Tuesday, March 31, 2009

Happy Vs bAD sTORY

Rasa macam dah lama je dah tak update blog ni. Banyak sangat keje kat ofis so memang tak sempat nak update. Tag yang member-member bagi pun belum sempat disiapkan. Tunggu la time free nanti k. Actually hari tu busy ngan nak study lagi,tapi tak study sangat jugak.Time nak study tu la time mata ni ngantuk. So ape lagi..tido je la..Hentam la labu...hahah.. Lepas je balik dari ujian KPLI hari tu terus la daddy bawak ummi ngan eisya pegi makan kat Jusco. Tapi kalau jalan tak beli barang kenapa macam tak sedap je..memang macam tu ke perangai perempuan..Daddy kena wat survey ni sebab daddy kata ummi ni suka je shopping. Konon-konon nak beli la baju untuk ummi tapi emm dah lama sangat kat tempat baby dan duit lak terlebih belanja kat sane..So ummi lupakan la niat tu..bile dah ade anak ni rasa macam tak beli untuk diri sendiri pun tak pe kan. Itulah naluri seorang ibu..segala keperluanya diberikan kepada anak..hahaha macam 'poyo' je ayat tu.

kat dalam barang tu ade la tempat makan eisya..feeding set..ummi dah tak sabar nak bagi eisya makan..nak tengok reaksi eisya macam ne..

ni antara baju-baju untuk eisya.kebetulan ade sale lak hari tu..so ummi pun beli la yang murah-murah je..untuk eisya pakai kat umah sebab baju yang kat umah kebanyakkannya semua dah kecik.(alasan untuk membeli la tu..). Habis la bab shopping..

Ade lagi satu ummi nak syer kat sini. Malam khamis yang lepas kira-kira jam 9 malam..daddy pergi belikan susu untuk eisya sebab susu dah habis stok..ummi lak kat dalam bilik air, then tiba-tiba ummi terdengar bunyi macam benda jatuh..'buk' .masa tu hati ummi macam dah berdebar-debar dah.lepas tu dengar lak budak macam meraung menangis..ummi pun sepantas kilat dengan muka yang bersabun tu cepat-cepat keluar bilik air dah meluru ke dalam bilik. Ya Allah..anak aku..hati ummi meronta dan ummi menggigil..eisya jatuh katil..eisya dah meraung dah masa tu.cepat-cepat ummi angkat dan tengok anggota badan eisya..dekat kepala eisya benjol dan ade macam darah yang berbiji-biji..memang masa tu ummi pun nangis sama..kesiannya anak aku..ummi bagi la eisya minum air zam-zam..alhamdulillah eisya senyap lepas tu then ummi tuam la kepala eisya..ummi terus call daddy cakap eisya jatuh katil..nasib baik eisya jatuh atas karpet kalau la eisya jatuh betul-betul kat mozet tu..emm tak nak ummi fikir.So esoknya ummi ngan daddy ingat nak bawak eisya g klinik sebab risau gak gegaran pada kepala eisya tapi alhamdulillah eisya tak ade ape-ape..kepala pun tak benjol sangat..Sampai malam tu ummi tak boleh tido sebab fikirkan eisya..Eisya maafkan ummi ye..Lain kali ummi kena lebih berhati-hati..tapi dah letak bantal & kepong sekeliling..macam ne la eisya boleh melepasi bantal tu..confius ni..

eisya yang dah pandai wat memek muka..

Thursday, March 26, 2009

Old TiME sTOriES

Cepatnye la masa ni berlalu. Dah nak cuti balik.rasa macam baru je start keje. Aduh..sabtu ni ade exam KPLI tapi ummi belum study lagi. Semalam malam baru je nak study, eisya dah nangis la nak dukung pulak. eisya sekarang ni pandai betul nak suruh orang dukung dia. nangis sampai angkat kaki ngan tangan dah standby nak didukung,tapi bile kita dukung dia leh lak senyum-senyum..eii..ngada-ngada betul..nak bermanja la tu..tapi kesian jugak sebab siang eisya dah kena tinggal kat umah bbysitter so malam jela masa nak bermanja..layan jela eisya..hahah.Sekarang ni pun kat ofis banyak keje so mmg la tak sempat nak study. boleh tak tawakal je masuk exam tu nanti..tula perangai ummi eisya ni dari study kat u sampai la sekarang tak berubah-berubah. suka sangat study last minit..konon pandai sangat la tu tapi 'hampeh'. ape-ape jela ummi ni..

