Friday, July 31, 2009

Mama_Aqish GiveAway @ My Cute LiL Prince & Princess

Ade hati lagi ni nak masuk contest..hahaha..daku nak masuk contest yang dianjurkan oleh mama aqish..dulu dah pernah joint gak tapi tak menang pun..tapi kali nak joint lagi..memeriahkan blog ni lagi la..lagipun manelah tahu ade rezeki eisya ke..kalau tak ade pun,nanti leh joint lagi..muka contest jela daku ni..ala muka eisya pun sama gak la..ok la kita tgk pe syaratnye dulu k..
--------------------------------------------------------------------------------------------------
1. ADD URL Link Mama di blog list @ blog roll anda & Anda diwajibkan menjadi Follower http://damiaqish.blogspot.com/ & link semula url mama pasal contest ni & tepek as a banner di blog masing2....

2. Contest ni terbuka untuk semua Baby Girls dan Boys yang berumur dari 1 bulan sehingga ke 1 tahun saje....( yang lahir tahun 2008 & 2009 je)

3. Hanya seorang pemenang saja yang akan dipilih, tetapi sekiranya penyertaan amat menggalakkan hadiah mungkin akan ditambah

4. Sila upload sekeping gambar saje k....& sertakan sekali dengan nama & tarikh lahir anak anda

5. Sila pastikan entry mengenai contest ini dijadikan sebagai STICKY MODE di blog anda & sape yang paling banyak wat komen kat Blog mama ni (tak kira entry mana pun)akan mempunyai peluang cerah untuk menang (kira advantage la).....

6. Bila dah siap, tinggalkan URL link mengenai contest ni beserta nama anda & anak anda di entri ini.....
Contest Start dari 1hb July 2009 sehingga 31hb July 2009

tambahan lagi SYARATNYE..

1. Kenapa anak anda harus mendapat award MY CUTE LIL PRINCE @ PRINCESS??

2. Ape yang anda tahu pasal blog Mama_Aqish? (soalan ini direka bagi menguji peserta sejauh mana dia tau pasal blog mama_aqish ni)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah tengok syarat-syaratnye..jadi kita mulakan dengan :-

- dah jadi follower dan dah ade kat blog list..

- memang eisya lahir 2008

-nama : Nur Aleesya binti Mohd Adzhar
Tarikh Lahir : 9. Oct. 2008

1) Kenapa anak anda harus mendapat award MY CUTE LIL PRINCE @ PRINCESS??
Alhamdulillah,Nur Aleesya dapat membesar dengan sihat dan sempurna..mudah untuk dijaga dan tak banyak sangat ragamnye..Nur Aleesya lebih dikenali dengan eisya dikalangan keluarga dan kenalan rapat..semua yang mengenali eisya,suka dengan keletah eisya..eisya terlalu murah dengan senyuman..itulah penyeri dan memaniskan lagi keletah eisya..eisya lahir dengan mempunyai rambut yang lebat dan mata yang bulat beserta dengan bulu mata yang lentik..dihalusi lagi dengan bibirnya yang merah dan mungil..syukur sangat di atas anugerah Ilahi ini terhadap ummi..moga eisya dapat menjadi Pemangkin generasi cemerlang di dunia dan akhirat..

2) Ape yang anda tahu pasal blog Mama_Aqish?
Mama aqish ni dulu pernah menganjurkan contest baby cute..blog mama aqish ni dipenuhi dengan banyak tentang contest dan sale-sale..banyak info yang mama aqish ni syer pada rakan-rakannya..Mama aqish juga banyak memenangi contest yang disertainya..mungkin rezeki Aqish..

Aqish sekarang kalau tak silap sudah dijaga oleh babysitter yang baru..ade mama aqish syerkan tentang babysitternye yang lama tu..Moga aqish dah serasi dengan yang baru ni..Mama aqish ni juga ade ceritakan pengalamannya ketika bercuti ke PD..bercuti bersama family..

