1. Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda.
Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.
2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,
3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nama : Nur Aleesya binti Mohd Adzhar
Tarikh Lahir : 9/10/2008 , 8.27 pagi..
Berat : 3.28kg
Tempat Lahir : Hospital Pakar Puteri Johor Bahru
Inilah pengalaman daku...
Sebetulnya edd aku ialah pada 7/10/2008..masa tu kalau tak silap memang musim raya.So masa dalam nak menantikan bersalin tu,memang aku ni pergi beraya je la.tapi setiap kali pergi jalan kat rumah orang mesti diorang cakap perut aku ni tak turun lagi..macam tinggi je lagi..aku dah rasa macam berdebar lak masa tu sebab memang dah dekat ngan edd tu..Puas la mr hubby ku memujuk supaya jangan difikirkan sangat tentang hal tu..terima kasih mr hubby sebab banyak sangat beri nasihat dan dorongan masa tu..sebelum cuti untuk raya tu,memang aku dah inform ngan bos yang aku lepas raya ni terus nak cuti untuk bersalin,form cuti semua dah isi..alhamdulillah bos pun dah luluskan.Pasa 7.10.2008 tu,aku ade 2 check up,satu kat klinik gov dan satu lagi kat Hospital Puteri..memang aku check up dua-dua sekali..plan memula nak bersalin kat swasta ,tapi mr hubby cakap tak nak ke bersalin kat gov..kat JB ni ade hospital baru,iaitu Hospital Sultan Ismail(HSI)..Hospital ni dia macam semi gov la..So aku pun pergila check up kat gov jugak..
7/10/08
Memula pagi tu pergila check up kat klinik gov dulu.nurse dah siap check semua dan tanya ade tak tanda-tanda nak bersalin.Aku cakap tak ade lagi,terus la nurse cakap kalau ade tanda je terus pergi ke HSI tu atau dalam masa seminggu dari tarikh edd aku tu..Lepas dah habis semua urusan kat gov tu,terus la pergi ke Hospital Puteri lak..Check up ngan Dr Noraini..Sesampai je kat sana,doctor terus scan aku. Masa scan tu doctor cakap baby dah masuk lorong yang betul dan tunggu masa nak bersalin je ni. Tapi ade masalah skit nak tunggu bersalin normal tu sebab air ketuban dah semakin kurang..Doctor siap tunjuk kat hubby kat mane kawasan yang ade air je..Untuk tak nak ambik risiko takut baby lemas,doctor advise untuk aku bersalin induce..Doctor tanya ade tak bawak barang semua.Aku cakap la semua barang kat rumah,tak prepare pun nak masuk hospital lagi sebenarnya..Masa tu berdebar sangat rasanya..Tapi kuatkan hati yang memang aku kena bersalin induce jugak..esok paginya doctor suruh datang dalam pukul 8 pagi..
8/10/08
Aku malam tu,memang tak boleh tido sebab perut dah mula rasa sakit..Dengan berdebarnya nak tunggu esok pagi,memikirkan apa nak jadi esok..samala ngan hubby..kami berdua memang gelisah sangat..dalam kul 5 pagi tu,bangun wat solat hajat ngan sembahyang subuh sama-sama.Susah nak gambarkan perasaan masa tu..menangis yang amat.. minta maaf ngan hubby..mintak ampunkan semua dosa-dosa aku kat hubby..memohon agar bagi kekuatan dengan aku ngan hubby..tak ade apa yang aku mintak melainkan sempurna,sihat dan selamat semuanya..dah la macam-macam cite dengan pasal bersalin induce ni..sakit yang sangat menyakitkan..
pukul 8 pagi..
