Friday, June 24, 2011

Ponnn..ponn...Tora datang lagi....

Jumaat datang lagi..Horeyyyyyyyy..


Hari ni Nur Amani genap 8 bulan..Sayang bucuk ummi ni..



Nur Aleesya dah 2 tahun 8 bulan..sayang tomei ummi ni..



Daddy bersama puteri-puterinya..Love u daddy..


ehh,mana pic tuan rumah,tuan rumah dah jadi pemalu skrg ni..kena kuarantin...hahahahaaaaaa


p/s:-esok dah bermula la kelas kat utm..semakin bz la lepas ni..



Tuesday, June 21, 2011

Sesi berbasahan pulak..

Akhirnya bersambung gak n3 ni..Ala yang n3 pergi main air kat pantai tu..Jom tengok pic..


eisya ditemani ngan abang sepupu dia..

ummi tak mandi sebab kena jaga amani.time ni panas,so 
malas nak bwk amani kat pantai..kang demam lak si comel tu..eisya mandi ngan ibu jela..

hepi tul eisya..dapat green light main pasir..kalau tak,asyik kena marah je..hihii

amboi!!berani dah sekarang ni nak main duk sorang-sorang dalam air..tapi jgn dibiarkan..bahya ooo

main puas-puas ye sayang..

lompatan sape paling tinggi..yuhuuuuu

ummi layan buai la ngan amani jela..amani tu asyik meronta je nak turun..jeles la tgk kakak tu..

adik amani kena pegang ngan ummi jela..



p/s:-hari ni nak bagi pepatah skit "Pisang tak akan berbuah 2 kali"

Monday, June 20, 2011

Terimalah seadanya...


Untuk daddy Eisya & Amani..

'Kau selalu ada'

Happy Father's Day Daddy...
 
dari:
ummi,eisya & amani


p/s:-
-jangan komen bebanyak video tu ye..sebab wat dalam masa tak sampai 1 jam..sambil main-main ngan amani..sambil nyorok2 takut daddy ternampak..eisya lak sibuk bising suh masuk gambar dia je..hahahaa..



Friday, June 17, 2011

Rentetan N3 panas..Terima Kasih..

 

Sangat-sangat terharu pada korang semua..Ni semua sebab korang faham apa yang aku alami..banyak bagi kata-kata semangat..Yang penting,daku nak melupakan tu semua..

Opps,disebabkan oleh n3 tu gak ,ada la komen-komen yang pedas aku terima gak dari anonymous..ada yang kata,aku cari pasal sendiri,tanggung la sendiri..nak kecoh2 wat pe.

Itulah,hidup kita ni tak dapat nak memuaskan hati semua orang..kan aku dah cakap,terpulang la pandangan korang macam mana..aku cerita sebagai pengajaran saje..And aku admit mmg kesalahan aku sebab cepat percayakan orang..

Tapi,apa-apa pun terima kasih untuk semua komen-komen tu…memang sayang la kat korang..Lagipun sekarang aku dah malas nak fikir hal tu lagi..yang penting ‘Kita Happy’..heheheee

Opss,sebelum tu jom layan gambar k..cuci-cuci mata jap..hihii

IMG_1982

IMG_1970

bestkan dapat tengok pemandangan macam ni..hijau je..sejuk mata..pic ni masa kat mersing..

 IMG_2032 ehh,ada orang terdampar la..tu anak sedara aku la..terapungkan diri..

 

IMG_1927

motif gambar ni apa???hahaha..ada iras tak???

 

p/s:-esok cuti..yahooooo…

Thursday, June 16, 2011

Aku jadi lilin,terangkan dunia orang lain..N3 panas untuk ‘kawan’ blogger yang tetttt

Susah betul nak wat n3 kali ni..dah banyak tulis lepas tu backspace lak..tak tahu nak guna ayat macam mana..
Pada yang rasa n3 ni akan mengaibkan orang,terpulanglah..tapi daku mencoretkan kat sini bukan untuk tujuan nak mengaibkan orang,tapi untuk panduan rakan-rakan blogger yang lain..Moga korang tak terjebak atau terkena macam daku ni..