Juga bebaru ini ade satu post yang HOT kat blog mama Aqish ni..tapi alhamdulillah semua perkara ni dah selesai..buang yang keruh ambik yang jernih..Mama aqish juga ade menyertai dalam Weblog Popular 1Malaysia..


-kena tinggalkan link kat komen ni..

okla..rasanya dah cukup semua syarat tu..buat kengkawan yang nak joint sempat lagi..
Contest Start dari 1hb July 2009 sehingga 31hb July 2009

p/s- STICKY MODE..n3 terbaru lihat di bawah ye..






Thursday, July 30, 2009

Akhirnya..wangi la

Alhamdulillah..daku terpilih juga sebagai pemenang dalam contest ibu addin dan nasa tu..tak sangka leh menang lak..tapi itulah pengalaman pertama daku bergelar ibu..semuanya telah dizahirkan kepada bentuk penulisan..tapi banyak lagi yang tak tulis tu..masa tu,dah malas nak wat panjang-panjang sangat..dapat juga la merasa sabun yang wangi tu..syok..terima kasih wat suami ibu addinnasa ni coz dialah merangkap juri dan memilih pemenangnya..juga tahniah kepada semua pemenang..copy skit kata-kata juri ni ye..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah buat ibu kepada...

40 penyertaan - merangkumi hampir 33,209 patah perkataan utk dinilai dldm masa 4 hari! Bukan tugas mudah – tiada kriteria yg rigid boleh dijadikan rujukan. Posting yg dramatik atau yg lucu menjadi pilihan? Pastinya setiap satu dari kesemua 40 pengalaman adalah unik – tiada yg kurang, superior apatah lagi setara. Gaya dan bahasa penulisan? Ini bukan pertandingan menulis cerpen. Akhir sekali, biar saja “deria” yg menentukan.
Tahniah kpd semua ibu-ibu yg telah memberikan sehabis tenaga/masa mengenang kembali setiap detik pengalaman dan menzahirkannya semula dlm posting anda. Meminjam kata-kata dr sebahagian ibu-ibu:- semoga anak-anak ini setalah dewasa akan membaca posting ibunya dan memahami penderitaan yg ibu mereka lalui.
Setelah ditimbang tara – deria dan akal sepakat mengesahkan ibu-ibu yg bertuah utk menerima hadiah yg ditawarkan adalah ibu-ibu kepada anak-anak ini (tidak mengikut turutan):

Damia Aleesya
Nur Aleesya Mohd Adzhar
Muhammad Uwais


Manakala hadiah saguhati adalah milik ibu-ibu bagi anak-anak ini:

Muhammad Najmi Isyraq
Shafiq Nazhan
Nur Humairah Adelia

Tahniah kpd kesemua ibu-ibu. Anda semua adalah pemenang – pemenang di hati anak-anak anda.
Abah AddinNasa
--------------------------------------------------------------------------------------------------
betulkan kata-kata juri tu..ibu semua adalah pemenang di hati anak-anak kita..suka dengan ayat ni..macam syahdu lak..huhu..

okla habis bab tu...

nak cite pasal hari tu sempat lagi pergi dinner kat DAMAI VILLAGE..tempat dia ni terpencil skit..kat Kg Danga..sekarang dah ade la rumah-rumah tepi tu,masa pergi memula dulu tu,hutan je kiri-kanan..takut gak nak pergi..tapi dah tempat sedapkan..layankan aje la..tengok gambar jap ye..(gambar agak kekuningan la sebab tak guna flash,nanti tak nampak suasana village..hihihiii)

gambar satu family..

syok eisya nengok ikan-ikan kat situ..tapi banyak nyamuk la..

makanan yang dimakan..habis licin semuanya..shark fin dia sedap betul..macam nak makan lagi je..


ok..itulah episod makan-makan ngan menang contest tu..harap lepas ni ade la lagi rezeki eisya..