sampai kat hospital terus hubby pergi ke bahagian registration..siap semuanya terus aku diarah kan ke tingkat 2 bahagian maternity ward..dah la masa tu bilik semua penuh..yang ade bilik yang sampai 6 orang satu bilik tapi tak ade toilet kat dalam..macam tak selesa je nak duduk kat bilik yang macam tu..so aku diarah ke bilik ape tah la..dah lupa nama bilik tu..yang pasti bilik tu macam stor skit la sebab penuh betul barang dalam tu..nurse bagitahu aku baring kat situ dulu sementara nak tunggu bilik kosong nanti. Huh..dah la berdebar giler,kena lak bilik kat situ sorang-sorang..hubby lak masa tu kena tunggu kat luar je....datang la nurse untuk menyeluk..aduh..sakitnya masa tu..nurse tu ajar la cara supaya tak sakit bila kena seluk..time dia nak seluk tu tarik nafas dalam-dalam dan hembus ikut mulut..buat banyak kali..aku pun wat la cara yang diajar tu..kurang la skit rasa sakit tu..datang lagi sorang nurse untuk check jantung baby..masa tu memikirkan kat mana la hubby ku tunggu ni..dah la sakit tu dah mula datang..tapi tak nak difikirkan sangat..kena kuatkan semangat..
pukul 10 pagi..
aku disor0ng ke bilik..hubby ku pun ade bersama masa tu..dengan tenangnya aku salin baju dan tunggu doctor datang untuk nak diinduce..sempat lagi ketawa-ketawa ngan hubby..nak hilangkan peraasaan takut tu..Doctor pun datang la,seluk..dah buka dalam 3 cm..aku diarahkan ke LR..dah la masa tu hanya aku berdua ngan hubby je..sebelum masuk dalam LR tu,sempat lagi aku call ummi dan abah kat kg..mintak maaf semua la masa tu..syahdu betul..mintak diorang doakan aku ngan baby selamat..call kengkawan yang rapat dan mintak maaf jugak..diorang semua tak sabar nak dengar berita gembira aku..Dengan tenang juga aku berjalan ke LR masa tu..siap pimpin tangan ngan hubby lagi..Sampai je kat LR,nurse pasangkan drip..masa tu contraction dah mula..dalam 5 minit sekali..hubby pun tunggu sama la masa tu..suh hubby pegang tangan sebab nak kekuatan menaham sakit..Dalam LR kan ramai orang nak bersalin..aku ni nurse suruh tido,tapi memang tak boleh tido..habis la dengar la orang menjerit-jerit nak bersalin..Ade sorang perempuan tu sampai menangis menahan sakit then menjerit-jerit..last-last bersalin jugak dia akhirnya..Masa dengar baby dia menangis tu,aku tengok hubby mata macam berkaca je..mesti dia dah mula rasa apa yang dia akan hadapi nanti..aku pun masa tu memang sedih sangat..
pukul 6 petang..
doctor datang check lagi,then cakap aku masih lagi 3 cm..kena stop dulu induce sebab kalau tak sakit aku akan lebih lagi..induce dah lama tapi bukaan still kecil lagi..so kena la masuk bilik semula..Masa tu,memang perasaan dah takut sangat..kenapa la sakit tapi bukaan masih lagi 3cm..tapi hubby la yang bagi semangat..suruh banyakkan zikir dan selawat..
pukul 12 malam..
hubby balik rumah sebab badan dia dah mula rasa nak demam..aku pun tak sanggup lak tengok dia tido atas kerusi je....hubby berat hati nak tinggal kan aku tapi aku yang beriya-iya suruh dia balik jugak..lagipun cakap kat hubby kalau ade ape-ape aku call dia.rumah dekat je ngan hospital ni..dalam 10 minit je..tido la aku malam tu dengan contraction yang semakin kuat..memang tak lena nak tido..asyik sms je ngan hubby masa tu..dah tu asyik-asyik panggil nurse..mintak air la.memang masa sakit tu dah rasa macam mesti dah bukak sampai 6cm ke ni..sebab sakit dalam 2minit sekali..berdebar lagi sekali nak menunggu ke esok pagi..kena masuk LR lagi..