Hari minggu hari tu daddy rajin betul. ummi jaga eisya daddy lak yang masak. ok tak macam tu. kalau tak selalu daddy yang jaga eisya,ummi yang masak. ummi pun snap la gambar daddy masak ni. actually daddy nak masak ayam paprik tapi sebab tak ade cukup bahan ummi cakap masak jela campak-campak. so ni la hasilnya..sedap jugak daddy masak.lain kali leh masak lagikan. Hah boleh la ganti cerita 'Mr.Mama'.kua..kua..kua..

ayam masak campak-campak..

sup tulang..nyum..nyum..

Award ni dapat dari ibudalila..thanks ye ibudalila..



Tuesday, March 24, 2009

Love blog award

Dapat award lagi dari adda/mamasyafi. Adda ni rajin betul bg award kat ummi. Terima kasih la bebanyok ye adda coz ingat gak kat ummi ni..

The rules for the award:
Add the logo of the award to your blog.
Add a link to the person who awarded it to you.
Nominate at least 7 other blogs.
Add link to those blogs on your blog.Leave a message for your nominees on their blog.



Lastly nak bagi award ni kat semua yang ade kat dlam blog list ummi..

Ibu Mithali..touching story..

Sekadar berkongsi cerita...


PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.
"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.

Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.

"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.

Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.

Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'

Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.


(Dewan Sastera Mei 2000)

Sunday, March 22, 2009

Mom award

Wah!!award ni dapat dari mamasyafi. sorry k mamasyafi sebab baru nak wat tag ni..

It seems that the award comes with a set of rules which are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.


1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom).
emm pe yang yang rasa awful ni..baru je jadi mom so susah skit la nak jawab. tapi rasanya yang wat rasa macam bersalah sangat kat eisya ialah ummi tak dapat nak susukan eisya dengan susu ibu sepenuhnya.eisya dah stop susu ibu masa dia 3 bulan. tu pun masa dalam pantang ummi dah campur ngan susu formula.sampai sekarang kalau tengok anak orang lain menyusu badan sampai sampai 2 tahun ke rasa macam bersalah sangat kat eisya.tapi ummi doakan agar eisya terus sihat walaupun kurang mendapat khasiat dari susu ibu..eisya ummi minta maaf ye sebab ummi kurang kesedaran sangat masa tu..so untuk anak-anak ummi yang akan datang..insyaAllah ummi nak berikan sepenuhnya susu ibu..'Belajarla dari kesilapan'

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
i) Suka sangat tengok eisya pandang ummi dan terus senyum kat ummi..Aduh rasa macam tersentuh sangat naluri keibuan ku..
ii) Eisya ni memang pemurah dengan senyuman..so suka la tengok anak ummi senyum.
iii) Ummi suka tengok eisya menangis sebab kadang-kadang eisya menangis ni macam ngada-ngada skit.nakkan perhatian la tu..
iv) Eisyakan dah kenal orang..so kalau tengok ummi je mesti eisya dah hulurkan tangan nak minta ummi dukung walaupun masa tu daddy yang dukung eisysa.emm terasa sangat yang eisya ni sayang kat ummi..
v)Eisya baby yang tak banyak sangat ragam..dia faham agaknya yang ummi n daddy dia baru nak belajar jadi ibu n ayah..
vi) Eisya baby yang comel..(boleh ke macam ni.hahaha..)
vii) Kalau ummi tido ngan eisya then eisya yang terjaga dulu dari tido, mesti eisya akan belai-belai muka ummi suh ummi bangun..emm bestnye kena belai ngan tangan eisya yang lembut tu..

