Thursday, June 16, 2011
Aku jadi lilin,terangkan dunia orang lain..N3 panas untuk ‘kawan’ blogger yang tetttt
Pada yang rasa n3 ni akan mengaibkan orang,terpulanglah..tapi daku mencoretkan kat sini bukan untuk tujuan nak mengaibkan orang,tapi untuk panduan rakan-rakan blogger yang lain..Moga korang tak terjebak atau terkena macam daku ni..
Eh,bunyi macam serius je ekh..hihii..nak kata tak serius,macam serius..entah la,tak reti nak cakap..
Pe citenye ni???
Ok,citenya gini,ada 1 of kawan blogger aku dah pinjam duit ngan aku..nak kata rapat sangat ngan kawan tu tak ada lah sangat..pernah la jumpa lepas dah selalu berkomen-komen kat blog di alam maya ni..blog dia pun selalu gak la aku jengah time dia selalu update dulu..sekarang ni,macam dah suram je..bz kot..hihii
Kawan tu hantar sms pada daku cakap nak pinjam wit..jumlah dia tak yah la daku bagi tahu kat sini..dia cakap one of family dia kena kejar ngan ahlong..masa memula dapat sms tu,daku wat tak tahu je dulu..banyak kali fikir la..so tanya la encik suami,then dia kata,kalau rasa nak bantu orang dalam susah,tolong je la..lagipun,mana tahu waktu kita susah nanti,orang tolong kita pulak.
So,daku pun bagi la kawan tu pinjam wit daku.masa nak bagi pinjam tu,dia kata akan bayar akhir bulan tu jugak,dia pinjam dalam pertengahan bulan 4 la..Then,terima lagi satu sms mengatakan KENA MASUK DUIT HARI TU JUGAK..means,dia nak hari yang sama gak la..aku pun bagi la gak time yang dia nak tu..ok fine,duit dah transfer..
Nak dijadikan cerita,sampai akhir bulan 4,satu sen duit yang dia kata nak bayar balik tu daku tak terima langsung..Masa tu,tak la kisah sangat sebab mungkin dia tak leh bayar lagi..Sampai tak silap,pertengahan bulan 5,daku ada sms dengan dia,tanya apa cerita..dia bagi reason,duit yang dia kata nak byr tu,adik dia dah terpakai..so tunggu lagi sampai akhir bulan 5.masa bagi sms tu,banyak kali aku sms,tapi liat betul dia nak bls..cakap,tak ada kredit la..
Bebenornya,segan gak nak mintak hutang ngan orang,tapi disebabkan daku nak renew insurans ngan roadtax kete.memang duit yang bagi kat dia tu,simpan untuk renew insurans..daku ni,bukanlah kaya sangat yang sentiasa banyak duit…keje pun jadi kuli je..bak kata orang ‘Kais pagi makan pagi,Kais petang makan petang’..kalau banyak duit,baik daku duduk rumah jaga anak je..lagi bagus..tetiap bulan encik suami bagi duit..hihi..best gak macam tu kan..
Tapi dek kerana nak cukupkan duit,tu yang ‘terpaksa’ mintak gak..tapi sayangnya,macam-macam alasan dia bagi..Aku call tak pernah dia angkat..Lepas sms yang dia kata adik dia nak bayar akhir bulan tu,sampai sekarang,bila aku sms,tak pernah dia balas..Call apa tah lagi..Pastu nak lagi best,daku ada try call dia,guna telefon rumah..Amboi!!angkat tau..tapi orang lain yang angkat then cakap dia tak ada..Bila aku tanya siapa yang cakap tu,orang tu asyik tanya aku ni siapa..Nak lari daripada soalan aku la tu..Gilerr sekejap aku masa tu..rasa nak terjah je umah dia..hihii..
Hah,gitulah ceritanya..pada korang aku nasihatkan,jangan la terjebak macam kes daku ni..memang tak sangka sangat perangai dia macam tu..jumpa in person dengan dia then kat blog dia,memang macam baik la dia tu..tak sangka ini rupanya perangai dia..
Kat sini gak,aku nak pesan kat orang tu,kalau dia baca la..
‘Akak,terpulangla pada akak nak bayar ke tak.kalau bayar saya terima, dan kalau tak bayar,saya dah halalkan apa yang akak dah pinjam.dah malas nak fikir benda ni lagi.Serabut kepala je..Kalau tak halalkan nanti,kat ‘Sana’ hisab saya lambat pulak..Moga Allah datangkan rezeki untuk saya dari cara arah lain lak..Siapa tahu,Allah nak bagi banyak lagi rezeki lepas ni..Saya juga mintak sangat ngan akak,jangan buat perkara ni pada orang lain.Cukupla saya dah lalui semua ni..Umur kita makin meningkat,takut-takut kita tak sempat bayar hutang tu,then orang tu tak halalkan,susah kita kat ‘sana’ nanti..Harap akak faham la..Cakap banyak pun,akak dah leh fikirkan apa baik dan buruknya tak bayar hutang ni..’
daku wat keputusan halalkan tu pun makan masa tau..tu pun encik suami yang pujuk..lagipun daku rasa lagi daku fikir benda ni,lagi sakit hati..daku gak yang tak tenteram..dah tu cepat tuakan fikir masalah je..hahahaa..
