Thursday, June 16, 2011
Aku jadi lilin,terangkan dunia orang lain..N3 panas untuk ‘kawan’ blogger yang tetttt
Pada yang rasa n3 ni akan mengaibkan orang,terpulanglah..tapi daku mencoretkan kat sini bukan untuk tujuan nak mengaibkan orang,tapi untuk panduan rakan-rakan blogger yang lain..Moga korang tak terjebak atau terkena macam daku ni..
Eh,bunyi macam serius je ekh..hihii..nak kata tak serius,macam serius..entah la,tak reti nak cakap..
Pe citenye ni???
Ok,citenya gini,ada 1 of kawan blogger aku dah pinjam duit ngan aku..nak kata rapat sangat ngan kawan tu tak ada lah sangat..pernah la jumpa lepas dah selalu berkomen-komen kat blog di alam maya ni..blog dia pun selalu gak la aku jengah time dia selalu update dulu..sekarang ni,macam dah suram je..bz kot..hihii
Kawan tu hantar sms pada daku cakap nak pinjam wit..jumlah dia tak yah la daku bagi tahu kat sini..dia cakap one of family dia kena kejar ngan ahlong..masa memula dapat sms tu,daku wat tak tahu je dulu..banyak kali fikir la..so tanya la encik suami,then dia kata,kalau rasa nak bantu orang dalam susah,tolong je la..lagipun,mana tahu waktu kita susah nanti,orang tolong kita pulak.
So,daku pun bagi la kawan tu pinjam wit daku.masa nak bagi pinjam tu,dia kata akan bayar akhir bulan tu jugak,dia pinjam dalam pertengahan bulan 4 la..Then,terima lagi satu sms mengatakan KENA MASUK DUIT HARI TU JUGAK..means,dia nak hari yang sama gak la..aku pun bagi la gak time yang dia nak tu..ok fine,duit dah transfer..
Nak dijadikan cerita,sampai akhir bulan 4,satu sen duit yang dia kata nak bayar balik tu daku tak terima langsung..Masa tu,tak la kisah sangat sebab mungkin dia tak leh bayar lagi..Sampai tak silap,pertengahan bulan 5,daku ada sms dengan dia,tanya apa cerita..dia bagi reason,duit yang dia kata nak byr tu,adik dia dah terpakai..so tunggu lagi sampai akhir bulan 5.masa bagi sms tu,banyak kali aku sms,tapi liat betul dia nak bls..cakap,tak ada kredit la..
Bebenornya,segan gak nak mintak hutang ngan orang,tapi disebabkan daku nak renew insurans ngan roadtax kete.memang duit yang bagi kat dia tu,simpan untuk renew insurans..daku ni,bukanlah kaya sangat yang sentiasa banyak duit…keje pun jadi kuli je..bak kata orang ‘Kais pagi makan pagi,Kais petang makan petang’..kalau banyak duit,baik daku duduk rumah jaga anak je..lagi bagus..tetiap bulan encik suami bagi duit..hihi..best gak macam tu kan..
Tapi dek kerana nak cukupkan duit,tu yang ‘terpaksa’ mintak gak..tapi sayangnya,macam-macam alasan dia bagi..Aku call tak pernah dia angkat..Lepas sms yang dia kata adik dia nak bayar akhir bulan tu,sampai sekarang,bila aku sms,tak pernah dia balas..Call apa tah lagi..Pastu nak lagi best,daku ada try call dia,guna telefon rumah..Amboi!!angkat tau..tapi orang lain yang angkat then cakap dia tak ada..Bila aku tanya siapa yang cakap tu,orang tu asyik tanya aku ni siapa..Nak lari daripada soalan aku la tu..Gilerr sekejap aku masa tu..rasa nak terjah je umah dia..hihii..
Hah,gitulah ceritanya..pada korang aku nasihatkan,jangan la terjebak macam kes daku ni..memang tak sangka sangat perangai dia macam tu..jumpa in person dengan dia then kat blog dia,memang macam baik la dia tu..tak sangka ini rupanya perangai dia..
Kat sini gak,aku nak pesan kat orang tu,kalau dia baca la..