9/10/08
pukul 5 pagi..
nurse datang bagi air milo then suruh siap sebab kejap lagi nak kena masuk LR semula..call hubby dan suruh dia datang cepat..aku sempat minum air zam-zam lagi..Dengan tenang lagi sekali aku melangkah ke LR..dah la hubby tak datang lagi masa tu..aku dah mula rasa sakit yang amat sangat..dah la sejuk sangat dalam LR tu..sampai mintak nurse tu slowkan aircond..hubby still tak sampai lagi..aku dah mula tak dapat menahan contraction tu..mintak tolong dengan nurse..nurse suruh sedut gas yang tahan sakit tu..tetiba lak masa tu rasa loya sangat..sampai muntah-muntah..dah la menahan sakit lagi..badan dah mula seram sejuk masa tu..aku dah mula menggigil kesejukkan..dah menangis dah masa tu..doc datang seluk dan cakap baru bukak 4cm..aku dah memang tak boleh wat ape masa tu..dah sakit sangat..sampai mintak nak pegang tangan nurse untuk menahan sakit..dalam menahan sakit tu,tiba-tiba aku rasa macam ade benda mengalir macam air je..doctor check dan cakap air ketuban dah pecah..Baby lak dah berak dalam perut..Ya Allah,masa tu memang sakit sampai cakap kat doctor saya nak injection tahan sakit..masa tu sorang nurse tengah check jantung baby..dalam aku dok pegang tangan nurse tu,nurse tu siap panggil doctor..cakap heartbeat baby dah semakin lemah..Aku dah lemah tak bermaya masa tu,hubby lak baru sampai..tak sempat nak cakap ape-ape ngan hubby,terus doctor cakap kalau macam ni kena czer..
Aku dah terkejut masa tu,..hubby pandang aku..muka hubby dah lain masa tu..macam pucat sangat..aku pandang hubby then cakap aku sanggup wat ape saja asalkan anak kita selamat..muka hubby dah macam nak menangis masa ni..sepantas kilat nurse call pakar bius semua dan doctor suruh aku ngan hubby sain borang..semuanya macam kelam kabut betul..dah aku kena salin baju lagi..kena pindah katil lagi..bayangkan dalam keadaan yang sakit sangat masa tu kena pindah katil..nak angkat kaki pun macam tak larat sangat..sampai kat OT je,hubby kena tunggu kat luar..aku mintak maaf lagi sekali kat hubby dan cakap, kalau berlaku ape-ape kat aku, jaga baby kita dengan selamat ye..air mata hubby dah meleleh masa ni..hubby cium aku dan cakap dia sentiasa doakan aku ngan baby selamat..pegangan tangan kami terpaksa dilepaskan..
Aku sekali lagi kena tukar katil..dah macam ape masa ni..memang dah lembik betul..dah la tak ade tenaga sebab dah muntah tadi..lepas kena bius je terus tak sedar ape-ape..
Tepat jam 8.27 minit pagi..lahirlah Nur Aleesya..Alhamdulillah Nur Aleesya lahir dengan sempurna dan sihat..cuma aleesya kena ambil ujian darah sebab takut kena infection dalam proses nak bersalin tadi..Aku sedar je terus tanya mana baby saya..nurse cakap pada suami puan..Terus ditolak ke bilik..keluar bilik OT tu terus hubby datang dan cium..hubby cakap anak kita perempuan dan ade kat nursery..Sesampai kat bilik je,hubby cium lagi sekali sambil cakap,terima kasih sebab dah lahirkan anak kita..lagi sekali aku menangis masa ni..memang tak sangka sangat hubby cakap macam tu..
Alhamdulillah,semua proses tu dah selesai dan sekarang Nur Aleesya dah berusia 9 bulan lebih..Terima kasih pada kengkawan yang doakan aku dan aleesya selamat..Buat hubby,ingatlah..susah senang kita tetap bersama..Nur Aleesya inilah tanda cinta kita..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Hadiah ni kalau dapat best tau..dah la dapat sabun,wangi lak tu..leh la harumkan badan ni lagi..mesti hubby bertambah sukakan..huhu...
