Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Ward 438b-Puteri Specialist Hospital

Biar menjadi kenangan di sini....

Pengalaman pertama kot.. Alhamdulillah, tak pernah lagi aleesya dan amani kena tahan ward sebelum ni.. So memang tak ada pengalaman langsung.. Tapi Allah, nak uji, nak bg tahu apa yang orang lain rasa...
1.12.14- amani demam yang serius skit.. Muntah banyak kali.. habis semua keluar walaupun air masak..

rentetan peristiwa..

30.11.14: Siang tu bawak dorang ni g jalan-jalan.. g angsana..g jusco.. beli apa yang patut.. pastu balik umah, malam tu pulak ada majlis cukur jambul sepupu daddy dorang.. pergi pun dalam lepas isyak macam tu.. hah, sebelum tu de g beli hadiah tuk baby.. Malam lepas majlis tu, dah rasa badan amani macam panas je.. ingatkan sebab amani penat.. so suh amani tido macam biasa..

pukul 3 pagi:
amani bangun pastu nangis.. dia kata dia demam.. bile rasa, mmg betul dia demam.. terus la on ubat demam.. lap kan badan semua.. pastu dia tido semula..

1.12.14: Pagi tu lepas bagi amani susu, dia dah mula muntah.. habis selambak kat selimut.. bagi makan ubat..mandi dan dia tido semula.. pastu nangis sbb tak selesa.. minum air masak.muntah..muntah lagi.. tah berapa kali dah.. bagi susu lagi pun sama gak..
 so masa tu, ingat nak terus bawa g puteri hospital je..tapi call, sekali tutup daa.. sempena hol sultan johor kot..hihi..lupa sebab apa cuti..
 jadinya bawak jelah amani g klinik pakar kanak-kanak taman pelangi.. giler ramai orang kat klinik.. masa nak tunggu giliran tu sempat sekali amani muntah.. dah jmp doc, kena amik injection sbb kalau bg ubat,mesti dia muntah lagi.. doc just suh bg ubat demam je nanti..
balik umah, nak bg makan ubat, ok lagi memula.. sekali tak lama lepas tu..muntah lagi.. habis la semua ubat.. sian sgt tgk amani sebab dia dah sampai keluar air kuning2 dah..habis semua isi dalam perut.. dengan tak makan.. asyik keluar je.. amani pun dah tak nak minum susu even air masak.. dia kata t muntah lagi..

pukul 8.00 malam:
masa tu amani dah lembik je..so amik keputusan pergi jelah emergency.. nak tunggu esok baru nak g jumpa doc kat puteri, nanti apa2 boleh berlaku.. Terus ke emergency.. kena masuk ubat kot muntot.. doc pun kata memang kena tahan sebab amani dah muntah byk kali sgt.. dah dehydrate..
maka bermulalah episod bermalam di ward...

Amani kena tahan sampailah hari rabu.. 3.12.14.. Memang tak sanggup rasanya kalau tgk budak-budak ni sakit.. lagi bile dia nangis kata sakit.. waaaa.. meleleh gak air mata tgk dia.

Memang satu pengalaman jaga anak kat ward.. tengok anak-anak yang lain sakit.. Berkongi suka-duka dengan mak-mak yang jaga anak kat sana.. Moga anak-anak ummi dilindungi oleh penyakit yang merbahaya.. Layan gambar lak pulak.. penat dah nak menaip.












Alhamdulillah.. Dah sihat.. Dah boleh balik umah..

Hah, tulah pengalaman pertama ummi dan amani.. Apa-apa pun, sakit tu ujian Allah, Ujian tu tanda Allah sayang.. Kan..kan...




Sunday, May 8, 2011

Kita mempunyai rasa yang sama..IBU..

Nikmat dan kebahagian yang tak ternilai harganya..

IMG_1054

IMG_0735-1

IMG_1863

IMG_0078  IMG_1065

IMG_4946

e_IMG_7335

IMG_7337

IMG_7330

e_IMG_7332

low_res_IMG_8853

IMG_0375

IMG_0365

sebahagian koleksi bergelar ibu..

