

Friday, June 26, 2009
Autobot... Roll Out....

Wednesday, June 24, 2009
Buzy le sesangat...
p/s - thanks to all yang vote for eisya k...nanti ummi cite kat eisya..(kalau la eisya faham pe yang ummi cakap la..)
Monday, June 22, 2009
VOTE FOR NUR ALEESYA..A0036
taip ' AOO36 ' dan sent kat sini .
boleh mengundi untuk 5 orang sekali..pilih la sape yang anda nak undi k..tapi jgn lupa undi untuk eisya sekali..tarikh akhir undian adalah 3 julai 09..
Terima kasih pada yang sudi mengundi..
INILAH EISYA YANG TENGAH TIDO DALAM KECOMOTAN..
- daku tengah penat sangat ni..keje menimbum..badan lak macam nak demam ni..
- vote la untuk eisya ye..ummi tak sempat nak berkempen sangat..dilanda demam doyan ni. :-(
Saturday, June 20, 2009
Contest Aksi Menarik Ketika Anak Tido

Gambar ni diambil ketika berada di kampung, Kuantan. Semua org tgh sibuk berborak dan ummi pun tgh bagi eisya makan nestum. Tgh elok bagi makan tu blh lak eisya tido mungkin kepenatan dalam perjalanan dari JB. Mcmla eisya ni drive kete lak. Daddy pun tak penat dia yg penat bebenor.
Umur : 8 bulan (kategori 1)
okla..rasanya dah cukup syarat..so mama uzama terjah la ke sini ye..
p/s - jangan tiru aksi ini dirumah anda..huhu..
Friday, June 19, 2009
Daddy's Dearest Contest
How to participate?
Just follow the steps below and the prizes could be yours!
1. Add Isabelle...frankly in your blogroll@bloglist and become my follower.
2. Write a short entry in your blog about this contest (it could be in Bahasa Melayu or English - up to you) and put up the Daddy's Dearest banner (above).
3. Upload a creative/dramatic photo of the father with son/daughter and explain why do you think your picture is unique.
This blog - http://thesnowwybear.blogspot.com/
This contest - http://thesnowwybear.blogspot.com/2009/06/daddys-dearest-contest.html
5. Tell me about your entry by leaving a comment here with the link to the entry.
*The prize would be something special for the moms (as I believe only moms will spend time to do this...hahaha*
Terms and conditions
- This contest is only opened to Malaysian bloggers only.
- The contest starts on 1st June 2009 and ends on 19th June 2009.
- You must put the required links in your entry. Else, it will be disqualified without notice.
- Winners will be selected based on the most creative pix that resemble daddy-child closeness.
- Judge’s decision is final and no correspondence will be entertained.
- Winners will be announced in this blog and will also be contacted via email.
1 - done
2 - dah letak pun (kat atas sekali..)
3 - ni gambar dan penerangannya..
5 - done..
Hadiah dari Mama Tisya



- nanah kat belakang eisya tu dah pecah.jadi macam merah je sekarang ni.kena gigit penyengat rasanya
- eisya demam lak sekarang.batuk dan selsema lagi..
- sedihnya hari ni..why ??
Thursday, June 18, 2009
Sepetang di Taman Merdeka
p/s:
-nak tanya ni kat belakang eisya ade macam bengkak kena gigit semut je tapi ade nanah skit.kena ape ekh..takut la..
-eisya sekarang dah boleh duduk sendiri..bestnye nengok perkembangan eisya..love u sayang..
Sunday, June 14, 2009
MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest
Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.
- Get a photo of your baby in RED (red dress/red shirt/red pant/red hat/red towel/red blanket… no! you can’t paint your baby red…ha..ha..ha)
- Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest
- Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth.
- Explain why your baby should grab the title “Cutest Baby in Red“
- Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.
- Leave a comment here with link to your blog post. That’s it! Easy peasy.