‘Akak,terpulangla pada akak nak bayar ke tak.kalau bayar saya terima, dan kalau tak bayar,saya dah halalkan apa yang akak dah pinjam.dah malas nak fikir benda ni lagi.Serabut kepala je..Kalau tak halalkan nanti,kat ‘Sana’ hisab saya lambat pulak..Moga Allah datangkan rezeki untuk saya dari cara arah lain lak..Siapa tahu,Allah nak bagi banyak lagi rezeki lepas ni..Saya juga mintak sangat ngan akak,jangan buat perkara ni pada orang lain.Cukupla saya dah lalui semua ni..Umur kita makin meningkat,takut-takut kita tak sempat bayar hutang tu,then orang tu tak halalkan,susah kita kat ‘sana’ nanti..Harap akak faham la..Cakap banyak pun,akak dah leh fikirkan apa baik dan buruknya tak bayar hutang ni..’
daku wat keputusan halalkan tu pun makan masa tau..tu pun encik suami yang pujuk..lagipun daku rasa lagi daku fikir benda ni,lagi sakit hati..daku gak yang tak tenteram..dah tu cepat tuakan fikir masalah je..hahahaa..
Pada korang semua,jadikan cite daku ni sebagai pengajaran wat korang ye..
Terima kasih juga kat member-member blog yang banyak bagi nasihat kat daku..sangat menghargainya…
Eh,korang kenal ke kawan blog daku tu..lupa lak daku nak mentionkan nama dia..tapi rasanya tak payah la,sebab tak baik aibkan orang..Nanti Allah,buka aib kita pulak..
Renung-renungkan & Selamat Beramal..
p/s:-amacam,panas tak n3 ni..biasa-biasa je kan..
Monday, July 26, 2010
Pemergianmu aku tangisi…
Alamak tetiba rasa nak wat n3 ni..korang ingat tak lagi,daku bercerita pasal kucing yang kat rumah kat kg tu..rupanya ada sebab nape tetiba nak wat n3 tu..padahal pic tu dah lama giler tau..since raya cina lagi..
Ada diantara kucing yang kat eisya suka main,tu dah pergi untuk selama-lamanya..nama dia adalah Sabrina..atau nama manja kat B-na..B-na ni memang jadi kucing kesayangan kat umah tu..sebab dia ni manja skit..
B-na pergi pada pagi subuh..dia kena langgar..yang sedihnya,B-na telah meninggalkan anak-anak yang kecik lagi..masih lagi menyusu..waaa..sedihnya..Chep yang bagitahu B-na dah tak ade lagi..
Walaupun daku tak suka sangat ngan kucing,tapi sedih bila dah tahu B-na ni mati..lagi dia anak kecik lagi..sian anak-anak dia..Tak sempat eisya nak jumpa B-na lagi..
Sabrina @ B-na adalah yang belakang sekali tu..depan tu anak susuan dia,tengah-tengah tu anak kandung dia..(ni anak dia yang dah besar la..anak kecik ada lagi..)
ni pic yang chep bagi,sebelum malam B-na mati tu..dia tengah main peluk-peluk ngan anak dia Tom..mungkin dia tahu itu kali terakhir dia peluk tom..:-(
p/s:-ni n3 chep pasal Sabrina
Thursday, August 13, 2009
Kehilangan lagi..Al-fatihah
Menurut rakannya, Farihin Abdul Fatah, Allahyarham meninggal dunia selepas rebah dan pengsan ketika latihan program Syahadah di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Difahamkan arwah juga mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Selain seorang penyanyi nasyid, Ustaz Asri juga seorang pendakwah, bilal dan kerap menjadi imam dalam pelbagai program bercorak ibadah kerana pengetahuan agama dan kelunakan suaranya itu. Beliau yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor juga baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-40, minggu lalu.
Pemergian mengejut Allahyarham bukan saja mengundang kejutan buat karyawan muzik, rakan seperjuangan serta peminatnya, malah ia dianggap sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air khususnya dalam arena muzik nasyid sendiri.
Farihin yang banyak terbabit dengan pembikinan album nasyid berkata, Allahyarham memang sentiasa bekerja keras, cukup konsisten dan serius dalam mengembangkan irama nasyid kepada seluruh pendengar.