Pada korang semua,jadikan cite daku ni sebagai pengajaran wat korang ye..
Terima kasih juga kat member-member blog yang banyak bagi nasihat kat daku..sangat menghargainya…
Eh,korang kenal ke kawan blog daku tu..lupa lak daku nak mentionkan nama dia..tapi rasanya tak payah la,sebab tak baik aibkan orang..Nanti Allah,buka aib kita pulak..
Renung-renungkan & Selamat Beramal..
p/s:-amacam,panas tak n3 ni..biasa-biasa je kan..
Monday, May 23, 2011
Apa pandangan korang???salah ke daku???
Aku rasa macam nak lepaskan geram kat sini la..lepas tu nak tanya apa pandangan korang???
Apa citenye ni..???
Gini,masa hari jumaat lepas,masa tu on the way nak balik rumah..so ternampak la satu banner yang tulis tentang satu Program cepat membaca..Banner tu betul-betul kat trafic light..so masa nak tunggu lampu hijau tu,daku pun salin la nombor telefon tu..
So masa nak balik tu,terfikir lak,rasa macam nak try call..kot-kot la eisya leh joinkan..sebab kat banner tu ada pic budak-budak..tu yang rasa macam klu boleh nak bagi eisya join lagipun dia wat setiap hari ahad je..Memang msa tu sesuai la..
Dia tulis lak,tempat terhad,so masa sampai tu,terus la call nak tanya..Berborak la dalam telefon dengan orang tu..Daku pun tanya la pasal program tu macam mana..Umur berapa yang boleh join..So orang tu cakap,dia amik dari umur 4 tahun hingga 12 tahun..Lepas dah tanya pasal umur tu,orang tu tanya anak umur berapa. Daku pun cakapla umur eisya..Then daku cakap kat dia,yang eisya belum 4 tahun lagi..
Terus dia kata,ada gak dia amik budak umur 3 tahun..setakat yang daku call tu,dia kata dalam 3 orang..Tapi dia kata ada syarat..Syarat dia,bila dah masuk program tu,dah bayar,nak keluar tak boleh amik duit..kiranya macam burn jela wit tu..Lepas tu,dia kata dia tak nak amik budak yang nangis..
Daku pun cakap la,memula memang la nangis klu kena tinggal sebab budak-budak lagikan..Mesti la ada rasa takut.Mana-mana budak pun akan macam tu jugak..Jadinya,aku pun tanya la satu kelas tu berapa orang.Dia kata satu kelas dalam 30 orang,campur dari 4 tahun sampai 12 tahun..Tak tahu la macam mana dia nak ajar tu nanti..Dah campur semua peringkat umur satu kelas.
Then,daku pun tanya la,masa mula kelas tu,ibu ayah leh tunggu tak anak..Tahu tak dia jawab ape, TAK BOLEH..nak tahu sebab apa, SEBAB SAYA TAK SELESA KALAU NAK AJAR BILA ADA IBU BAPA..masa dengar tu rasa macam kelakar pun ada..daku pun cakap la,la saya pun cikgu gak,pada saya tak perlu rasa segan..kalau kat sekolah tu lagi la,kea observe nye lagi ngan pengetua la..Segan skit tu biasa la..Tapi ayat dia banyak kali dia tekan kan tak boleh tunggu..Korang bayangkan la,dah la budak umur 3 tahun,tapi tak boleh tunggu..Tak ke budak tu takut nanti..
Terus masa tu rasa pelik skit ngan cikgu ni,daku tanya la dia dari program apa..Tapi dia tak jawab..tanya lagi,dia dari sekolah mana..Tak jawab gak..Pastu daku tanya lagi,dia ni dari agensi mana..dia just cakap dia freelance..Pastu daku pun tanya la lagi,yelah,siapa yang anjurkan program ni..Nak tahu tak dia jawap apa????
‘Saya rasa saya tak perlu jawap soalan puan tu,puan tak berhak tanya saya soalan macam tu..Puan ni bukan polis’..amik ko..sekali dia leh jawab macam tu..Terus daku kata,tak pelah,saya tak berminat nak bagi anak saya join program ni..letak terus phone..Gerammmmmmmmm
So,pada pandangan korang,salah ke apa yang daku tanya tu..????Perkhidmatan dia berbayar,bukan kerja amal..Sebagai pembayar,rasanya kita patut tahu kan..
Friday, January 7, 2011
Aku semakin parah!!!!!
Ya Allah,tenangkan lah hatiku ni..Macam mana nak tenangkan hati yang tengah kusut...