Nama baby : Nur Aleesya bt Mohd Adzhar
Umur : 8 bulan
Tarikh Lahir : 09 Oct 2008
why your baby should grab the title “Cutest Baby in Red“ :-
Eisya layak untuk 'Cutest Baby In red' kerana eisya memang nampak cantik dan cute kalau pakai warna merah ni..eisya ni kulit dia putih kemerah-merahan skit so kalau pakai warna merah nampak lebih menyerlah..Lagi nampak cantik sebab eisya mempunyai sepasang mata yang bulat dan bulu mata yang lebat dan lentik,berseri lagi dengan rambut eisya yang lebat dan baru potong tu.Eisya dan ummi memang suka bergambar,jadi dah banyak gambar eisya sekarang ni..So kalau menang boleh la eisya letakkan gambar eisya yang cantik-cantik tu ke dalam photobook tu dan ummi lak boleh la bergaya ke sekolah dengan bag dari Alicewonders.
- esok dah keje semula..bestnye dok umah cuti ni..
- amacam jadi tak effect kat eisya in blink-blink tu..
- ehh..boleh ke gambar ade effect tu ek..kikiki...
Saturday, June 13, 2009
Tag from Mama Aqil..
1.bila kali terakhir anda cuci toilet?
2.pencuci apa yg anda guna?
- pencuci ni dulu pakai jenis serbuk tu,kalau tak salah namanya ZIP..sekarang dah tukar la..pakai Harpic-Active Cleanning Gel..
3.dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? kenapa?
- haha..mop lantai ye..tgk la kalau lantai kotor mop la sebabnya kalau tak kaki cik eisya tu akan kotor..
4.apa tugasan anda sebelum menjelang malam?
- balik je dari sekolah ambik eisya dulu,lepas tu makan atau main ngan eisya jap..bila eisya dah tido selalunya main internet jap..
5.apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
- eii malu ar nak cakap..kalau dah malas sangat tu,masak nasi pastu goreng telur,makan la ngan kicap..sedap gak ko..yang penting perut kenyang..
6.minuman yg anda buat setiap pagi?
- teh o @ ais sejuk je..huhu..
7.sebelum tido apa yg anda lakukan?
-basuh kaki.(nenek selalu pesan tau,sampai sekarang still wat lagi..)
-baca doa apa yang patut
-pastikan semua alatan untuk wat susu eisya dah ade kat dalam bilik..malas bangun nak g dapur..
-cium eisya then say good night kat hubby, terus la terbang...zzzzzz...
8.harus menjawab tag ini?
mari kita tengok sape yang kena..
-ummi salsabila
-intan-ibu arissa
-mama auni
-naurah makwa
-ibu arifa dalila
-mrs e
- sape yang rasa nak buat pun lagi dialu-alukan..
Award-Ibu arifa & Ummi danish




Thursday, June 11, 2009
CoNSolaTIon for faTheR' s dAY cONTESTs
ummi don't believe that dady eisya can win the contest that held by mamatisya. actually ummi just join the contest for fun and to get many friend. it quite meaningful for us to get the consolation reward.
ummi want to say very tq to mamatisya for the effort to hold the father's day contest. tq also for the jury that have chosen dady eisya for the consolation prize. this is quite meaningful as the picture were taken during our 3rd anniversary celebration. Lastly, tq again to mamatisya and all fellow contestants. Congratulation also for all the winner. So this is the picture……