"Perjuangannya berdakwah dengan nasyid cukup lama iaitu sejak beliau masih lagi remaja dan tidak pernah berhenti berjuang untuk memastikan nasyid mendapat tempat di kalangan masyarakat.
"Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Asri ketika dia sudah menganggotai Rabbani tetapi ramai tidak tahu bahawa dialah antara penyanyi nasyid yang menjayakan lagu Asma Ul-Husna
"Waktu itu, kami sama-sama menganggotai kumpulan Nada Murni dan saya sendiri turut terbabit dengan penerbitan lagu Asma Ul-Husna itu. Bagi saya, arwah Ustaz Asri bukan saja memiliki vokal nasyid yang terbaik tetapi juga mewakili simbol Islamik menerusi dakwah yang disampaikan menerusi lagu-lagunya," kata Farihin kepada murai.com.my.
Selain Ustaz Asri, Rabbani turut dianggotai oleh Zulkiflee Azman, Ahmad Syafie, Mohd Asri Ubaidullah, Mohd Rithaudden bin Yaakob, Mohd Loqman Abd. Aziz, Azadan bin Abdul Aziz, Hamzah Hasyim, M. Afendi Shahbudin, Nazrul Azhar Tamrin dan Azizan Khalid.
Bersama Rabbani yang mula ditubuhkan pada 1 Mac 1997, Allahyarham Ustaz telah menghasilkan banyak album antaranya Arah, Muhammad Ya Habibi, Pergi Tak Kembali, Iqrar 1421, Intifada, Aman, Qiblat Yang Sama serta Epik.
Rabbani juga adalah penerima anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) sebanyak 4 kali menerusi kategori Album Nasyid Terbaik iaitu Iqra 1421 (2001), Intifada (2002), Qiblat (2003) dan Maulana (2007). Album Iqra 1421 juga menang Album Terbaik dan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album pada 2001. Mereka juga adalah pemenang Kumpulan Nasyid Paling Popular ABPBH dari tahun 2001 - 2008.
Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Lancong, Seksyen 27, Shah Alam hari ini. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Ustaz Asri dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang terpuji. Al-Fatihah.
yang pernah ditayangkan di RTM satu masa dulu.
-------------------------------------------------------------------------
dia meninggal dalam usia yang muda dan tanpa disangka-sangka..sudah bersediakah kita untuk bertemuNya..renung-renungkan dan selamat beramal..
Al-fatihah untuk arwah Ustaz Mohd Asri..moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
p/s :-tetiba teringat lak lagu kumpulan hijaz ni..layan jela ye..

Tuesday, March 31, 2009
Happy Vs bAD sTORY
Ade lagi satu ummi nak syer kat sini. Malam khamis yang lepas kira-kira jam 9 malam..daddy pergi belikan susu untuk eisya sebab susu dah habis stok..ummi lak kat dalam bilik air, then tiba-tiba ummi terdengar bunyi macam benda jatuh..'buk' .masa tu hati ummi macam dah berdebar-debar dah.lepas tu dengar lak budak macam meraung menangis..ummi pun sepantas kilat dengan muka yang bersabun tu cepat-cepat keluar bilik air dah meluru ke dalam bilik. Ya Allah..anak aku..hati ummi meronta dan ummi menggigil..eisya jatuh katil..eisya dah meraung dah masa tu.cepat-cepat ummi angkat dan tengok anggota badan eisya..dekat kepala eisya benjol dan ade macam darah yang berbiji-biji..memang masa tu ummi pun nangis sama..kesiannya anak aku..ummi bagi la eisya minum air zam-zam..alhamdulillah eisya senyap lepas tu then ummi tuam la kepala eisya..ummi terus call daddy cakap eisya jatuh katil..nasib baik eisya jatuh atas karpet kalau la eisya jatuh betul-betul kat mozet tu..emm tak nak ummi fikir.So esoknya ummi ngan daddy ingat nak bawak eisya g klinik sebab risau gak gegaran pada kepala eisya tapi alhamdulillah eisya tak ade ape-ape..kepala pun tak benjol sangat..Sampai malam tu ummi tak boleh tido sebab fikirkan eisya..Eisya maafkan ummi ye..Lain kali ummi kena lebih berhati-hati..tapi dah letak bantal & kepong sekeliling..macam ne la eisya boleh melepasi bantal tu..confius ni..