Monday, July 27, 2009

Minggu yang bz

Sekejapnya la cuti.macam tak puas je cuti ni..hahaha...boleh tak gitu..selalu kalau nak mula keje ni mesti malas je..huhu..daku la tu..Minggu ni minggu yang busy la..sebabnya jadi cikgu bertugas..penat woo jadi cikgu bertugas ni,dengan kelas lagi nak ngajo,jaga budak nak g solat ngan kantin lagi..mungkin tak berupdate la blog daku ni nampaknya..lagi satu nak kena siapkan soalan exam bebudak lagi..huhu..penat tak??selalu kalau bertugas ni kalau balik je kat umah mesti terus lepak la..lenguh semua kaki-kaki ni..cepat la skit jumaat balik..rindu la nak main-main ngan eisya lagi..selalu kalau hari bekerja ni,eisya tak sempat nak main ngan ummi dia, eisya tido awal..dalam kul 8 lebih tu mesti eisya dah tido..nengok anak tido je la aku ni..kekekeee...

oppsss..sebelum habiskan n3 ni,nak syer skit gambar sabtu lepas..kat sekolah ade wat hari usahawan..persatuan atau kelab,kena la berjual..layan la aksi cikgu yang gedikss ni..hihihii..ngalahkan anak murid kan..(kitaorang dah nak tutup kedai masa ni,barang smua laku giler..sekejap je dah abis..)






p/s :-
-alamak kena bagi ucapan skit la minggu ni..benda la aku nak cakap ni..
-eisya badan dia naik ruam..kesian lak nengok..




Wednesday, July 22, 2009

~Cite aku dan dia ~

Hari ni MC..memula dah pergi sekolah macam biasa.dah tu pergi awal skit sebab ade meeting..masa tu kat umah lagi memang dah pening kepala ni,tapi sayang nak MC sebab hari ni kelas banyak..lepas je habis meeting tu,sakit kepala ni memang tak boleh di tahan lagi..dah pening tahap tak boleh nak berdiri ni..rasa nak muntah lagi..last-last mintak la balik ngan penyelia petang..sampai umah je terus muntah..makan dan makan panodal terus tido..tak sedar ape-ape pun sampai la kul 5..bangun terus pergi klinik ambik MC..wei,aku tak pregnant tau..semua orang kat sekolah ingat aku pregnant..rasanya bukan la..Inipun kepala macam sakit skit lagi..tapi ade hati lagi nak update blog ni..eisya ngan daddy semuanya dah tido ngan lenanya..senang keje aku nak update blogkan..hahaha..

Eisya sekarang dah dekat 9 bulan 2 minggu..dah makin banyak yang pandai anak ummi ni..dan semakin kuat tolong kemas umah..sampai orang yang jaga eisya tu cakap kat ummi,susah tul nak pakai baju sekarang ni..nak mengemas je..sampai bawah meja pun eisya nak tolong kemas..hahaha..dah makin besar,gitu la perangai bebudakkan..syer skit la pe yang eisya dah pandai ngan still tak pandai lagi..

-eisya tak tumbuh gigi lagi..bila sepatutnya baby ni tumbuh gigi..eisya ni bayang gigi pun tak nampak..tapi menggigit tu dah suka sangat la..

-mulut dah semakin riuh..entah apa la yang dicakapnya..tapi yang pasti eisya dah pandai cakap 'emmi..emmi..(ummi la tu), abah, ngan mamam..yang lain tu macam-macam bunyi keluar..dan suka sangat menjerit..sambil menjelirkan lidah..pastu ketawa bila kita marah..

-dah pandai nak main ngan kawan-kawan..kalau budak sekolah balik je,mulut eisya riuh panggil budak-budak yang lalu depan umah..siap lambai-lambai lagi..

-eisya dah tahu kat mane tunjuk kalau kita tanya kat mana fan,clock,lizard ngan bird..tapi dia tahu kalau fan tu mesti kat atas jela..kalau lizard tu mesti kat dinding..sangat cute dengan tangan yang lentik lagi tu dia menunjuk..mulut pun muncung sekali..