p/s-internet baru je ok..huh lega sungguh..
Wednesday, June 10, 2009
sTORY MoRRy...(nusajaya)
Sesampai je kat sane pergi site BIL dulu la..dia ade projek kat sane.pehh..dalam hutan tu projek dia..jalan nak menuju ke Kg Sungai Melayu..ladang kelapa sawit ko..Hah sebelum tu nusajaya ni juga merupakan hutan tau..masa sampai tu memang banyak yang belum siap lagi..semuanya dalam proses pembinaan lagi..nak buat hospital,universiti kat sane..memang dia nak wat macam Putrajaya la..tapi setakat yang disiap tu memang cantik betul bangunan dia..ala-ala kemodenan gitu..ade ambik pic gak kat sane,tapi tak terang sangat la sebab hari dah hujan.hujan renyai-renyai dah langik dah hitam sangai..nak hujan lebat la tu..so tak boleh la bawak eisya jalan-jalan kat tempat bot-bot tu..kat sini dinamakan Puteri Harbour..cantik tempat ni,tapi belum betul-betul siap la..kalau dari danga bay pun kita leh pergi ke nusayaja ni tapi kena naik bot la..lagipun kat danga bay tu ade wat cruise dari danga ke nusajaya ni..teringin nak naik tapi kena tunggu eisya besar skit la..kecik lagi takut nanti hujan ke susah lak..tak pun daku pergi berdua je kan..hahah eisya tinggal la...Jadi disebabkan hujan tu,ummi ngan eisya hanya berjalan sampai habis atap jela..yang lelain semua dah sampai hujung kat tempat bot tu..tak pela eisyakan nanti kita datang lagi ye..Ramai gak yang datang melawat masa tu.Lepas je habis berjalan tu masa nak balik hujan selebat-lebatnya.nasib baik dah masuk dalam kete..tapi ape hal ngan eisya ni..monyok je masa tu.la rupa-rupanya eisya dah ngantuk la..best sangat la tu kena angin jadi mengantuk la minah tu..daddy ambik then tidokan eisya kat bahu.baik daddykan..hihi..ayat memujuk ni.
Oleh kerana perut pun dah bernyanyi-nyanyi,we all pun pergi la jusco bukit indah. eh..apehal aku asyik pergi jucso je..sebenarnya dah naik boring tak tahu nak pergi mane lagi..maka jusco la tempat pilihan..ummi ni dah boleh jadi wat part time kat situ..asyik muka ni je kat jusco tu.kikiki..Makan la kat kfc.cepat skit kfc ni tak panyah nak tunggu lama-lama kan.sebabnya perut dah lapor la..lepas tu kan masa makan kat kfc tu eisya asyik nak nganga mulut je..kesian eisya pun nak makan.last-last sebab kesian sangat ummi pun bagila eisya rasa skit mash potato kfc tu(eh betul ke aku eja tu)..bagila eisya rasa skit.ummi ambik kentang je.daddy dah marah masa tu sebab benda tu kan tak elok untuk baby..tapi ummi bagi rasa skit je..'cukup ye sayang,nanti ummi buat sendiri ye..'alamak..kenapa tetiba mata mengantuk ni.dah nak tertutup je.tula sebab lepas makan so mata pun nak tertutup la ni..oleh kerana dah malas nak fikir benda ape nak tulis lagi, uols tengok jela gambar-gambar yang diambil tu..hahaha ade korang kisah ke aku nak tulis ke tak kan..layan jela.......
p/s ~ baru balik dari klinik tadi..alhamdulillah berat eisya bertambah. 9.5kg now.naik 1 kg..takut jugak berat eisya tak naik sebab eisya tak kuat sangat makan..main je lebih