Eh,bunyi macam serius je ekh..hihii..nak kata tak serius,macam serius..entah la,tak reti nak cakap..

Pe citenye ni???

Ok,citenya gini,ada 1 of kawan blogger aku dah pinjam duit ngan aku..nak kata rapat sangat ngan kawan tu tak ada lah sangat..pernah la jumpa lepas dah selalu berkomen-komen kat blog di alam maya ni..blog dia pun selalu gak la aku jengah time dia selalu update dulu..sekarang ni,macam dah suram je..bz kot..hihii
Kawan tu hantar sms pada daku cakap nak pinjam wit..jumlah dia tak yah la daku bagi tahu kat sini..dia cakap one of family dia kena kejar ngan ahlong..masa memula dapat sms tu,daku wat tak tahu je dulu..banyak kali fikir la..so tanya la encik suami,then dia kata,kalau rasa nak bantu orang dalam susah,tolong je la..lagipun,mana tahu waktu kita susah nanti,orang tolong kita pulak.

So,daku pun bagi la kawan tu pinjam wit daku.masa nak bagi pinjam tu,dia kata akan bayar akhir bulan tu jugak,dia pinjam dalam pertengahan bulan 4 la..Then,terima lagi satu sms mengatakan KENA MASUK DUIT HARI TU JUGAK..means,dia nak hari yang sama gak la..aku pun bagi la gak time yang dia nak tu..ok fine,duit dah transfer..

Nak dijadikan cerita,sampai akhir bulan 4,satu sen duit yang dia kata nak bayar balik tu daku tak terima langsung..Masa tu,tak la kisah sangat sebab mungkin dia tak leh bayar lagi..Sampai tak silap,pertengahan bulan 5,daku ada sms dengan dia,tanya apa cerita..dia bagi reason,duit yang dia kata nak byr tu,adik dia dah terpakai..so tunggu lagi sampai akhir bulan 5.masa bagi sms tu,banyak kali aku sms,tapi liat betul dia nak bls..cakap,tak ada kredit la..

Bebenornya,segan gak nak mintak hutang ngan orang,tapi disebabkan daku nak renew insurans ngan roadtax kete.memang duit yang bagi kat dia tu,simpan untuk renew insurans..daku ni,bukanlah kaya sangat yang sentiasa banyak duit…keje pun jadi kuli je..bak kata orang ‘Kais pagi makan pagi,Kais petang makan petang’..kalau banyak duit,baik daku duduk rumah jaga anak je..lagi bagus..tetiap bulan encik suami bagi duit..hihi..best gak macam tu kan..

Tapi dek kerana nak cukupkan duit,tu yang ‘terpaksa’ mintak gak..tapi sayangnya,macam-macam alasan dia bagi..Aku call tak pernah dia angkat..Lepas sms yang dia kata adik dia nak bayar akhir bulan  tu,sampai sekarang,bila aku sms,tak pernah dia balas..Call apa tah lagi..Pastu nak lagi best,daku ada try call dia,guna telefon rumah..Amboi!!angkat tau..tapi orang lain yang angkat then cakap dia tak ada..Bila aku tanya siapa yang cakap tu,orang tu asyik tanya aku ni siapa..Nak lari daripada soalan aku la tu..Gilerr sekejap aku masa tu..rasa nak terjah je umah dia..hihii..

Hah,gitulah ceritanya..pada korang aku nasihatkan,jangan la terjebak macam kes daku ni..memang tak sangka sangat perangai dia macam tu..jumpa in person dengan dia then kat blog dia,memang macam baik la dia tu..tak sangka ini rupanya perangai dia..

Kat sini gak,aku nak pesan kat orang tu,kalau dia baca la..