-kalau dalam kete je,bila kita kata'eisya lori la tu' dia akan cari kat mane lori tu..bila dah jumpa tu dia akan peluk kita sebab mybe dia takut lori tu panjang sangat..dah la besar..

-eisya suka dengar lagu lepas tu suruh kita dirikan dia,sambil dia goyangkan kaki ngan badan dia..dah macam shufle dah..sape tah ajar dia awat macam ni..

-sangat suka dengan buku ataupun ape-ape saje kertas..katalog giant tu pun dia suka..dia akan belek-belek sambil mulut mengomel..bagi mainan lain dia akan baling je..jangan kacau ok..

-eisya dah mula nak berdiri sendiri..memang ngeri tul aksi tu..

itulah antara pe yang eisya dah pandai sekarang..kang kalau tulis bebanyak jenuh lak nak membaca..lagi satu nak post skit gambar eisya yang diambil last week..g shopping skit barang eisya..

masa makan kat arena jucso..makan yang dalam wok tu..

eisya suka sangat main sarung camera tu..nak ambil je menangis..

eisya nak makan pe yang ummi makan..



Monday, July 20, 2009

Contest - Share your story & this might be yours!

Lepas jalan-jalan menjelajah blog kengkawan,terbaca lak contest mengenai pengalaman bersalinkan anak ni kat blog ibu addin dan nasa. jadi dengan semangat yang rasa nak joint contest ni,daku telah memerah otak untuk mengarang cerita tentang pengalaman bersalinkan Nur Aleesya ni..at least kalau aleesya baca nanti,dia tahulah macam mane ummi dia nak bersalinkan dia..so,jom tengok syarta-syarat dulu..

1. Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda.
Buatkan
satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nama : Nur Aleesya binti Mohd Adzhar
Tarikh Lahir : 9/10/2008 , 8.27 pagi..
Berat : 3.28kg
Tempat Lahir : Hospital Pakar Puteri Johor Bahru

Inilah pengalaman daku...

Sebetulnya edd aku ialah pada 7/10/2008..masa tu kalau tak silap memang musim raya.So masa dalam nak menantikan bersalin tu,memang aku ni pergi beraya je la.tapi setiap kali pergi jalan kat rumah orang mesti diorang cakap perut aku ni tak turun lagi..macam tinggi je lagi..aku dah rasa macam berdebar lak masa tu sebab memang dah dekat ngan edd tu..Puas la mr hubby ku memujuk supaya jangan difikirkan sangat tentang hal tu..terima kasih mr hubby sebab banyak sangat beri nasihat dan dorongan masa tu..sebelum cuti untuk raya tu,memang aku dah inform ngan bos yang aku lepas raya ni terus nak cuti untuk bersalin,form cuti semua dah isi..alhamdulillah bos pun dah luluskan.Pasa 7.10.2008 tu,aku ade 2 check up,satu kat klinik gov dan satu lagi kat Hospital Puteri..memang aku check up dua-dua sekali..plan memula nak bersalin kat swasta ,tapi mr hubby cakap tak nak ke bersalin kat gov..kat JB ni ade hospital baru,iaitu Hospital Sultan Ismail(HSI)..Hospital ni dia macam semi gov la..So aku pun pergila check up kat gov jugak..

