu,memang merah dan penuh ngan pecah-pecah sebab kering tak ada air dalam badan..cakap pun tak nak..nak berdukung je..Dah la eisya tak nak dukung ngan orang lain..nak ngan ummi je..huh,mencabar tul masa tu..dengan nak bawak perut ni lagi,dukung eisya lagi..tak cukup tido..pergi skolah dah macam zombie je rasanya..mata bengkak badan semua sakit..Masa kat sekolah pun,hanya jasad je kat sana,kepala otak ngan jiwa memang kat eisya je..pantang free mesti call baby sitter tanya keadaan eisya..

Mak oi,terpanjang lak cite sal eisya demam ni..hihi..tak pelah..wat kenangankan..

Ok..stop kat sini dulu..Moga eisya terus sihat dan boleh makan macam biasa..dah kurus dah eisya..rindu ngan suara dan bebelan eisya tu..waaaa…

 

p/s

-Hari ni Johor Cuti..yahoooooo

-Sekarang dah 28 minggu..maknanya 7 bulan..tinggal 2 bulan lebih je lagi..suka dan takut pun ada..

-n3 tak ada gambar ye..

Sunday, August 8, 2010

EIsya sakit..

 

Emm…tak dapat nak cite panjang kat n3 ni..ni pun curi-curi update time eisya tengah tido..eisya sekarang ni tengah demam..dah 4 hari demam..pergi klinik pun dah..still tak baik lagi..makan langsung tak nak..minum susu pun muntah je..batuk dan ada kahak..doc cakap pun kat paru-paru dia ada kahak..so esok nak bawak eisya g paed la..moga eisya cepat la sihat..doakan untuk eisya ye..

Sebelum tu,nak bagi korang tengok la gaya orang yang berlagak pandai ni..hihii..yang bebenornya,daddy eisya pergi kelas outing ngan kawan-kawan ayah damia atau husband ayu..so korang tengok la dulu pic yang ni dulu..pic yang lain next n3 k..(takut eisya bangun nangis lak nanti ummi tak ade kat dia..)

 

39020_116598615059743_100001288156869_119340_3499132_n 39020_116598628393075_100001288156869_119343_3667969_n 39020_116598608393077_100001288156869_119339_2257984_n

hihi..macam-macam style ada..

(style2 ni semuanya copy from FB ayah damia..10q ye cikgu din..)

 

ok,ni 1 hasil dari tembakan tu

low_res_IMG_4210

amacam..ok ke hasil dari daddy eiisya ni???

 

p/s:

-ada tip tak macam mana nak bagi budak sebaya eisya makan ubat..eisya asyik muntahkan semula je ubat..

Saturday, April 10, 2010

Salam semua....

Apa khabar semua..... Ni dady eisya yg update blog ni. Ummi tgh kumpul mood untuk update blog. Tgh2 pregnant ni blh lak sakit gigi. Kesian lak tgk ummi eisya menahan sakit dan susah nak kunyah makanan.

Semlm gi second check-up dgn Dr Noraini. So far alhamdulillah baby ok. Baby berada di dalam rahim. Tgk baby pun dah besar. EDD mcm end of October or early of November. Kalau October blhla buat birthday sekali je dgn Eisya. Haha......

Anyway layan jela gambar Eisya posing kat dlm umah.....

Ummi Eisya kim salam semua.
Tak lupa juga terima kasih semua.

Tuesday, January 12, 2010

Denggi???

Pagi semalam, dalam kul 8.30 dah sampai ke Hospital Puteri ..Huh,orang no 1 tu..sebabnya takut tak sempat lak nak g skul nanti..tapi paed masa tu,ade emergency kes lak..so kena la tunggu paed sampai klinik semula..eisya masa kat klinik tu,temperature eisya 39'c..terus nurse masukkan ubat ikut punggung..eisya dah tertido lepas tu..sampai la paed datang semula dalam kul 10..lenguh gak tangan mendukung eisya masa ni..

So,masa kena check tu,citela semuanya pada paed pasal eisya yang muntah-muntah dan cirit birit ni..pastu time malam memang temperature eisya naik..after dah check semua tu,nampak muka eisya ni ade macam merah-merah je..badan pun ade skit-skit..paed cakap symptom ni macam denggi je..so better kena check darah..masa paed cakap masa tu,adoi..takut betul..mintak sangat eisya jangan kena denggi sebab denggi ni kan kalau kena habis sakit semua sendi..dah macam nak nangis masa tu..lepas dah g makmal tu,kena datang balik dalam kul 12 untuk tengok ujian darah tadi..Balik umah dulu,mandikan eisya jap..sempat bagi eisya makan lagi..tapi lepas tu keluar balik makanan tu..