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
Rasanya ramai yang dah wat..so sesiapa yang belum baca then rasa nak wat ambik je la ye..

Thursday, March 19, 2009

Pantang menyerah sebelum berjuang

Huh..tajuk gempakkan. tapi motif nye adalah:-



Sejak semalam lagi tengah berusaha untuk nak tukar template blog ni. Dah menjadi semalam then suka sangat tapi entah la kenapa banyak lak problem lepas tu.date tak keluar la.so tukar balik template yang lama ni.emm tu la dulu masa study kat universiti main-main sangat.nak edit html pun pening kepala sekarang.padahal ambik coz sains komputer..hampeh betul la..Semangat berkobar-kobar nak cantikkan blog ni sebab tengok blog ni macam tak menarik je..orang tengok pun boring.layu je kan.Emm semalam sampaikan member kat sebelah ni cakap"Fara,dari pagi aku tengok ko asyik edit blog je,tapi tak cantik jugak blog ko".hahaha...lawak betul la..Dah la mencuri masa kat ofis ni. kita kena pandai uruskan masa.betul tak?? Ibu dalilah dah bagi link tapi konon-kononnya nak cari yang lain..nak berlagakkan..So hari ni ummi akan meneruskan misi ini.cehh macam misi besar je kan..bile nak berjaya tu entah la..jangan menyerah sebelum berjuang. Malaysia Boleh!!!kawan-kawan doakan moga berjaya ye..huhuhu...

Wednesday, March 18, 2009

tag..

Alamak terima tag lagi. Actually dah lama kena tag ni dari my sis (kak de) tapi asyik tertangguh je nak buat. buat. So mamasyafi/adda & kak de layan jela tag ni ye...

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nur Aleesya ~ my sweet princes
Sebabnye adalah kerana nur aleesya ni permata hati ummi sekarang. So nak la dedicatekan blog ni pada eisya. Semoga bila eisya besar nanti boleh la eisya baca segala perjalanan hidup dia dari kecik lagi. tapi kalau ade ramai anak setiap sorang satu blog ke??emm akan difikirkan nanti.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://nuraleesya.blogspot.com
idea ni datang sebab blog ni memang untuk aleesya..so isi jela nama dia kan senang..x payah nak susah-susah fikir.


3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
method ekh..emm tulis jela ape nak tulis. x yah la nak formal-formal sangat. lagi senangkan..


4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak pernah!!!
la kenapa pulak nak hapuskan..susah-susah wat beb..poning kepalo den..


5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
kak de==> dah namanya adikkan so semamangnye kenal sangat la.seorang adik yang sangat baik..anak yang solehah...memang mempunyai hati yang lembut sebab selalu je mengalah ngan adik-beradik yang lain...sekarang ni dah pandai masak skit sebab dah kena duk sendirikan.hah lagi satu dia ni memang la seorang yang 'skema' skit.hahaha..patuh kepada undang-undang..so selamat berjaya dalam pelajaran k..miss u my dear...

mamasyafi==> baru je kenal ngan mamasyafi ni.ala kawan dalam blog je.so tak dapat la nak terangkan sangat.tapi memang sesorang ibu yang baik n penyayang.isteri yang baik n rasanya ramai kawan..ramah la rasanya..suka gak pegi shopping sebab banyak cite dalam blog g shopping.huhuhu..nantila nak kena kenal lama skit kita wat balik tag ni leh tak..hahaha...


6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
boleh tak kalau sesuka hati je nak letak berapa..lantak aku la blog akukan..kuang..kuang..
-joanna-new member
-ibu dalila-kalau belum la..
-mamafawzan-kalau belum la..

Tuesday, March 17, 2009

Award n My Birthday....

wah!!dah dapat award dari adda..thanks k adda..


Today it's my birthday....