‘Akak,terpulangla pada akak nak bayar ke tak.kalau bayar saya terima, dan kalau tak bayar,saya dah halalkan apa yang akak dah pinjam.dah malas nak fikir benda ni lagi.Serabut kepala je..Kalau tak halalkan nanti,kat ‘Sana’ hisab saya lambat pulak..Moga Allah datangkan rezeki untuk saya dari cara arah lain lak..Siapa tahu,Allah nak bagi banyak lagi rezeki lepas ni..Saya juga mintak sangat ngan akak,jangan buat perkara ni pada orang lain.Cukupla saya dah lalui semua ni..Umur kita makin meningkat,takut-takut kita tak sempat bayar hutang tu,then orang tu tak halalkan,susah kita kat ‘sana’ nanti..Harap akak faham la..Cakap banyak pun,akak dah leh fikirkan apa baik dan buruknya tak bayar hutang ni..’


daku wat keputusan halalkan tu pun makan masa tau..tu pun encik suami yang pujuk..lagipun daku rasa lagi daku fikir benda ni,lagi sakit hati..daku gak yang tak tenteram..dah tu cepat tuakan fikir masalah je..hahahaa..

Pada korang semua,jadikan cite daku ni sebagai pengajaran wat korang ye..

Terima kasih juga kat member-member blog yang banyak bagi nasihat kat daku..sangat menghargainya…

Eh,korang kenal ke kawan blog daku tu..lupa lak daku nak mentionkan nama dia..tapi rasanya tak payah la,sebab tak baik aibkan orang..Nanti Allah,buka aib kita pulak..

Renung-renungkan & Selamat Beramal..

p/s:-amacam,panas tak n3 ni..biasa-biasa je kan..

Wednesday, June 15, 2011

Lihatlah dunia!!!!

Cuci-cuci mata..

 

Jom..

 

IMG_1935

IMG_1958 IMG_1939

IMG_1941

IMG_1955

IMG_1954

IMG_1952

IMG_1967

IMG_1966

IMG_1960

 

merehatkan minda di Pantai Air Papan, Mersing..Eisya gembira tul sebab dapat mandi kat pantai..lagi best ada abang-abang dia yang temankan..kita gembira,anak-anak lagi gembira..

Tengok keindahan Allah ni dapat pahalakan..sambil mengucapkan syukur diberikan nafas untuk menikmati keindahan dunia ni lagi..Alhamdulillah…

ehh..nape ni???

 

 

 

v

 

 

 

 

 

v

 

 

 

 

v

 

 

 

 

 

v

 

 

 

 

 

 

v

 

 

 

 

 

ada apa kena scroll ni..

 

 

 

v

 

 

 

 

v

 

 

 

 

ada nii….

 

 

 

 

v

 

 

 

 

 

v

 

 

 

 

 IMG_1947hahaa..tuan rumah nak nyibuk tanyang muka penuh jerawat tu..huhuu…

 

  

p/s:-esok ada n3 untuk kawan blogger..tunggu siapa dia..

Tuesday, June 14, 2011

CONTEST AKU DAN PAYUNG

 

Contest: CONTEST AKU DAN PAYUNG

 

Anjuran: boonga kecik

 

Banner Contest..

doodle 5

 

Pic yang dipertaruhkan..

 

IMG_1995

Wahai payung yang aku pinjam,

Untuk aku berteduh dari jadi hitam legam,

Disamping tu leh la melaram..

hah..amacam???

boleh ke terpilih jadi pemenang…

 

tag:

anje @mama balqis

lily @ mama zarazareef

Maafkan Ibu...Sayang..

Kunci kereta kuletakkan di meja bersama segala dokumen kerja. Brooch tudung dilonggarkan. Letih yang teramat. Pandangan ku terarah kepada satu-satunya putera hati di sofa. Melihat telatahnya sahaja sudah mampu menghilangkan lelah.

"Ayie.. bangun sayang.. dah solat ke belum ni?", kepala Ayie ku usap lembut sambil mengemaskan comforter yang membaluti tubuhnya. Jam di dinding menunjukkan hampir pukul enam setengah pagi. Tubuh kecil yang meringkuk di atas sofa ruang tamu itu mengeliat kecil.