Dalam tengah nak siapkan eisya tu,ade call dari hospital.cakap dah boleh datang tengok result..emm..berdebar tul masa tu..dalam hati.memang doa sangat eisya tak ade ape-ape..Jumpa paed semula,then paed cakap 'Alhamdulillah aleesya negative denggi'..Ya Allah..memang itulah jawapan yang nak di dengar..Memula rasa better eisya admit je,tapi paed cakap monitor sampai 48 jam..kalau demam lagi memang terus admit la..tapi kalau dalam masa tu,eisya dah teruk,terus bawa ke emergency je..So now,memang tengah monitor je la eisya..Hopefully,eisya akan terus sihat seperti biasa..

Terima kasih pada yang mendoakan eisya cepat sembuh..Moga satu masa nanti eisya tahu yang ramai blogger ni sayang pada eisya..ummi perasan je lebih..

rindu nak tengok eisya buat muka macam ni..cute tak??

p/s:
-cite ni dah macam karangan lak..hihii
-Selamat Hari Lahir buat adik ku..Sory lambat wish..

Sunday, August 9, 2009

~Jumaat yang menakutkan~

Hari jumaat yang lepas,terpaksa jugak bawak eisya pergi ke klinik sebab selsema ngan batuk eisya tak hilang-hilang jugak..kesian lak nengok dia tido tak selesa je..Eisya demam dari minggu lepas lagi,demam macam dah ok skit cuma selsema ngan batuk yang tak hilang lagi..Bukan tak nak bawak eisya dari awal demam lagi,tapi sebab aku kalau boleh tak nak bawak eisya ke hospital ni,maklumla sekarangkan ramai sangat orang pergi ke hospital..kang lagi teruk demam eisya ni..disebabkan dah bagi last day sampai jumaat(leh lagi tu bagi date line nak bawak gi hospital..huhu..)daku pun bawak la eisya jugak..pergi pagi ke hospital puteri tu,sebab memang takut nanti ramai orang,tak sempat lak nak pergi sekolah..daddy pergi keje tu,terus follow sekali..angkut je eisya dengan tak mandinya..salin baju je..hihihi...

Sampai je kat hospital puteri tu dalam kul 8.30 am..memula tu macam pelik skit sebab nape ramai sangat orang kat pintu masuk ni..lepas parking kete je cecepat pergi,takut nanti lagi ramai orang..tapi,sampai je kat pintu tu,semua orang kena wat saringan dulu..kena pakai mask lak tu..aduh aku dah takut tak leh masuk sebab daku pun still ade saki baki demam lagi ni..alhamdulillah boleh masuk..tapi kena pakai mask ngan sorang je boleh masuk bersama eisya..dia nak kurangkan orang yang masuk hospital..aduh!!dah la beg susu ngan diapers eisya lagi,nak dukung eisya lagi,so ambik keputusan aku la yang masuk..ialah kang daddy susah lak nak terang kat paed nanti..giler sakit bahu masa tu,sebelah dukung eisya sebelah lagi bawak beg..dah la kena pakai mask,eisya lak tak nak pakai..ialah eisya kan kecik lagi,dia mana tahu ape kegunaan mask ni then dia tak suka la nak tutup hidung ngan mulut tu..cuma nurse yang jaga pintu tu,bagi jugak mask untuk eisya..tapi daku cakap la yang eisya tak boleh guna mask ni,nurse pesan kalau boleh jangan duduk kat tempat yang ramai orang..cuba jauhkan diri dari kalangan orang yang berkumpul..sepanjang nak tunggu lift tu kan ramai orang..puas gak daku nak tutup hidung eisya ni,mask tu letak kat tangan je..masa ramai orang kerumun barulah daku tutup skit hidung eisya ni..dalam lift pun tutup gak..lenguh giler tangan..mana nak dukung,bawak beg,nak tutup hidung eisya lagi..sampai je kat klinik paed tu,nengok orang tak la ramai sangat..tapi dah ade la yang menunggu..doc lak ade kes masa tu..kena la tunggu doc lak..aku lak tepon daddy,suh jugak daddy masuk..aku suh daddy cakap nak jumpa doctor lain lak..hahaha,tipu sebab nak masuk hospital la tu..tak boleh nak handle sesorang la..eisya nak susu lagi..nak buat susu lagi..sambil tunggu tu,tanya la nurse yang kat klinik tu,nape kena saring bagai ni..dia kata ade sorang dah kena H1N1 ni..tapi dah hantar ke gov hospital..Ya Allah,masa tu dalam hati doa agar eisya ngan aku dijauhkan la penyakit ni..aku pun dok jauh je dari orang..akhirnya daddy dapat jugak masuk..alhamdulillah,boleh la nak bernafas skit..

