Monday, February 28, 2011

Sayang kamu dan kamu….

Anak-anak penyeri hidup..Jom layan..

low_res_IMG_8867

low_res_IMG_8873

low_res_IMG_8869

IMG_9185_e

IMG_9177

IMG_9169

Nur Aleesya..2 tahun 4 bulan..kakak yang baik..pandai nyanyikan lagu untuk adik kalau adik nak tido..so sweet..tapi still nak dukung lagi..emm..

 

IMG_9187

IMG_9203

IMG_9207

IMG_9206

IMG_9209

Nur Amani..4 bulan..adik yang banyak kena mengalah sebab kakak selalu nak dukung..sangat murah dengan senyuman..

dalam semua gambar amani ni,semuanya barang dari kakak eisya..hanya baju t shirt je yang baru..orang bagi..hihi..leh pakai lagi..jimat duit..kuikui..

 

p/s:

-tak sangka dah 2 orang anak..dulu masa belajar selalu borak, mcm ne lah bila dah anak nanti..sekarang???

-dah nak masuk bulan 3..alamak..semakin hampirr…tidakkkkkk

Thursday, February 24, 2011

Nur Amani 4 months old..

 

Sekejap je rasa masa berlalu..hari ni dah 4 bulan Nur Amani bersama dengan daddy,ummi dan kakak eisya..Rindu pulak time amani dalam pantang tu..saat yang indah bersama amani..

Dah 4 bulan,tapi pengalaman bersalin pun tak cite lagi..hihi..baru wat separuh..entah bile nak siap lagi separuh..nak kena habiskan juga la cite tu..wat kenangan..nanti kalau amani dah boleh baca,biar dia tahu macam mana ummi nak keluarkan dia…heheee…bertarung nyawa..

Milestone:

-dah pandai meniarap..

-dah angkat tinggi kepala..

-mulut dah becok..

-asyik nak hisap jari je..

-dah pandai nak suruh dukung je..time kite letak nangis,bila datang nak amik, ketawa..bagus dik..

-sangat murah dengan senyuman..

low_res_IMG_7375

low_res_IMG_7380

  low_res_IMG_7387

low_res_IMG_7401

low_res_IMG_7472

low_res_IMG_7441

IMG_8934

IMG_8922

wajah-wajah Nur Amani..

Wednesday, February 23, 2011

Terbang Melayang …

low_res_IMG_8971

Kita mulakan dengan slogan ni dulu ye.. Faham!!

 

low_res_IMG_8968

On the way nak tengok layang-layang

 

low_res_IMG_8972

Nama tempat tu ye..

 

low_res_IMG_8974

cik eisya baru bgn tido..no mood..

 

low_res_IMG_8977

adik kena duduk dalam kurungan ‘kangaroo’ sebab kakak dah naik stroller..

 

low_res_IMG_8989

low_res_IMG_9017

low_res_IMG_9043

low_res_IMG_9030

low_res_IMG_9039

tu sebahagian layang-layang yang ada..yang warna merah ngan hijau tu sape punya la terbang..hihiii

 

low_res_IMG_9071

amani pun syok tengok layang-layang..ehh,nampak ke dik..bukan yang terbang tinggi tu ye..ni beli yang kartun hello kitty tu..kakak eisya punya..suka tul amani..tergelak-gelak nengok..

 

IMG_9025

ni perempuan saje nak tunjuk jerawat yang baru tumbuh..hahaa..bangga ekh ada jerawat..ngerrrr

 

tu saje cerita tentang layang-layang..hihi..banyak tul cite tak sempat nak tulis..busy ngan anak-anak ngan keje lagi..ngan keje kat umah lagi..dah nama isteri dan ibukan..itulah keje nye..buka mata keje..keje..keje..hihiiii

 

p/s:

- terjah blog korang semua pun curi-curi..cuma nak komen je kurang sempat..

-eisya sekarang ni under potty training..tapi waktu siang je dulu..

Tuesday, February 22, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Sunday, February 20, 2011

Gieyana Giveaway ~ I'm Look Younger!

 

Contest: Gieyana Giveaway ~ I'm Look Younger!

Anjuran: gieyana

 

Banner …

DSC_0451

Friday, February 18, 2011

cerita dalam keadaan darurat!!!

 

Tension2…wei,pepagi dah tension ni..hancus mood..tension sebab internet ni mcm &**$%^ je..faham2 jela ye..asyik DC je..ada gak aku tukar yang lain ni..jangan mencabar aku ok..ngerrr..

Okla,kena taip laju2 takut terDC lagi nanti,korang tgk gambar jela ye..

IMG_8825 

IMG_8821

hehe…bagi gambar cool dulu..sejuk skit tekak..masa ni kat Black Canyon..ECM Kuantan..