"Sayang.. kenapa tidur kat sini? Sejuk...", tubuh Ayie cuba ku rangkul. Dia tersedar sambil berpisat menahan kantuk. Mencuka wajahnya.
"Ibu memang tak sayang Ayie! Ibu balik lambat!" Pantas anak kecil itu berlari menaiki anak tangga.
"Ayie...," panggilanku mati. Ayie hilang ke tingkat atas.
'Maafkan ibu...'
Mak Mah yang terdengar suara Ayie segera membasuh tangannya ala kadar. Adunan cucur bilis untuk sarapan pagi itu ditinggalkan seketika.

"Puan dah balik.. Nak saya buatkan air?" tanya Mak Mah setiba di ruang tamu.
"Kan saya cakap, panggil je Hannah..," aku mengukir senyum.
"Tak perlu. Terima kasih Mak Mah, nanti saya buat sendiri.. emm.. Ayie sihat Mak Mah? Tadi dia tidur di sofa.."
Mak Mah mengangguk kecil. "Semalam dia tak mahu makan, nak tunggu Hannah balik katanya"
"Kasihan dia, Mak Mah.. Mak Mah tak bagitahu saya balik lambat?"

Aku melangkah ke dapur, membuka tudung saji. Lauk hanya kelihatan sedikit terusik. Mungkin Mak Mah dan abahnya sahaja yang makan. Ayam goreng kegemaran Ayie masih tersedia dalam pinggan kaca berbunga kecil, tidak seperti selalunya. Pantang ada ayam goreng pasti Ayie meratah habis.
"Sudah, tetapi dia tak dengar. Abah dia pujuk pun dia tak mahu sampai kena teman dia tidur di ruang tamu. Menangis-nangis tak mahu ke bilik", sambung Mak Mah.
Pasti malam tadi Ayie tidur dalam kecewa, sedih dan marah.
Paip sinki kupulas, membasuh tangan.
"Mak Mah berehatlah ya.. biar saya siapkan", adunan cucur bilis kucapai bersama tepung. Tak lupa rencah 'basmalah' diadun bersama. Sikit sahaja sebelum siap untuk digoreng.
"Hannahlah berehat, baru balik. Mari sini Mak Mah siapkan. Kasihan badan tu..", pujuk Mak Mah.
"Mak Mah memang macam ummi saya..", aku tergelak kecil.

Rindu pada ummi tak tertahan lagi. Barulah aku tahu bukannya mudah bekerja dalam masa yang sama perlu menguruskan rumahtangga pula. Ummi memang contoh insan terbaik dalam hidupku. Meski sibuk di pejabat, masanya dengan anak-anak tidak di abai. Malah ummi pula yang 'berebut' dengan pembantu rumah untuk memasak dan menguruskan hal rumahtangga bila dia di rumah.
Berbakti 24 jam sehari.. hebatnya 'ketahanan' seorang wanita muslimah...

'Tak sempurna seorang wanita itu selagi tak mampu menguruskan rumahtangganya dengan baik. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami dan tempat seorang ibu adalah di sisi anak-anaknya. Nama, pangkat atau sehebat mana pun kita di tempat kerja langsung tidak bermakna kalau keluarga kita sendiri kucar-kacir tak bahagia'
Pesanan ummi kusemat utuh.
"Bila lagi Ayie nak merasa air tangan saya, Mak Mah.. sikit lagi je nak siap ni..", ujarku bersungguh.
Biarlah sekadar masa yang aku punya di rumah aku peruntukkan sebaiknya untuk mereka. Mak Mah masih di situ mengambil tugas menjerang air. Air panas dicurah ke dalam teko. Minuman pagi kegemaran keluarga dibancuh.
Deruman enjin kereta memecah hening pagi. Serentak aku dan Mak Mah menyambut salam dari muka pintu.
Huluran tangan insan berkopiah dan baju melayu itu kukucup.
"Baru balik?" soalnya sambil mengiringiku ke dapur. Mungkin kerana baju kurung yang kupakai sejak pagi semalam tidak bertukar.
Aku mengangguk.
Memang menjadi kebiasaannya untuk membantu aku dan Mak Mah di dapur usai pulang berjemaah di surau An-Nuur. "Kalau tak tolong buat kerja, tolong tengok pun jadilah," pernah dia berseloroh. Seronok Mak Mah ketawa. Sekali-sekala ada juga dia menjadi chief bersilat di dapur. Boleh tahan hebat.
"Ayie macam mana?" ingatanku tak luput dari memikirkan Ayie. Cucur bilis ku jemput kecil-kecil sebelum disua ke kuali panas.