Alhamdulillah,

Bergelar ibu kepada 2 puteri..

Bergelar anak kepada ummi yang banyak berkorban untuk anaknya..

Bergelar menantu kepada mummy yang banyak membantu ..

 

SELAMAT HARI IBU

Monday, December 20, 2010

Help!! Help!!

 

Krekkkk..huh,hampir penuh ngan sawang dah ‘umah’  ni..emm,bila dah ada kat kampung,memang susah skit la nak update..banyak habiskan masa dengan family..

lagipun memang bz dengan persiapan majlis cukur jambul amani..

alhamdulillah dah siap semuanya…tinggal amani nak sunat je..hihi..sabtu ni baru nak sunat..

Nur Amani pun dah nak masuk 2 bulan hari khamis ni..sekejap tul masa..rasa macam semalam je bersalinkan dia..sakit pun terasa lagi..

Cuma yang memeningkan kepala sekarang ni,amani still tak pandai hisap botol la..

Now guna botol avent tu..dia memang susah nak hisap..sampai mengamuk dan last2 terpaksa la bagi ‘cik b’ gak..tak sampai hati tengok dia kelaparan..

Tapi masalahnya,macam mana nak tinggalkan nanti..

korang ada idea tak nak wat macam manae..kena tukar botol lain ke??

IMG_7330

Yuhu,,si comel Nur Amani ngan ummi..muka penat dua2 ni..

Wednesday, June 23, 2010

Gio – Getar Hati

Jom layan soundtrack Lagend Budak Setan………

 

 

Saat pertama
Aku mengenal dirimu
Bergetar jiwa
Ragaku kau mempersonaku

Tanpamu aku lemah
Kau berikanku cahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh padamu

Dengar hatiku
Kan ku bisikan cintaku
Lihat jiwaku
Kan kau dapatkan setiaku

Ingat diriku
Kau kan rasakan rinduku
Untuk dirimu
Kan ku berikan hidupku

Yakinkan aku
Ini bukanlah mimpi
Ku yakin kau
Adalah satu belahan jiwaku

Tanpamu aku lemah
Kau berikanku cahaya
Terangi gelap hidupku
Kululuh padamu

Dengar hatiku
Kan ku bisikan cintaku
Lihat jiwaku
Kan kau dapatkan setiaku

Ingat diriku
Kau kan rasakan rinduku
Untuk dirimu
Kan ku berikan hidupku

low_res_IMG_3548

Gambar selingan…… huhu……

Saturday, June 12, 2010

Gio - Bila Cinta (Ost Lagenda Budak Setan)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Layan lirik Gio …. OST Lagenda Budak Setan

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut nama mu
Di setiap doa ku
Bangkitkan setiap kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Friday, October 2, 2009

Kesedihan Di Hari Raya

Hari jumaat raya ke-6 tu,we all semua bertolak ke nilai..beraya di nilai dan seterusnya menghantar kepulangan adik tersayang ke Qairo semula untuk meneruskan perjuangannya..sampai Nilai masa tu dah petang..malam tu lak sempat pergi ke Cheras beraya di rumah sedara di sana lak..esok pagi sabtu tu terus ke KLIA..waaaa sedihnya sebab terpaksa berpisah sekali lagi..bila lagi la nak jumpa ni..mungkin setahun lagi atau 2 tahun yang akan datang..InsyaAllah,eisya akan jenguk auntie kat sana nanti ye..Buat adik ku,teruskan perjuanganmu..Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api...Pulanglah dengan gelaran itu..

sebelum bertolak ke KLIA

wajah-wajah keceriaan eisya

ciuman selamat tinggal untuk eisya..nanti jumpa semula eisya dah pandai jalan la..

ummi siapakah ini??

bergambar sebelum berlepas

lambaian selamat tinggal untuk kami di Malaysia


daddy,merenung masa depan ke??



