Tuesday, September 8, 2009

~Declare Your Love Contest~


Contest..contets..kali ni nak try contest ibu damia ni lak..jom baca cite ni ye..Declare You Love Contest..baca syarat-syarat dia kat sini k..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertemuan ummi ngan 'x boyfriend' sebenarnya memang tak diduga sama sekali. Masa tu dekat UTM ade buat jamuan hari raya..tak silap pada tahun 1999..so ummi ni tolong la arrangekan apa yang patut. Masa tu pulak masa tahun pertama masuk u, so ummi pun macam gatal la nak mengorat orangkan..kitakan single masa tu..so ummi ada la berkenan dekat seorang mamat ni..nama mamat tu dirahsiakan k..kita gelarkan si 'N' sahaja ye. ummi memang gatal sebab tak malukan nak tackle lelaki.tapi secara diam-diam la ni.ummi pun selalu la macam bergurau dengan si N ni.N ni pun ade jugak dalam majlis hari raya tu. Entah macam mane masa tu dah nak balik..si N ni tanya la ummi dah makan ke belum. ummi pun jawablah, kata belum makan lagi dengan harapan bolehla kita orang makan beramai-ramai dan bersama-sama..tapi tiba-tiba ade pulak seorang hamba Allah ni dia datang kat ummi dan try nak buat lawak ngan ummi. Ummi pun layan jugak la..Bermula la episod si mamat ni..

Jadi si mamat tu terus-menerus cuba untuk menackle ummi..tapi ummi tak suka la ngan mamat ni.ummi nak kapel ngan kawan si mamat tu..hahha..tapi pada satu hari, masa tu ummi pergi beli makanan then boleh lak si mamat ni panggil ummi sebab nak mintak email..masa tu handphone tak ade lagi ye..aduh!!boleh lak dia panggil depan si N ni..argh..habis la peluang nak tackle si N ni..tapi ummi bagi gak la..huhuhu..gatal gak kan..balik je kat hostel ummi pun macam merungut la sebab si N dah nampak kejadian tu.mesti si N ni dah tak nak layan ummi lagi..habis peluang ummi..kekke...Akhirnya ummi pun dapat la satu email dari si mamat ni..peh..dia siap mencurahkan perasaaan nak couple ngan ummi la..tapi ummi wat tak layan je sebab memang tak minat langsung ngan mamat ni..si mamat ni boleh lak ke mana ummi pergi, dia ade je kat situ..huh..masa tu sikit punya menyampah ok..nape ye kalau kita tak suka orang tu mesti jumpa orang tu je.ummi cakap ngan kawan-kawan ummi nape lah si mamat ni tak faham bahasa..benci giler masa tu..Yang paling ummi salute ngan mamat ni dia memang tak pernah putus asa..dah la suka bagi hadiah..boleh di katakan setiap minggu mesti ade je hadiah dari dia..Dengan bunga ye tak yah cite la..sampaikan tukang hantar bunga tu dah kenal ngan ummi..siap cakap '
ini ade olang sama hantar bunga sama lu'..dah tu boleh lak dia cakap 'boyfriend lu ni sangat romantik..lu kawen saje la'..aduh ambik kau..siap suh kawen lagi,tapi dah orang tak suka nak wat macam manekan..Rasanya dalam tempoh setahun juga la si mamat ni try nak kapel ngan ummi.

Berkat kesabaran si mamat ni,akhirnya entah macam mane terbuka pintu hati ummi..memang betul cakap orang kan..perempuan ni hati dia sangat lembut dan cepat cair.. ummi pun masa tu macam dah bagi hint-hint la dah macam suka kat dia..akhirnya pada tarikh
28 November 2000 terlafaz la perkataan 'kita couple ye'..wah masa tu hidung siap kembang kempis lagi sebab menahan malu..gila agaknya aku masa tu sebab aku yang cakap macam tu..dah memang tak malu langsung..padahal takut dia tak faham bahasa aku kalau wat kiasan nanti..perkataan declare tu aku lafazkan waktu dalam telefon tau..masa tu kat tengah study so tak leh la kuar malam-malam ni..nak jumpa pun susah sebab lain coursekan..so telefon la tempat saksi janji cinta kami..suasana masa tu malam la..sebab tu romantik skit..eii macam kelakar lak bila nak cite ni..teringat lak macam mane lah daku leh cakap macam tu kat dia.. Tapi bukan sebab suka atau cinta tau..sebabnya adalah kerana kesian sangat kat mamat ni.Tapi dengan kuasa Allah juga, dari perasaan kesian tu akhirnya terbunga juga perasaaan cinta..Aduh..masa tu indahnya dunia ni..tengah hangat bercinta la..tapi dalam bercinta tu study tak lupa gak ok..kitaorang siap study sesama lagi kat library..dia siap buatkan assingment daku lagi..hahah..ambik kesempatan la ummi..Alamak kalau lecturer baca abis la ni..ala tapi dah konvo pun kan..banyak gak la si mamat ni tolong ummi dalam study..ummi dah la lemah dalam bab programming ni..hahah..pemalas sebenarnya..ops..terbuka rahsia daku..So tercouplela kami..huhu..tercouple lak..boleh ke?? Dipendekkan cerita akhirnya setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan (nak tahu dugaannye bacalah kat n3 love story ye)ummi dan si mamat ni telah melangsungkan perkahwinan pada 04.06.06..so kiralah berapa lama kami bercouple..dah si mamat itu akhirnya adalah insan yang aku cintainya sepenuh hati dan ayah kepada Nur Aleesya..bukti cinta kami..

nak tgk gambar lama tak.. masa tengah 'skema' ..jeng jeng jeng..
-




-




-





-




Nama Romeo : Mohd Adzhar
Nama Juliet : Sharifah Farawahidah
Tempat : Plaza Angsana Johor Bahru

-------------------------------------------------------------------------------------------------
abis la bab cite tu..Ibu Damia selamat memilih ye..kalau la aku menang bestnye la..dapat MP4 lagi..daku ade MP3 je..kalau ade rezeki la..

p/s:-
-mesti ade yang dah baca cite ni..aku edit je ikut syarat contest..
-kalau mak bapak aku baca ni,mampus la..



7 comments:

ibu_Arifa said...

hehehe..syok lah baca citer ko nih..w/pun dah baca sblm nih..tang bab bunga tu yg kelakor sgt...so romentik yer encik Adz tuh.. muka sweet korang jer masa couple dulu2..

Eliss said...

so sweet :)
eh, hubby tau tak yang u nak ngorat kwn dier tu??

shila ariff said...

heeheee..mula2 jual mahal..akhirnya cair gak..lagipun dicintai lbh baik drp mencintai..biar lelaki yang lebih mencintai kita..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

gud luck ye...

ibu damia said...

salam terjah weii...

ni nak komen apasal lak mama eisya ni letak link salah dalam komen enty contest ni...nasib baik lah kita memang tahu blog awak ni...kalau x dah kira disqualified tau...

cepat2 repair....nanti senang juri nak terjah.....

p/s: congrat to eisya coz menang beautiful baby search looking tu....kan betul mata juri lain2...so next time submit jer apa2 contest yang ada, mana tau kot2 leh menang kan...

Ummi Salsabila said...

so sweet..romntik..amboi lagu pun ikut gwang.kihkih..

gudluck yer..

Suziey Ahmad said...

hahhaa..ye mmg dh baca dlm kisah episod cinta ko tu..aka love story..hehe.hmmm esok nya lkps ko nikah aku plak nikah..ekeek:p

congrates eisya menang wei..mmg layak..comellll