Mak Mah sudah berlalu ke ruang makan. Menyediakan meja sebelum sarapan pagi dihidang.
"Biasalah kanak-kanak..," tenang suaranya.
Barulah aku tahu mengapa beriya-iya Ayie mahu aku pulang awal semalam. Rupanya, dia mendapat tempat pertama di tadikanya untuk peperiksaan bulan lalu dan mahu berkongsi berita gembira sewaktu makan malam kami sekeluarga.
"Bila surprisenya tak menjadi, tu yang mengamuk sampai ajak naik tidur kat bilik pun tak mahu."
Sesalku menebal. Harapan seorang anak kecil punah.
"Kasihan Ayie... terkadang rasa nak berhenti kerja pun ada...," ujarku lambat-lambat.
Cucur bilis yang baru ku tos dicapainya.
"Bismillahillazi laa yadhurru ma'asmihi syai'un fil ardh wa la fis samaa'ie wahuwas sami'ul 'aleem," sengaja dibaca kuat, mengusik. Kalau-kalau ada mudharat pada cucur tu, tiadalah terkesan padanya nanti.
"Emm.. sedap! Tukar profesion jadi tukang masak pun boleh ni," ujarnya sambil menyengih.
Aku mengeluh perlahan. Sepatutnya aku sebagai ibu yang lebih memberi tumpuan buat Ayie. Bukan Mak Mah atau guru-gurunya.

"Ayie perlukan perhatian seorang ibu...," rendah suaraku.

Sepi.
Dia mengalih tumpu ke arahku. Serius.

"Abang suka keluarga yang boleh berbakti buat ummah seluruhnya, bukan hanya keluarga kecil kita semata-mata. Pasal Ayie, abang akan cuba fahamkan dia, InsyaAllah. Bersabarlah untuk beberapa bulan ja lagi. Lepas ni takdalah hectic sangat dan akan ada lebih masa untuk Ayie. Yang penting, jangan pernah lupa memohon pertolongan dari Dia supaya segalanya berjalan lancar dan terasa mudah.. kita mungkin tak mampu untuk beribadah setaraf sang 'abid. Jadi, bekerjalah seikhlas mungkin demi menunaikan fardhu kifayah, moga-moga Allah mengira ini juga sebagai ibadah di sisi-Nya. Pasti ada hikmah kenapa Allah tetapkan jalan ini buat kita. Anggaplah ini pengorbanan kecil dalam perjuangan Islam," hikmah bicaranya.

Bukan sedikit berita yang sampai di telinga berkenaan keruntuhan rumahtangga sahabat se-profession dengan ku. Segalanya gara-gara jadual kerja yang sibuk dan tak menentu. Makan pakai keluarga langsung hilang cakna. Syukur yang tak terhingga kupanjatkan buat Dia kerana meminjamkan aku pendamping yang sangat memahami. Baik kerjaya mahu diriku yang sangat banyak kelemahan dari sempurna. Dia yang terus-terusan meniup semangat memberi motivasi kala aku hampir berhenti dari jalan ini.
'Moga Allah mengira aku sebagai sayap kiri perjuangan Islam..'
***********************
"Red zone, Doctor! 1st bed," cemas suara jururawat.
Aku tersentak.
Suasana sekitar ku kembali bingar.
Bunyi mesin ventilator bersilih dengan suara orang mengerang kesakitan.
"Robbi yassir wala tu'assir. Robbi tammim bil khair," doa ku penuh mengharap sebelum melangkah ke medan juang.
'Maafkan ibu, Ayie. Redhakan ibu berjuang untukmu, sayang juga buat ummah seluruhnya..'