Aleesya kena cucuk

Alhamdulillah eisya dah baik dah demam. hari tu teruk jugak la eisya demam. rasanya ni first time eisya demam tu yang teruk skit. sebelum ni kalau kena cucuk ke eisya ni still maintain lagi tapi dah 5 bulan ni demam lak.then orang-orang yang menjaga eisya ni pun semuanya demam.so hari jumaat pergi la klinik sebab eisya tak boleh nak menyusu.lepas minum susu je mesti muntah.dah la batuk teruk sangat sampai tengok dia batuk kesian sangat.doc ckp eisya punya tekak pun dah merah.tapi dalam demam-demam tu senyuman still tak lekang dari mulut eisya ni sampaikan atuk eisya cakap cucu dia ni demam pun nampak cantik lagi.ha..ha..ha..tengok la ummi dia ni.cehh puji diri lak..

gaya tak macam eisya demam...

lepas je eisya ni macam nak baik je bawak la eisya pegi jalan-jalan skit.nak bagi dia seronok lar..pegi la shopping baju eisya lgpun dah kebetulan ummi lak dapat baucer dari jucso.so gunakan la baucer tu untuk beli baju-baju eisya.lupa lak nak snap pic baju-baju tu.Sekarang ni kalau kat umah memang susah skit nak update blog sebab eisya ni dah pandai lak nak main laptop.memang pantang tengok ummi ngan daddy depan laptop mesti nak joint sama.eisya ni nak ikut perangai daddy ke jadi hantu laptop.ha..ha..daddy jangan mare ye..orang lelaki ni kalau dah minat sangat ni susah jugakkan.kat ofis ngan pc, kat umah ngan laptop lak.entah la wat pe.rasanya duk main internet jela tak pun melayan game bola kat internet.betul tak daddy..

eisya main laptop ngan daddy..(abaikan la yang bersepah kat belakang tu.huhu)

sekarang ni pulak eisya dah ade kegemaran yang baru.eisya suka sangat main tarik-tarik stokin dia. sampaikan dah nak tercabut dah.emm pastu suka isap kaki sendiri.kata orang tua-tua itu petanda dia nak adik.yeke??ala itu ramalan sajekan.kalau ade terima je la tapi kalau boleh tunggu la eisya besar skit..ponat den.. :0...tengok jela aksi eisya ni ....

tengah aim la tu nak tarik stokin mane lak ni...

hah dah dapat..kaki ni la..

tukar kaki la pulak..boring la sebelah je tarik..

susah sangat nak pilih, tarik 2 sekali kan senang.ha..ha..adoi, sampai terkangkang anak dara aku ni..ish..ish..

ummi,tengok la stokin eisya ni..

Thursday, March 12, 2009

Pergi klinik

Hari ni ummieisya cuti sebab nak bawak eisya g cucuk untuk 5 bulan..Nanti ummi update lagi..chow....
sakitnya!...




Wednesday, March 11, 2009

Suatu hari yang ....

Hari ni sebenarnya macam tak ade mood je nak update sebab mengantuk la. otak pun x leh nak berfikir sebab lebih terarah kepada tilam & bantal. kalaulah boleh tido sekarang ni kan seronoknye la. Semalam eisya ni asyik merengek je. tido sekejap je nangis pastu tido balik nangis lagi. tapi pejam mata tak bukak-bukak lak. nak tepuk-tepuk baru tido balik.entah berapa kali bangun. Eisya nape ekh..nak demam ke sayang..tp my mil kata biasa la budak-budak nak beralih bulan. emm layan jelah eisya..So sebab tak tahu nak update pe layan je la pic ni. Pic ni masa we all pegi swimming kat RJCC ahad lepas. bawak eisya swimming lagi tp ummi x dpt la mandi coz nak kena layan eisya...huargh.huargh...(mata dah nak tertutup ni)z..z..z..

eisya masa baru je salin baju

kak sophia nak masukkan eisya dalam boya

waaaa..waaaa.....eisya nangis takut la tp ummi control ayu..he..he..

satu family bekerjasama...

ibu & anak...

eisya dah mula nak berani tapi x nak duduk dalam boya

eisya nampak peyut la...

dah berani kocak-kocak air..yuhu....

apela yang eisya tengok tu..

makan time..tapi x sempat ambik gmbr makanan sebab dah lapar sangat.