7/10/08
Memula pagi tu pergila check up kat klinik gov dulu.nurse dah siap check semua dan tanya ade tak tanda-tanda nak bersalin.Aku cakap tak ade lagi,terus la nurse cakap kalau ade tanda je terus pergi ke HSI tu atau dalam masa seminggu dari tarikh edd aku tu..Lepas dah habis semua urusan kat gov tu,terus la pergi ke Hospital Puteri lak..Check up ngan Dr Noraini..Sesampai je kat sana,doctor terus scan aku. Masa scan tu doctor cakap baby dah masuk lorong yang betul dan tunggu masa nak bersalin je ni. Tapi ade masalah skit nak tunggu bersalin normal tu sebab air ketuban dah semakin kurang..Doctor siap tunjuk kat hubby kat mane kawasan yang ade air je..Untuk tak nak ambik risiko takut baby lemas,doctor advise untuk aku bersalin induce..Doctor tanya ade tak bawak barang semua.Aku cakap la semua barang kat rumah,tak prepare pun nak masuk hospital lagi sebenarnya..Masa tu berdebar sangat rasanya..Tapi kuatkan hati yang memang aku kena bersalin induce jugak..esok paginya doctor suruh datang dalam pukul 8 pagi..

8/10/08
Aku malam tu,memang tak boleh tido sebab perut dah mula rasa sakit..Dengan berdebarnya nak tunggu esok pagi,memikirkan apa nak jadi esok..samala ngan hubby..kami berdua memang gelisah sangat..dalam kul 5 pagi tu,bangun wat solat hajat ngan sembahyang subuh sama-sama.Susah nak gambarkan perasaan masa tu..menangis yang amat.. minta maaf ngan hubby..mintak ampunkan semua dosa-dosa aku kat hubby..memohon agar bagi kekuatan dengan aku ngan hubby..tak ade apa yang aku mintak melainkan sempurna,sihat dan selamat semuanya..dah la macam-macam cite dengan pasal bersalin induce ni..sakit yang sangat menyakitkan..

pukul 8 pagi..
sampai kat hospital terus hubby pergi ke bahagian registration..siap semuanya terus aku diarah kan ke tingkat 2 bahagian maternity ward..dah la masa tu bilik semua penuh..yang ade bilik yang sampai 6 orang satu bilik tapi tak ade toilet kat dalam..macam tak selesa je nak duduk kat bilik yang macam tu..so aku diarah ke bilik ape tah la..dah lupa nama bilik tu..yang pasti bilik tu macam stor skit la sebab penuh betul barang dalam tu..nurse bagitahu aku baring kat situ dulu sementara nak tunggu bilik kosong nanti. Huh..dah la berdebar giler,kena lak bilik kat situ sorang-sorang..hubby lak masa tu kena tunggu kat luar je....datang la nurse untuk menyeluk..aduh..sakitnya masa tu..nurse tu ajar la cara supaya tak sakit bila kena seluk..time dia nak seluk tu tarik nafas dalam-dalam dan hembus ikut mulut..buat banyak kali..aku pun wat la cara yang diajar tu..kurang la skit rasa sakit tu..datang lagi sorang nurse untuk check jantung baby..masa tu memikirkan kat mana la hubby ku tunggu ni..dah la sakit tu dah mula datang..tapi tak nak difikirkan sangat..kena kuatkan semangat..

pukul 10 pagi..
aku disor0ng ke bilik..hubby ku pun ade bersama masa tu..dengan tenangnya aku salin baju dan tunggu doctor datang untuk nak diinduce..sempat lagi ketawa-ketawa ngan hubby..nak hilangkan peraasaan takut tu..Doctor pun datang la,seluk..dah buka dalam 3 cm..aku diarahkan ke LR..dah la masa tu hanya aku berdua ngan hubby je..sebelum masuk dalam LR tu,sempat lagi aku call ummi dan abah kat kg..mintak maaf semua la masa tu..syahdu betul..mintak diorang doakan aku ngan baby selamat..call kengkawan yang rapat dan mintak maaf jugak..diorang semua tak sabar nak dengar berita gembira aku..Dengan tenang juga aku berjalan ke LR masa tu..siap pimpin tangan ngan hubby lagi..Sampai je kat LR,nurse pasangkan drip..masa tu contraction dah mula..dalam 5 minit sekali..hubby pun tunggu sama la masa tu..suh hubby pegang tangan sebab nak kekuatan menaham sakit..Dalam LR kan ramai orang nak bersalin..aku ni nurse suruh tido,tapi memang tak boleh tido..habis la dengar la orang menjerit-jerit nak bersalin..Ade sorang perempuan tu sampai menangis menahan sakit then menjerit-jerit..last-last bersalin jugak dia akhirnya..Masa dengar baby dia menangis tu,aku tengok hubby mata macam berkaca je..mesti dia dah mula rasa apa yang dia akan hadapi nanti..aku pun masa tu memang sedih sangat..