-Artikel Iluvislam.com

p/s-tersentuh rasa bila baca cite ni..

Monday, June 13, 2011

Eisya jadi Saloma?? Kawin kawin…

 

Dah hari isnin semula..Dah tu gak,bermulalah eposid harian seperti biasa..Keje..keje..keje..tak keje,tak de witkan..hihii

Ni nak letak pic kenduri kawen cousin kat kg hari tu..Masa diorg sanding ni sama dengan date date kawen i tau..

04.06.06—kiralah dah berapa tahun ye..

Masa tengok sanding ni,teringat zaman dulu-dulu..bestkan saat baru kawen ni..mmg raja sehari tul…

Jom layan picas..

 

259286_10150203785639806_596249805_6970311_2260187_o

242335_10150203808074806_596249805_6970595_318014_o

243830_10150203808939806_596249805_6970610_7187399_o

257229_10150203810764806_596249805_6970625_2911166_o

259476_10150203808364806_596249805_6970602_6992122_o

240204_10150203809429806_596249805_6970613_7452021_o

259752_10150203807389806_596249805_6970586_7857463_o

 

tu la sebahagian pic masa kenduri tu..cousin yang kawen tu,yang perempua tu la..nama kitorg dah la sama..farah gak..kalau berkumpul reramai,mesti orang panggil fara besar,fara kecik..yang besar tu daku la sebab lebih tua..hihi..

Eisya lak masa kenduri kawen tu,orang panggil saloma..sbb pakai kebaya tu..sian eisya..huhuu

Wednesday, June 8, 2011

Contest Baby Bajet Comel

 

Contest: Baby Bajet Comel

 

Anjuran: Farah:

 

Banner Contest

P1010026

 

Pic yang dipertaruhkan..

IMG_0387

Nama: Nur Aleesya binti Mohd Adzhar

Umur: 2 tahun 8 bulan

 

tag:

ayu@ibu damia

ibu arifa

anje

Muslimah ke????

Model Muslimah yang ala-ala gangster skit..




Aleesya pakai jubah yang uncle dia bagi masa balik dari umrah..Kita suh dia posing ala-ala muslimah,dia wat style gangster lak..Si adik baru bangun tido..terus bergambar..so muka blur2 je..hihii..


p/s:
-ramai yang request suh wat n3 panas...kita bag tempoh dulu..kalau tak,n3 akan keluar.. 
-pada yang sempat tu,tolong vote eisya ye...hari ni last day..
 


Monday, June 6, 2011

TOLONG!!!TOLONG!!!

 

Tolong..tolong…Tolong…tolong…

Mintak tolong ape tu???

Nak mintak korang semua tolong votekan contest yang eisya join kat sini..

Cara dia senang sangat…

1) Klik kat –> http://abcdefghijkldiana.blogspot.com/

2) tekan vote kat “POLL VOTE” side bar sebelah kanan..

 

untitled

ni tempat nak vote tu..nama yang daku wat line tu atau

‘UMMI EISYA N AMANI’

 

NI pic contest tu..link kat sini

IMG_0347_e2_thumb[3]

Nur Amani binti Mohd Adzhar

IMG_0387_thumb[3]

Nur Aleesya binti Mohd Adzhar

 

Vote ni sampai 8.06 ni je..

 

Pada yang sudi vote..terima kasih bebanyak..sayang korang..kita kawankan..hihii

 

p/s:-hati masih panas dengan tettt..tunggu ye hadiah dari saya…