Wednesday, September 30, 2009

Beraya di Waterpark

Kali ni beraya dia Taman Tema Gambang pulak ye..realease tension beraya ni..hihiii..yang sebenarnya memang dah lama nak pergi kat sini tapi cuma tak ade masa je,so now dah cuti tu,ajak la family pegi kat sini..baru je bukak waterpark ni..siap ade resort lagi..tapi dia baru bukak separuh je dulu..Eisya la orang yang paling suka sekali main air..bayangkan dari kul 2 sampai kul 5 eisya main air..tapi tak la berterusan sampai berapa jam tu,kang ade lak mengigil anak aku tu..eisya dah nampak berani sekarang ni,memang dah tak takut langsung..dia siap nak merangkak dalam air tu lagi..nanti ummi cari kelas swimming untuk eisya ye..mana tak beraninya eisya ni,sebab dari 4 bulan lagi dah try masukkan eisya dalam swimming pool ni..hah ambik sekarang ni,ummi yang penat nak layan dia..hihiii..tengok je la pic ni semua ye..tapi tengah syok2 bergambar tu,bateri kamera lak habis..so tak banyak la pic yang ade..


masa ni baru je sampai,nak beratur beli tiket tu,punyalah ramai orang..nasib baik eisya tido ngan lenanya masa ni..bersedia nak habiskan tenaga ni..hehehee


sessi panaskan badan dulu ye..ambik mood


ok,eisya dah bersedia nak berenang ni..siap angkat tangan nak panggil budak-budak yang kat tepi tu..ramah tul mulut eisya waktu ni..


sessi bergedik ngan eisya..eisya steady je masa ade ombak datang..ummi dia je yang takut..huhuuu

bestnye main air..

main kat darat lak ye..sejuk nanti lama sangat dalam air..tapi masa ni,eisya still nak duduk dalam tube jugak..kalau tak mesti nangis.. seksi minah ni


time untuk atuk dan nenek eisya lak bermain air ye..ambik ko..


dah puas mandi bagi eisya makan lak..laparkan main air ni..nasib baik ade auntie eisya yang rajin suapkan eisya makan..ummi eisya leh relax la..yuhuuuu


p/s :
-selera eisya semakin bertambah sekarang ni..sampai malam pun still kena bagi makan..susu pun makin kuat..

Sunday, September 27, 2009

Back to normal..

Tepat jam 2 pagi tadi,kami sekeluarga akhirnya pulang kembali semula ke Johor Bahru..bestnye cuti seminggu ni..puas tul berjalan dan beraya..dari Kuantan ke Temerloh ke KLIA ke Cheras ke Nilai ke Seremban dan akhirnya ke JB..cukup satu pusingan..eisya pun memang good girl sebab memang sporting la berjalan raya ni..tak banyak karenah..nanti leh jalan lagi kan eisya..

Pic raya ngan cite raya n3 la..penat lagi ni dan nak berkemas la..tunggu eisya cite k...


eisya wif 'pak arab'



Sunday, July 5, 2009

~@ Eisya interframe ~@

Ni eisya yang tulis tau..ummi tgk tv je ..sebab eisya yang tulis so eisya nak post gambar eisya je la..auntie semua tengok la aksi eisya ni..layanzzz...


cute tak saya..


saya dah mengantuk ni.. (daddy tak minum air tu tau..)


saya tak nak bergambar la!!


terpaksa la senyum skit..


wat muka macam ni leh tak??


ummi..eisya panas la


simbol 'I LOVE U DADDY'


eisya nak naik ni,tapi ummi tak bagi la..


ehh..ummi bagi la eisya naik ni..bestnye!!


sebab ummi dah bagi,eisya pose skit la untuk ummi..


auntie,macam mane..puas hati tak tengok gambar eisya..eisya dah nak tido ni.ummi dah suruh tido..nanti eisya tulis lagi ye..bye auntie semua..love u..