pukul 6 petang..
doctor datang check lagi,then cakap aku masih lagi 3 cm..kena stop dulu induce sebab kalau tak sakit aku akan lebih lagi..induce dah lama tapi bukaan still kecil lagi..so kena la masuk bilik semula..Masa tu,memang perasaan dah takut sangat..kenapa la sakit tapi bukaan masih lagi 3cm..tapi hubby la yang bagi semangat..suruh banyakkan zikir dan selawat..

pukul 12 malam..
hubby balik rumah sebab badan dia dah mula rasa nak demam..aku pun tak sanggup lak tengok dia tido atas kerusi je....hubby berat hati nak tinggal kan aku tapi aku yang beriya-iya suruh dia balik jugak..lagipun cakap kat hubby kalau ade ape-ape aku call dia.rumah dekat je ngan hospital ni..dalam 10 minit je..tido la aku malam tu dengan contraction yang semakin kuat..memang tak lena nak tido..asyik sms je ngan hubby masa tu..dah tu asyik-asyik panggil nurse..mintak air la.memang masa sakit tu dah rasa macam mesti dah bukak sampai 6cm ke ni..sebab sakit dalam 2minit sekali..berdebar lagi sekali nak menunggu ke esok pagi..kena masuk LR lagi..

9/10/08
pukul 5 pagi..
nurse datang bagi air milo then suruh siap sebab kejap lagi nak kena masuk LR semula..call hubby dan suruh dia datang cepat..aku sempat minum air zam-zam lagi..Dengan tenang lagi sekali aku melangkah ke LR..dah la hubby tak datang lagi masa tu..aku dah mula rasa sakit yang amat sangat..dah la sejuk sangat dalam LR tu..sampai mintak nurse tu slowkan aircond..hubby still tak sampai lagi..aku dah mula tak dapat menahan contraction tu..mintak tolong dengan nurse..nurse suruh sedut gas yang tahan sakit tu..tetiba lak masa tu rasa loya sangat..sampai muntah-muntah..dah la menahan sakit lagi..badan dah mula seram sejuk masa tu..aku dah mula menggigil kesejukkan..dah menangis dah masa tu..doc datang seluk dan cakap baru bukak 4cm..aku dah memang tak boleh wat ape masa tu..dah sakit sangat..sampai mintak nak pegang tangan nurse untuk menahan sakit..dalam menahan sakit tu,tiba-tiba aku rasa macam ade benda mengalir macam air je..doctor check dan cakap air ketuban dah pecah..Baby lak dah berak dalam perut..Ya Allah,masa tu memang sakit sampai cakap kat doctor saya nak injection tahan sakit..masa tu sorang nurse tengah check jantung baby..dalam aku dok pegang tangan nurse tu,nurse tu siap panggil doctor..cakap heartbeat baby dah semakin lemah..Aku dah lemah tak bermaya masa tu,hubby lak baru sampai..tak sempat nak cakap ape-ape ngan hubby,terus doctor cakap kalau macam ni kena czer..