Tuesday, March 10, 2009

Tag-My First Born

Opss dah kena tag la pulak.Mula-mula macam malas je nak wat tapi tak baikkan hampakan orang yang mengetag ni('ade ke bahasa mengetag ni, hancur bahasa melayu..)-Ok ibu arifa..

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
mula-mula kawin tu mmg plan.konon-konon nak honeymoon dulu ar. tapi bila prgnt yang first tu gugur lak. So eisya ni yang kedua la.


2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
Of course la..


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Syukur sangat-sangat. Thank u Allah..


4. HOW OLD WERE YOU?
masa umur 27 tahun..


5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
tak sangka pun pregnant tapi memang dah delay period 2 days. Lepas tu g klinik untuk nak MC sebab pening kepala then tercakap ngan doc dah delay period. Last-last wat upt test tu dah ade 2 line lak. So doc pun confirmkan yang ummi dah pregnant lagi. Masa tu cukup-cukup 3 bulan lepas miscarriage.


6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Tentula en Suami ku..


7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
mmg nak tahu sangat sebab senang skit nak beli brg baby..


8. DUE DATE?
07.10.2008


9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Ade la jugak skit-skit. Tapi lepas maghrib je muntah. Tu morning sickness ke.hu..hu...


10. WHAT DID YOU CRAVE?
Ada. nak makan burung puyuh goreng ngan ais krim yang dalam plastik tu.ala yang jual kat rumah-rumah tu.isi air milo ke..


11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
tak ade.


12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
yang first tak tahu tp yang 2nd ni Female.


13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
Tak kisah janji sihat n selamat semuanya. tapi dalam hati kalau boleh nak girl. Alhamdulillah dapat la girl akhirnya.

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
17kg...


15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
tak ade


17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Alhamdulillah semuanya sihat.


18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Puteri Specialist Hospital


19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Lama jugak la..masa first day tu dari 12pm sampai 5 pm. then sambung lak esoknya kul 6 am.


20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
My loving husband


21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
masa nak normal tu husband ade la tapi masa kat OT tu doc n nurse aje la..sorry husband tak dibenarkan masuk.


22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
emergency ceazer sebab jalan tak bukak-bukak jugak. air ketuban lak dah pecah then eisya lak dah berak dalam perut..


23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
tak ambil pun.


24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.28kg


25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
actually 7 oct 08 tapi tak sakit lagi. So pegi la chck up ngan doc then doc ckp kena masuk hospital esok coz air ketuban dah kurang. Kena la induce...


26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Nur Aleesya. Pilihan ummi n daddy..


27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
Eisya dah masuk 5 bulan semalam..

nak tag sape=>sesiapa saje yang nak dirinya di tag ambil la..

Friday, March 6, 2009

Today is Friday

Sekarang ni ummi tengah mencari resepi untuk eisya. Nak wat macam buku resepi la sebab nanti senang skit nak masakan untuk eisya.excitednye ummi nak tengok first impression eisya makan ni nanti. Nak bagi makanan untuk budak-budak ni kan nak kena kreatif skit. Nak kena pikat selera dia. Ummi lak tengah nak cuba sedaya upaya nak masakkan sendiri makanan untuk eisya. Nak eisya merasa air tangan ummi dia ni. Lgpun yang kat pasaran tu dah campur ngan macam-macam bahan. Nanti eisya mesti rindukan air tangan ummi dia. Ha..ha..macam mane kita rindukan masakan emak kita. Dah macam-macam blog ummi pergi and copy resepi dia. Maaflah pada tuan-tuan blog tu sebab mencuri resepi.(ampun..)Lgpun tak tulis pun hak cinta terpelihara.kah..kah..kah..