 

IMG_8828

IMG_8829

IMG_8831

ni lauk set yang untuk 2 orang tu..tukang makannye 3 orang,so order jela set 2 orang,tambah nasi..tu pun,lauk tak habis..yang tukang makan tu semuanya slim je..kih3..

 

IMG_8833

hah,ni makanan untuk sorang..sebab apa dia sorang..sebab badan dia besar skit…ops,ya ampun..larikkkkk..

 

IMG_8813

ni dayang-dayang eisya ye..terima kasih sebab ringankan tugasku..

 

IMG_8826

close up skit muka dayang-dayang eisya..hahahaaa…bagi minum air,takut penat nanti..ngerrr

 

IMG_8817

ni la cik ‘queen’..bagus,wat muka seposen tu..cantik!!!

 

IMG_8819

hahaa..ni la org yang slim2 tu..tak termasuk eisya ok..hahahaa…

 

IMG_8832

wei, sebelum makan baca doa dulu ye..nanti kena tegur ngan budak kecik ni..malu tau..heheee

 

IMG_8815

sian amani..mengintai je..duk dalam kurungan..

 

ok..ok..cepat..dah dua kali DC ni..aku dah tahap max geram ni!!!!!!!!!!!!!!!!!

 

p/s:

-tajuk darurat tu..sejak sekejap leh kuar,sekejap tak leh kuar..hahahaaa..

-tu gambar masa kat kuantan..

Friday, February 11, 2011

Kagum..sedih..menyentuh hati..jom baca..

Nak syer gak cerita ni..lagipun bagi penguat semangat..Berjuang hingga ke titisan terakhir..

Sedih,tersentuh,terharu bila baca cerita ni kat blog kak intan..
sanggup bergadai nyawa untuk memberikan susu pada anak dia..sakit pada diri sendiri,dilupakan je..

sama-sama kita jadikan kekuatan dan penguat untuk diri kita..InsyaAllah..

Ya Allah,moga aku terus diberikan kekuatan dan masa untuk menyusukan anak ku Nur Amani...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


--------------------------------------------------------------------------------------------------

gambar selingan..tengah susukan amani..


p/s:-esok balik kuantan lagi..nak jumpa adik yang baru balik dari Cairo..tunggu ye orang kuantan...

Wednesday, February 9, 2011

Bestnye dapat jumpa ANJE @ MAMABALQIS..blogger terkenal tu..

Salam korang semua...Meh sini cepat..nak cite ni...

Hari tu masa cuti CNY, daku balik kuantan..tanah air ku yang tercinta..ceh,cinta la sgtkan..memula plan nak balik hari rabu,tapi disebabkan banjir,so tunda la ke hari khamis..tak kisah la,janji dapat balik..hati dah gumbira...

So,dengan secara tak sengaja,masa tu layan la fb..sambil menyusukan amani..wei,mak canggihkan sekarang,sambil susu layan fb..hahahaaa..

Mungkin dah jodoh,so dipertemukan la..tak janji apa2 pun..dengan tiba-tiba je...cecepat kata kat daddy eisya,nak g jumpa geng baru..dia kata ok je..


Dengan ini,jom layan gambar lagi best..aku dah kering idea ni..ngerrrr..

hah.ni le 3 beranak yang menunggu sahabat alam maya tu..eisya dah pandai wat peace..masa ni baru lepas makan pizza hut..lapor..memula nak ajak anje,tapi dia dah makan lak..
'sorry ye anje kena tunggu weall makan dulu'


kakak eisya menanti kawan..dia asyik tanya,'friend mana ummi'..


yaa..itu dia..mama balqis @ anje..akhirnya jumpa gak..best jumpa.tapi sekejap sgt..tak dpt nak borak lama..lagipun MIL anje ada sekali..mesti la segan nak borak lelama..hihiii..nak baca n3 anje kat sini ..


tengok la syok berborak..balqis dok dgr je..kuikuikuii


sambil kitaorang borak tu,leh la pulak cik eisya ni posing..dah datang mood la tu..layannnnn


ni lagi..masa ni mesti mood baik punya..eisya tak sihat tu sebenarnya..dia demam,batuk selsema..semua pakej lengkap la..sampai la sekarang batuk tak hilang2 lagi..


yiha...sape ni..tula balqis..yang comel,cute,kecil molek je orangnye..pandai tul posing..tapi ni bukan daku amik..ni curi dari blog anje..sory anje..pinjam jap ye..


ni dak eisya..perasan tak muka eisya merah-merah tu..excema dia dah jadi semula..selalu kalau demam,mesti jadi macam tu..


hah,tu la..dari kawan maya dah jadi kawan betul..best..best..'anje,nanti datang jb kita gather2 lagi ye..' nak tengok balqis posing lagi..opps,sebelum tu,anje kata daku ni slim melim la..daku sukaaaaaaaaaaa ayat tu..heheheeee...


p/s:-adik daku insyaAllah sampai Malaysia hari ni..