Aku dah terkejut masa tu,..hubby pandang aku..muka hubby dah lain masa tu..macam pucat sangat..aku pandang hubby then cakap aku sanggup wat ape saja asalkan anak kita selamat..muka hubby dah macam nak menangis masa ni..sepantas kilat nurse call pakar bius semua dan doctor suruh aku ngan hubby sain borang..semuanya macam kelam kabut betul..dah aku kena salin baju lagi..kena pindah katil lagi..bayangkan dalam keadaan yang sakit sangat masa tu kena pindah katil..nak angkat kaki pun macam tak larat sangat..sampai kat OT je,hubby kena tunggu kat luar..aku mintak maaf lagi sekali kat hubby dan cakap, kalau berlaku ape-ape kat aku, jaga baby kita dengan selamat ye..air mata hubby dah meleleh masa ni..hubby cium aku dan cakap dia sentiasa doakan aku ngan baby selamat..pegangan tangan kami terpaksa dilepaskan..

Aku sekali lagi kena tukar katil..dah macam ape masa ni..memang dah lembik betul..dah la tak ade tenaga sebab dah muntah tadi..lepas kena bius je terus tak sedar ape-ape..

Tepat jam 8.27 minit pagi..lahirlah Nur Aleesya..Alhamdulillah Nur Aleesya lahir dengan sempurna dan sihat..cuma aleesya kena ambil ujian darah sebab takut kena infection dalam proses nak bersalin tadi..Aku sedar je terus tanya mana baby saya..nurse cakap pada suami puan..Terus ditolak ke bilik..keluar bilik OT tu terus hubby datang dan cium..hubby cakap anak kita perempuan dan ade kat nursery..Sesampai kat bilik je,hubby cium lagi sekali sambil cakap,terima kasih sebab dah lahirkan anak kita..lagi sekali aku menangis masa ni..memang tak sangka sangat hubby cakap macam tu..

Alhamdulillah,semua proses tu dah selesai dan sekarang Nur Aleesya dah berusia 9 bulan lebih..Terima kasih pada kengkawan yang doakan aku dan aleesya selamat..Buat hubby,ingatlah..susah senang kita tetap bersama..Nur Aleesya inilah tanda cinta kita..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Hadiah ni kalau dapat best tau..dah la dapat sabun,wangi lak tu..leh la harumkan badan ni lagi..mesti hubby bertambah sukakan..huhu...

3. done..

wat ibu addinnasa..silalah memilih dengan adil dan saksama ye..wei,jenuh daku perah otak mengingatkan kembali kisah ni..maaf la kalau ayat tunggang langgang ye..daku hanyalah insan biasa..ceh...





Friday, July 17, 2009

Eisya interframe lagi Auntie!!

Hye auntie semua..eisya interframe lagi..ummi sekarang ni,busy la..tengah menanda buku anak-anak murid dia tu..eisya saje je interframe lak..kan hari tu auntie suh eisya wat n3 lagikan..eisya dah sembilan bulan lebih sekarang ni..ummi cakap eisya ni banyak mulut la..memang la sebab eisya suka tegur semua orang.kalau eisya tengok kakak-kakak balik sekolah,lagi eisya suka..eisya nak pergi sekolah,tapi ummi cakap eisya kecik lagi..eisya tak sabar nak pandai cakap ni..tapi auntie tahu tak,eisya dah pandai panggil ummi..eisya cakap emmi emmi,kalau eisya nangis..daddy selalu jealous sebab eisya tak panggil daddy..hihihi..nanti eisya nak blaja cakap daddy lak ye..

eisya sekarang dah pandai merangkak skit,tapi eisya tak berani nak jalan ke depan.eisya suka mengundur je..ummi tu,selalu suh eisya ke depan..eisya nak cuba tapi selalu eisya jatuh..tapi eisya tak nangis tau..eisyakan anak yang kuat..eisya nak jadi 'SUPER GIRL'..hahaha..

