Friday, January 29, 2010

Jatuh Cinta..

Sekarang semakin busy..kalau boleh nak update tetiap hari,tapi selalu tak sempat..buku nak di tanda tu penuh kat umah ni..emm,nak tanda je,cikgu kecik datang melawat..membuat sesi check up ke atas semua buku..hihi..so kena la layan dia menulis dulu..dah la sekarang ni,eisya tido lambat je..semuanya tergendala..so terpaksala update cite yang dah basi ni..


masa ni adalah sesi membuang masa..dah tak tahu nak pegi mana..duk umah boring,so pergi jela tempat ni..Hutan Bandar Mutiara Rini..(ibu damia a.k.a ayu pun g sini gak..kalau tak leh jumpa kan..)layan ye walaupun korang dah boring tengok tempat yang sama je..(model,korang tak boringkan..hihii)



Thursday, January 28, 2010

Jooom...... Jom.....

Jom semua mari turun ke Danga City Mall ada warehouse sale.


Macam2 brand ada..... Macam2 barang ada....
Sempat sambar baju untuk Eisya. Mari serbuuuu.....


Tuesday, January 26, 2010

Contest Sweet Picture Anak Bersama Ibu


Anjuran : Ieya

Penaja : Mytomeioutlet

pic yang di pertaruhkan..

gambar ni sangat sweet sebab mata ummi dapat bertentangan ngan mata eisya dalam keadaan yang sangat gembira dan berpelukan..dapat merasai kegembiraan eisya yang terpancar melalui sinar mata eisya..getaran dari hati ke hati..I love u,U love me..

Contest Tiru Macam Saya

Contest : Tiru Macam Saya

Anjuran: Walai Batikku

pic yang di pertaruhkan...

batik ni adalah salah satu koleksi batik yang ade..sebabnya setiap khamiskan kena pakai batik..batik ni adalah batik hasil lukisann tangan yang di beli dari terengganu..so coraknya tentulah unik dari yang lain..

Monday, January 25, 2010

Gadis Melayu..

Seminggu ni pergi sekolah kena pakai tudung putih je la..emm..sebenarnya tak berapa suka pakai tudung putih..nape ekh..kalau pakai muka macam nampak kontra je..kalau muka putih cantik la..ni muka dah la kurang putih hitam..hihii..tapi kenala patuhi arahan..'Kesetian kepada raja dan negara'..tiap-tiap minggu baca ikrar ni..

Eisya sekarang ni,kuat tul la merajuk..adoi..tak leh kena marah skit mesti nangis..tapi dia macam wat-wat nangis je..bukan betul pun..dah tu,kalau pe yang dia nak,kita tak bagi,pun nangis gak..ish..ish..nangis manja la tu..tapi banyak gak yang kelakar ngan eisya ni..dah pandai nak bergaya..nak pakai rantai la,gelang,spec mata..tambah dengan beg lagi..kehulu hilir nak suh pakaikan beg..kalau tak beg dia,beg yang macam bakul tu pun boleh..dia letak kat tgn mcm org nak g pasar tu..hihii..macam cik kiah nak ke pasar..:p layankan aje la..

ni semua dia mintak dipakaikan..tak layan nanti nangis..pandai lak,cari dalam laci..

bila cakap nak bergambar..mesti diri macam ni..konon bergaya la tu..

ni lagi ..

muka ayu aleesya..hihii

Saturday, January 23, 2010

Berkabung 7 hari

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.


Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

(copy from Berita Harian)

p/s:-nak kena cari tudung putih ni..7 hari nak kena pakai ..

Friday, January 22, 2010

Dialah Di Hati..

Jangan dibiarkan 'rumah' anda diselubungi sawang..hihii..Tapi mood tak ade tul la nak menulis..banyak nak tulis tapi ... aku tengah down la sekarang..sangat-sangat rasa tak senang je hati ni..Untuk menghilangkan masalah ni,aku tengok pic ni semua..