3. done..
wat ibu addinnasa..silalah memilih dengan adil dan saksama ye..wei,jenuh daku perah otak mengingatkan kembali kisah ni..maaf la kalau ayat tunggang langgang ye..daku hanyalah insan biasa..ceh...
19 comments:
Thank you for joining, and all the best!
wah..gitu citernyer saat2 melahirkan eisya nih.. lebih kurang min jgk lah..kena induce+ceaser..sungguh mencabar yer.. punya lah susah+sakitkan nak keluarkan sorg anak nih..
rasa nk tulis citer saat2 cam ni..aku pun pas beranak ni mcm suka2 lupa jer..baik karang sblm terlupa 1-2 part nnt...nnt dalila leh gak baca andai hayat ku tak panjang.
panjangnye pengalaman besalin..heheheh..
Mmmg banyak nak diceritakan bab bersalin nih..
pengalaman lebih kurang sama cam pengalaman akak jugak...seme rasa...sakit bersalin rasa..sakit lepas kena c-ser pun rasa kan... toucing sekejap baca kisah nih...teringat masa lahirkan aqilah dulu.....kenangan yang tak mungkin dilupakan..kan.
wah.. panjangnya.. pengalaman yg amat2 berhargakan.. eemmm teringat masa nak bersalinkan mirul dulu.. eemmm cam best utk dijoin je contest ni.. :D
sedih pun ada baca kisah ni heheh sib baik airmata bergenang jer..eli xpandai la nk karang panjang² hehehe
hurmm nape la x kuar on 7 oct tu eisya cayang oiii...kalu tak, beday kita sama =D
seronoknya mengenangkan pengalaman first time jadi ibu nie kan..mengalir air mata ayu..apa pun good luck! macam nak join gak! tgk la...
waa sadis aku baca n3 nih,.,.huhu..mcm nk join gk contest ni tp mals nk perah otak pikior..ekeke:D
good luck
wah u emergency c-sect ye. mmg kelam kabut sket la sbb xready & prepare awal2. mcm i elective c-sect so mentally & physically da ready, rasa tenang la sket. pastu time godek2 perut tu mmg sedar ;)
rasa cam nak join jugak ler hehehe
gud luck ummu eisya... :)
pengalaman bersalin kan anak pertama ni memang susah nak lupa.. sbb itu pengalaman pertama..
kakyong pun rasa mcm nak join lah contest ni... x memang pun tak per.. just kongsi pengalaman kan...
gigihnye wat esei ni..pengalaman bersalin yg 1st mmg most precious moment kan?
o, ummi c-zer rupenye.genting juga exprience ummi..
hopefully,nnt eisya da besar.die baca kisah nak lahir kan dia..:)
ku tulis resepi ku di sini yer Fara:
min guna mentega "daisy" yg buat letak kat roti tu...tp rasanya jenama "buttercup" tu lagi bagus..dia tulis 'made from subflower oil dan soya oil'
masak bubur sekali dgn ikan bilis, dekat2 air nak kering masukkan mentega (ambik sikit jer..kasi rasa jer) pastu daun bayam..lenyek semua dgn sudu...sedap! cam bau wangi mentega tu.
salam...rase mcm nk join jer tp mcm malaz sket nk menaip pnjg2..hanie klu menaip pnjg lebor,tmbh plak klu byk citer..huhuu...
anyway,gudluck eh..thanx 4 coming to my blog..dtg lg yer...
emmm... pengalaman pertama mmg x dpt dilupakan... hati rasa tersentuh je bila baca n3 ni... apa2 pn semoga berjaya ek...
Salam tuan umah....
huhuhuhu... bergenang airmata saya baca kisah awak...
huhuh... Sib bek baby n awak selamat...
Semoga berjaya utk contest ni yer...
Congrats, u win the soap!
Post a Comment