Monday, June 8, 2009
Karenah Aleesya
- Eisya dah pandai melambai atau tata/bye-bye tu la.dah tu kejenya asyik nak tata orang je.sampai nak tido pun tgn dok tata lagi.
- Dah pandai laju kedepan tapi belum merangkak lagi. cuma meniarap tapi lajunya..huh abis semua tempat yang dilarang ditujunye.eisya paling suka main carpet.dah pakai toto pun ditolaknya toto tu sebab nak main bulu-bulu kat carpet tu..
-Eisya ni pelik skit sebab dia tak suka main anak patung atau toys yang berpatung-patung ni..banyak dah ummi beli tapi dia asyik tolak je kalau bagi kat dia..dengan dibo,tiger,rabbit dan barney semua tu dia akan campak kalau bagi kat dia ok..eisya akan berminat ngan telefon(yang ade bunyi tu),laptop dan permainan yang masukkan dalam gelung tu,atau pun dia suka dengan duck yang main masa mandi tu.
-Juga dah pandai melembikkan badan sekarang ni.kalau dia nak main tapi kita tak bagi dia akan lembikkan badan tu..sampai nak dukung pun tak larat sebab dia beratkan badan dia..'eisya tak kesian kat ummi ke'.wei aku dah macam boleh ade muscle tau.hahah..
-Tepuk tangan juga dah pandai sekarang ni tapi style dia tepuk tu tangan mesti genggam. bukan nak bukak tangan tu..
-huh..kalau nak walker dah laju giler.berlari dah sampai kita jadi takut dia jatuh..semakin mencabar nak bagi dia naik walker tu..
-dah mula suka 'mengemas rumah'.semua barang-barang yang bleh dicapai akan 'dikemasnya'..
-mulutnya pun dah makin banyak.kadang-kadang dia nak tido tapi mulut dok ngomel lagi..menjerit-jerit la tapi mata nak pejam..ummi tak faham sangat bahasa jerman tu..
itu adalah sebahagian perangai eisya sekarang ni..(aku dah malas ni wok..) so layan jela gambar-gambar eisya ni..
Saturday, June 6, 2009
FATHER'S DAY CONTEST
1. Add blog MamaTisya di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER MamaTisya serta upload FATHER'S DAY CONTEST
as a banner di blog anda.
2. Buat entry khas ngan tajuk FATHER'S DAY CONTEST & upload gmbr anak anda bersama ayah/daddy/bapa/babah/walid/abi/papa masing2. Sertakn perkara2 berikut:
- Nama ayah & anak
- Umur anak (tiada had umur )
- citer la skit psl gmbr yg dipilih dan dh ada plan ke nk celebrates kt mn?(kalo ada, sila nyatakan)
3.Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke MamaTisya
(no link back will be disqualified).
Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini, nanti senang MamaTisya nk view entry korang.
4. Pemenang akn dipilih berdasarkn gambar yg menarik & melambangkn kasih syg seorang ayah kepada anak.Keputusan juri adalah muktamad.Hanya 2 pemenang akn dipilih iaitu
- ayah & anaklelaki
- ayah & anakperempuan
5. Hadiah utk pemenang adalah something from PIERRE CARDIN
**jika rmi yg join contest ni...mayb ada adiah saguhati...so tguuuuuu......
----------------------------------------------------------------------------------------------
no 1 - dah ok..dah memang follower mamatisya dan dah add kat bloglist lagi..(settle)
no 2- Ni gambar ngan penerangan nye k..