Dialah Di hati..

senyuman eisya ni,hilang skit rasa tension..

eisya sekarang ni,dah pandai posing skit..

minah bunga tul la..

Ya Allah,tabahkan hati hambamu ini untuk menerima ujian Mu..

Wednesday, January 20, 2010

Penyakit Oh Penyakit..

Sekarang penyakit 'm' telah melanda diri..semakin parah nampaknya..tapi kena lawan tu semua..nanti berhabuk la 'umah eisya' ni..lagi penat nak membersihkannya..sebenarnya sekarang,balik keje je,kena main ngan eisya dulu..eisya memang tunggu ummi dia balik sebab nak suh main buble ngan dia..setiap malam ok..huh,nasib la guna yang ade kipas tu..kalau tak jenuh gak mulut nak meniup ni..Lepas tu,barulah siap untuk makan then prepare untuk nak ajar esok..pastu dah siap semua tu,mesti mata pun dah ngantuk..so tu la puncanya datang penyakit 'm' untuk 'umah eisya' ni..

So dari dibiarkan berhabuk tu,baik kita letak piccas buat tatapan auntie eisya yang jauh di mata tu..nanti kita letak video lak ye..layan la semua ni..


cik eisya yang suka berjalan sekarang ni.. ummi pun sekali

siapakah gadis itu???gadis ke..

merenung pe tu??

family eisya..tapi nasib muatkan tempat duduk tu..ingatkan tak muat..hihii

ibu dan anak yang kena paksa bergambar..

ni hasil dari panning daddy eisya..good job daddy..dah nak jadi tu..

p/s:-minggu ni sabtu kena sekolah ganti..emm..:(

Monday, January 18, 2010

SweetLovelyShoppe Cutest Baby Photo Contest


Anjuran : Sweet Lovely Shoppe

Nama: Nur Aleesya Mohd Adzhar
Umur: 1 tahun 3 bulan ++
Nama Ibu: Sharifah Farawahidah

Sunday, January 17, 2010

Panas Tanpa Hujan..

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan

seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut
menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana
Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;
"Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

p/s:-sekadar berkongsi mesej yang berguna..


Friday, January 15, 2010

Tudung GiveAway Contest


Anjuran : Teratak Comellotte

Saat Indah Percutian Anda adalah:-


Tempat: A Famosa Resort
Tahun : December 2008

Gambar ni diambil Di Cowboy Town..Memang best sangat pergi kat sane sebab macam-macam tempat nak dilawati ade..Next time nak pergi lagi...

p/s:-tahniah min..dalila dapat masuk finalist..

Thursday, January 14, 2010

Kami Budak Baru Belajar...

Last weekend,masa eisya demam tu,sempat lagi pergi ke Jusco Permas..hihii sebabnya jusco ade wat Jcard Day..usung lagi eisya masa ni,rembat la ape yang patut..dapat la sepasang 2 baju ngan kasut..sebelum ke Jusco tu,singgah dulu kat Taman Istana..round kat situ jap..tapi sebenarnya,aku tak pernah sampai kat sini,tu yang ajak hubby singgah sini jap..cari port nak jogging ni...azam barukan nak kuruskan badan..kononnya..Sambil tu snap la sekejap pic eisya..ni wajah demam tau..tengok mata eisya,berair je..

kesian eisya,kena paksa bergambar..

tapi,demi ummi..eisya layankan jugak..

eisya yang suka sangat dapat berjalan dengan bebas..

tengok la eisya..ketawa gembira dalam kesakitan

eisya sekarang suka wat muka macam ni..kerutnya!!

tersenyum gembira lagi..

suh senyum tapi tak nak senyum...

sape yang terlebih senyum kat sini??

lagi orang tu yang terlebih senyum..:p

kepenatan setelah menjadi mangsa puan pengarah..tukang snap ngan model

interframe sekejap..

bergayut ngan mamat mana tu??berlakon
p/s:
-hasil mr 'c'
-eisya dah mula nak main semula..:)


Wednesday, January 13, 2010

MOBS & Lollietots CUTEST SMILE BABY CONTEST


Anjuran: MOBS

Nama : Nur Aleesya Mohd Adzhar
Age: 1 tahu 3 Bulan
Gender : Female

p/s:-Eisya dah semakin sihat..:)

Tuesday, January 12, 2010

Denggi???