Ummi terasa la ngan kegawatan sekarang ni. Semuanya nak kena berbelanja secara berhemah.tak boleh la nak berbelanja mcam dulu lagi. Kalau tak dulu pantang g kat shopping complex mesti ade je nak beli baju untuk si kecik tu. Sekarang nak kena tengok keperluan lak. Blog-blog online pun dah jarang tengok sebab takut la nanti tergoda. Kang kena lagi membebel ngan En suami coz dia cakap ummi eisya ni asyik nak beli baju je. Tapi geramkan bile tengok baju baby-baby yang cantik-cantik tu.dah perangai perepuan macam tu kan.(sape sokong??)

today ummi nak syer gambar pe ye. rasanya macam nak attachkan gambar lagi la. biar ar sape yang tak nak tengok tu.ummi punya blog so suka hati kita la nak wat apekan. ish..ish..ummi ni blog pun kena ade undang-undang la. jangan la sampai terlanggar undang-undang tu ye..(nasihat untuk diri sendiri). ummi nak attachkan gambar ni la. gambar kawan satu ofis ummi. gambar ni masa kitaorg g wat farewell party for Siti fairuz. Dia resign sebab dapat jadi cikgu. Sedih betul masa ni sebab ummi ngan ct ni sama-sama nak jadi cikgu tapi dia yang dapt dulu. Mungkin bukan rezeki ummi lagi la tu. Teruskan berusaha k ummi. chaiyok..chaiyok.. Wat Siti Fairuz 'Guru Harapan Bangsa'. Wat member-member ummi, korang mesti ingat part ni kan 'pizza dah siap!cheese......' ha..ha..ha..lawak tul ar masa tu.(tengah menaip pun still leh ketawa lagi)

Thursday, March 5, 2009

Holiday Part 2


nak pergi ke Jusco Bukit Indah for dinner

Sampai kat jusco

Makan kat Jonny's Restaurant. Aii semuanya termenung tunggu makanan ke

Ala kesiannya eisya nampak kepala je.

My loving Hubby..

Eisya tido masa sampai kat jusco..Ala comelnye.Sleeping beauty ke...

Aik eisya dah bangun la ummi. Eisya nak makan jugak.

Malam tu we all balik dalam kul 11 lebih. Dah habis makan tu g la round-round kat jusco sebab jusco Bukit Indah ni baru je dibuka. Tak la baru sangat tapi sebab tak pernah sampai lagi kat sini.ha..ha..Sampai je kat hotel terus la eisya ni tido. Penat sangat la tu sebab eisya tak pernah lagi pegi jalan-jalan balik lambat mcm tu. Semuanye kena tido terus sebab esok pagi nak g swimming pool lagi..Horayyyyyyyyy........


Next morning==> Ni la budak-budak yang ecxited sangat nak g mandi. Hah tengok jela tu. Semuanya nak menunjukkan kehandalan swimming. Eisya tengok je dari jauh sebab eisya tak pandai swimming lagi. Nanti eisya dah pandai kita boleh la mandi sama-sama k. Eisya ni masa try masukkan dia dalam kolam tu menangis la coz dia takut agaknya. Yelah kolam tukan dalam dan besar. Sampai terketar-ketar tangan dia. Sampaikan nak ambil gmbr pun tak sempat. dah menangis beriya-iya sangat. Kesian lak tengok eisya mcm tu. Tapi next time nak try lagi biasakan dia. Eisya jangan takut-takut lagi k.


twins ngan abang-abangnye

Mandi tu sampai la kul 11. Balik je kat hotel terus mandi semula then siap-siap utk g lunch. We all lunch kat hotel je kat Club house dia. Best jugak makanan kat situ. Sampai je kat sane ambil lagi gambar. Cantik gak pemandangan kat situ. So layan je la gambar-gambar ni.
Eisya with her Aunty

Daddy,Ummi & Eisya


Eisya ngan sape tu..(ummi la)


smile...

Air kosong je ke??ha..ha..

Eisya ngan daddy

Eisya, wat pe tu..

Jejaka handsome..yeke..hu..hu..

Fish & Chip

Chicken chop

Ok dah cukup ar gambar-gambar tu kan. Habis cite pasal holiday. Eisya pun minggu depan dah nak masuk 5 bulan. Bila tengok makanan mulut asyik nganga je. Eisya dah nak makan ke? So ummi kena cari resepi untuk eisya la ni.