Lama gak la menunggu doc tu,dalam kul 10 baru la doc sampai..lepas check smua,eisya tak ade ape-ape.cuma selsema ngan batuk biasa je..takut sangat masa tu..sempat lagi tanya doc,macam ne simptom H1N1 tu,doc siap terangkan lagi..Kena pantau jangan sampai eisya macam sesak nafas je..sebab tu la simptom H1N1 tu,susah nak detect dari awal sebab dia sama macam demam biasa je..Lepas dah settle semua tu,terus balik..tak berani nak jalan mana-mana lagi sebab takut la jugak..kat JB ni kan dah ade ramai yang kena virus tu..tapi dalam pada nak tunggu doc tu,sempat lagi ambik gambar skit..kekekee..layan je la..

tengah tunggu doc..

eisya yang sampai tertido..penat la tu..

suami isteri yang dah macam shinobi je..hihihiii

ummi dan eisya,nak tunggu ambil ubat..

p/s:-
-yeye..eisya dah genap 1o bulan..
-min,terima kasih sebab bertanyakan khabar eisya..




Tuesday, March 17, 2009

Aleesya kena cucuk

Alhamdulillah eisya dah baik dah demam. hari tu teruk jugak la eisya demam. rasanya ni first time eisya demam tu yang teruk skit. sebelum ni kalau kena cucuk ke eisya ni still maintain lagi tapi dah 5 bulan ni demam lak.then orang-orang yang menjaga eisya ni pun semuanya demam.so hari jumaat pergi la klinik sebab eisya tak boleh nak menyusu.lepas minum susu je mesti muntah.dah la batuk teruk sangat sampai tengok dia batuk kesian sangat.doc ckp eisya punya tekak pun dah merah.tapi dalam demam-demam tu senyuman still tak lekang dari mulut eisya ni sampaikan atuk eisya cakap cucu dia ni demam pun nampak cantik lagi.ha..ha..ha..tengok la ummi dia ni.cehh puji diri lak..

gaya tak macam eisya demam...

lepas je eisya ni macam nak baik je bawak la eisya pegi jalan-jalan skit.nak bagi dia seronok lar..pegi la shopping baju eisya lgpun dah kebetulan ummi lak dapat baucer dari jucso.so gunakan la baucer tu untuk beli baju-baju eisya.lupa lak nak snap pic baju-baju tu.Sekarang ni kalau kat umah memang susah skit nak update blog sebab eisya ni dah pandai lak nak main laptop.memang pantang tengok ummi ngan daddy depan laptop mesti nak joint sama.eisya ni nak ikut perangai daddy ke jadi hantu laptop.ha..ha..daddy jangan mare ye..orang lelaki ni kalau dah minat sangat ni susah jugakkan.kat ofis ngan pc, kat umah ngan laptop lak.entah la wat pe.rasanya duk main internet jela tak pun melayan game bola kat internet.betul tak daddy..

eisya main laptop ngan daddy..(abaikan la yang bersepah kat belakang tu.huhu)

sekarang ni pulak eisya dah ade kegemaran yang baru.eisya suka sangat main tarik-tarik stokin dia. sampaikan dah nak tercabut dah.emm pastu suka isap kaki sendiri.kata orang tua-tua itu petanda dia nak adik.yeke??ala itu ramalan sajekan.kalau ade terima je la tapi kalau boleh tunggu la eisya besar skit..ponat den.. :0...tengok jela aksi eisya ni ....

tengah aim la tu nak tarik stokin mane lak ni...

hah dah dapat..kaki ni la..

tukar kaki la pulak..boring la sebelah je tarik..

susah sangat nak pilih, tarik 2 sekali kan senang.ha..ha..adoi, sampai terkangkang anak dara aku ni..ish..ish..

ummi,tengok la stokin eisya ni..