Pagi semalam, dalam kul 8.30 dah sampai ke Hospital Puteri ..Huh,orang no 1 tu..sebabnya takut tak sempat lak nak g skul nanti..tapi paed masa tu,ade emergency kes lak..so kena la tunggu paed sampai klinik semula..eisya masa kat klinik tu,temperature eisya 39'c..terus nurse masukkan ubat ikut punggung..eisya dah tertido lepas tu..sampai la paed datang semula dalam kul 10..lenguh gak tangan mendukung eisya masa ni..

So,masa kena check tu,citela semuanya pada paed pasal eisya yang muntah-muntah dan cirit birit ni..pastu time malam memang temperature eisya naik..after dah check semua tu,nampak muka eisya ni ade macam merah-merah je..badan pun ade skit-skit..paed cakap symptom ni macam denggi je..so better kena check darah..masa paed cakap masa tu,adoi..takut betul..mintak sangat eisya jangan kena denggi sebab denggi ni kan kalau kena habis sakit semua sendi..dah macam nak nangis masa tu..lepas dah g makmal tu,kena datang balik dalam kul 12 untuk tengok ujian darah tadi..Balik umah dulu,mandikan eisya jap..sempat bagi eisya makan lagi..tapi lepas tu keluar balik makanan tu..

Dalam tengah nak siapkan eisya tu,ade call dari hospital.cakap dah boleh datang tengok result..emm..berdebar tul masa tu..dalam hati.memang doa sangat eisya tak ade ape-ape..Jumpa paed semula,then paed cakap 'Alhamdulillah aleesya negative denggi'..Ya Allah..memang itulah jawapan yang nak di dengar..Memula rasa better eisya admit je,tapi paed cakap monitor sampai 48 jam..kalau demam lagi memang terus admit la..tapi kalau dalam masa tu,eisya dah teruk,terus bawa ke emergency je..So now,memang tengah monitor je la eisya..Hopefully,eisya akan terus sihat seperti biasa..

Terima kasih pada yang mendoakan eisya cepat sembuh..Moga satu masa nanti eisya tahu yang ramai blogger ni sayang pada eisya..ummi perasan je lebih..

rindu nak tengok eisya buat muka macam ni..cute tak??

p/s:
-cite ni dah macam karangan lak..hihii
-Selamat Hari Lahir buat adik ku..Sory lambat wish..

Monday, January 11, 2010

I hope U hope

Eisya masih demam lagi..dari hari khamis sampai la ke hari ni..dah bawak pergi klinik tapi macam masih sama jugak..sedihnya tengok eisya..tak pernah lagi eisya kena demam lama macam ni..eisya jarang demam,dan kalau demam pun selalunya 2 hari je dah baik..kali ni demam dengan muntah-muntah lagi dan kena cirit birit lak..tak boleh masuk makanan,mesti akan keluar balik..so,hari ni akan terus pergi ke hospital..hope eisya tak kena ape-ape la..dah la musim gelombang ke-2 tu..Ya Allah,selamatkan la anak ku dan sihatkan la dia..

eisya dengan matanya yang berair je..

air mata yang keluar

sayunye tengok pic ni..rindu dengan gelak tawa eisya

Saturday, January 9, 2010

CUTEST BABY OF THE PLANET 2009


Anjuran : Mombloggersplanet

pic yang dipertaruhkan..

Name : Nur Aleesya binti Mohd Adzhar
D.O.B : 09 Oct 2008