Friday, April 24, 2009

Tips untuk pasangan yang dah berkahwin

Ummi nak syer skit info ni dengan kengkawan ummi. Mane tahu boleh pratikkan skit-skit ke. Info ni ummi dapat melalui email. Ambillah mane yang dirasakan perlu..Bersama kita merapat dan mengeratkan lagi ikatan perkahwinan kita. Tentu kita akan rasa lebih bahagia ditambah lagi dengan kehadiran permata hati tercinta..Renung-renungkan dan selamat beramal..

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan

serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh

mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang

dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?Bukan apa, bimbang

nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula

naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang

tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.

Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si

dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian

semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.

Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak

sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja

pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,

pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika

itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.

Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan

besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti

mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan

daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu

tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya

tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti

seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.

Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton

televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya

dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti

orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila

sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda

perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan

waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula

dimarahinya.

8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga

rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding

dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun

kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si

dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat

dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,

romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,

cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah

terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear...ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.

Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa

salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya

dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops... tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas

mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa

hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak

biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda....

13. Jeling-jeling

Kalu tenung lama-lama nanti orang marah. Dalam masa yang sama, mereka

tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya

menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya

terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.

Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula

pada anda.

14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel

dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.

Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga

boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.. .

15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai

merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.

Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya

jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk

bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti

hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke

rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa

dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,

mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu

tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh

itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,

setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila

dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk.

Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar,

takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,

ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan

pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si

dia.



4 comments:

diniedinar said...

romantik & kiut sekali petuanya. i likeeeee!!!

[-suziey-] said...

i like no 12..kalu xleps mandi pn saje2 nk buat pn bole kan..ekekekek:D

arnirina said...

bagus2..leh ikut ni..

Ummi Salsabila said...

romantiknyer.TQ for sharing