Nama ayah : Mohd Adzhar bin Hassan
Nama anak : Nur Aleesya bte Mohd Adzhar
Umur Anak : 8 bulan
Sebab gambar dipilih : Gambar ini diambil masa ummi ngan daddy eisya celebrate 3rd anniversary kami. Masa nak menunggu makanan sampai eisya ni suka sangat nak main. So daddy la yang layankan eisya ni.Ummi lak tiba-tiba terpandang diaorang berdua ni then terus la ambik gambar. Nampak sangat yang daddy eisya ni seorang yang penyayang dengan anaknya..tengok la tu betapa seronoknya daddy dan eisya bermain.Dengan eisya ketawa lagi.Actually daddy memang seorang daddy yang caring. Selalu bantu ummi untuk jaga eisya. Kalau malam-malam eisya nak susu,daddy la yang bangun buatkan susu untuk eisya.Terima kasih daddy sebab membahagiakan kami berdua..Love u daddy..
Plan nak celebrate : Memang ummi ade plan nak celebrate tapi tempatnya tak tahu lagi la..maybe ummi nak belanja daddy makan kat mane-mane hotel kat jb ni..Tunggu ye daddy..
no 3- nanti ummi link (settle)
Rasanya semua dah memenuhi syarat yang ditetapkan.ade chance ke nak memang ni.ala ummi just joint saja memeriahkan lagi father day contest ni.kalau ade rezeki menang alhamdulillah sebab gambar tupun diambil disaat waktu yang memang amat bermakna buat ummi.kalau tak menang pun takpe gak.yang penting dapat ramai kenalan.syok tau ramai kenalan.leh la bertukar pendapat.
Tag.. di cilok dari Yus
1)Bekas kekasih saya adalah..
tapi masa kat utm pun macam ramai gak tapi tak rasmi la..
yang rasminye cik abang ni la sorang je..
(wei jahatkan aku..suka mainkan lelaki)
3)Mungkin saya patut..
4)Saya suka..
5)Sahabat-sahabat saya...
Thursday, June 4, 2009
Love Story 3..Detik terindah (Anniversary)
Arwah nenek juga memainkan peranan dalam nak memujuk family aku ni.aku la yang dok cite kat nenek then nenek la yang kuat jugak pujuk ummi dan abah.first sekali nenek pujuk abah la. dah tu abah lak wat solat mintak petunjuk untuk jodoh anak dia ni..tak tahu la ape yang abah nampak,cuma abah cakap suruh lah diorang datang merisik dulu.aku memula tu macam tak percaya gak la tapi dah abah cakap macam tu takkan nak tanya banyak lak.kang ubah fikiran lagi haru..haha..tapi aku cakap ngan abah ,macam mane ngan ummi sebab ummi la yang paling keras sekali.abah cakap yang tu biar abah yang uruskan..untuk memendekkan cite,ummi pun stuju la jugak.so datangla family x-boyfriend tu datang merisik dan seterusnya datang bertunang..sebenarnya dalam bertunang ni pun banyak gak halangannya..dengan aku sampai feed up dan aku pernah call abah cakap kalau macam ini lah,aku nak kawen kat pejabat agama je.senang dan mudah.tak perlu pening kepala..dah la aku menangis beriya-iya sangat masa tu sampai nak cakap pun susah.dok tersedu-sedan..ish..ish...sedih dan klako pun ade kalau difikirkan hal tu..malas la nak cite sebab ape lak.korang faham-faham jelah kalau perkahwinan tu family tak berapa stuju sangatkan..dah fahamkan..senang cite aku lagi.huhu..(ini kes dah malas nak taip..hahah..)
Maka apabila tiba tarikh yang dinantikan iaitu 04-06-06,dengan rasminya termetrailah hubungan kami dengan ikatan suami isteri yang sah..dengan 3 kali lafaz(husband gemuruh sangat la tu..)aku sudah bergelar isteri kepada MOHD ADZHAR BIN HASSAN..setelah 6 tahun menghadapi onak duri tau..Dan hari ini jugalah GENAP 3 TAHUN usia perkahwinan kami..baru setahun jagung.masih banyak yang perlu di tempuhi..Nur Aleesya tanda cinta kami..untuk mr hubby tersayang sudilah membaca sedikit coretan ini ye..Juga buat Aleesya seandainya Aleesya sudah boleh membaca suatu hari nanti..(eii macam nak tinggalkan wasiat la pulak..)
To my beloved Hubby :
Suamiku,
Tahukah kenapa aku sangat menyayangimu?
Disaat kau mula menikahiku
Allah sungguh telah menunjukkan kuasa terbesarNya kepadaku
Semua terasa indah,
Hidup terasa lengkap,
Ibadah pun menjadi terasa semakin nikmat
Dan kau,
adalah kekasih seperti yang kusuka
adalah teman seperti yang selalu ku harapkan
adalah imamku yang sangat dekat
My heart is full of endless gratitude
That you are the one who guide me thru
Suamiku, maafkan aku dalam setiap layananku terhadapmu seandainya itu membuatmu terkecil hati percayalah bahawa aku ingin menjadi yang terbaik buat dirimu Dalam bimbinganmu kurasakan nikmat Allah yang tak terkira Di lenganmu kujadikan tempat bersandar buat diriku Di hatimu disitulah ketemui cinta kita yang sejati
Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu
Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu….Maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu
(Hasil dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati)
p/s:-
-suka sangat baca puisi tu..sedih wok..
-lepas ni aku akan back to the normal mood..
-layan jela pic kat bawah ni..

pengantin perempuan yang control ayu..
mesra gitu..bersanding..
dialah dihati