Auntie nak tengok gambar eisya tak??eisya tunjuk skit dulu ye..sebab ummi tak kecikkan lagi..eisya tak pandai nak edit gambar tu..auntie tengok je la ye..

eisya masam masa ni sebab eisya mengantuk,tapi ummi tu suh eisya senyum lagi..malas la..


ummi dah kemas umah masa ni,tapi eisya sepahkan balik..hihihiii..biar ummi kurus skit wat banyak kejekan..

eisya pakai baju yang ummi beli kat PD hari tu..cantik tak auntie??


eisya sepahkan bedak ngan krim-krim eisya lak..ummi jangan marah ye..


kalau eisya wat muka macam ni cantik tak??eisya dah penat nak senyum..



p/s:-semalam ummi cakap dia dah bukakan akaun tabung haji untuk eisya..ummi suruh eisya simpan duit sebab nanti boleh pergi haji ngan ummi n daddy..






Wednesday, July 15, 2009

Bukan isu sensasi pun..

Mak oi..penatnya la hari ni..hari ni puasa dan hari ni juga jadual mengajar ku yang paling pack sekali..huh,tekak kering ko..kalau bulan puasa nanti macam mane la..sangat mencabar betul la jadi cikgu sekarang ni..aku tak leh la cite bebanyakkan,kang tak pasal-pasal blog aku kena sita..hahaha..yang pasti sangat mencabar sebenarnya nak mendidik anak bangsa ni..kena penuh ngan kesabaran yang tinggi dan kreatif supaya pelajar semua tak boring dan bosan waktu pembelajaran..Bila fikir balik,tak tahu la macam mana zaman eisya besar nanti..ape la pulak cabarannya..Bila dah kat sekolah sekarang ni,dan di comparekan ngan waktu zaman daku belajar dulu,memang la jauh sangat berbeza..memang la berbeza dari segi kecanggihan teknologinyakan,tapi bebudak pun berbeza tau..kalau baca dalam paper sekarang ni,bermacam-macam kes pelajar sekolah..dengan perempuan pun sama naik sekali..Tapi keazaman ku tetap tinggi untuk mendidik anak bangsa ni..Sape lagikan kalau bukan kita yang membela nasib bangsa kita..ceh,kalau anak muridku baca ni mesti diketawakan je..Cikgu sangat bersemangat tau..hahaha..

Kadang-kadang tu bila dah berhadapan dengan pelbagai cabaran ni,memang tahap kesabaran ku teruji betul..rasa macam nak rotan je,tapi kang tak pasal-pasal pulak kena report..tapi macam mane pendapat kengkawan daku ni,'Adakah bersalah apabila seorang guru merotan seorang pelajarnya'..beri pendapat ye..memang la ade pelajar yang apabila kita merotan tu dia akan memberontak,tapi kadang-kadang dengan cara itu juga kita leh mengajarkan..biar dia ingat skit kesalahan dia tu..

Sedih tau kalau nak dikenangkan perangai pelajar kita sekarang ni. Nak cakap kurang ajar tu,kang ade yang marah lak..tapi itulah hakikatnya..kadang-kadang bila kita sebagai ibu ni terlalu berlembut dengan anak-anak,tengoklah apa akan jadi dengan masa depannya..banyak sangat contoh depan mata yang berlaku ni..Ada yang dah memang anak dia tu bersalah sebab melawan cikgu,tetap salahkan cikgu jugak.anak dia jugala yang betulnya..anak dia memang baik sangatlah..susah betul kalau berhadapan dengan situasi macam ni..dengan pengalaman ni juga,mengajar daku supaya jangan terlalu manjakan anak..manja tu biarlah berpada-pada..tengokla cite Anakku Sazali tu..hahaha.."yang baik dijadikan tauladan,yang buruk dijadikan sempadan"..(wei,betul ke peribahasa ku itu..)

okla..stop kat sini la..kang banyak cite jadi lak isu panas..'Mak tak bersalah ko'..huhu..

p/s-eisya dah 9 bulan sekarang ni..rindunya zaman eisya kecik-kecik dulu..




Monday, July 13, 2009

Perjumpaan,Shopping,Melantak..

hello..hello..hello..dah lama rasanya tak update blog ni..hahaha..daku telah dilanda wabak 'm' tu sebenarnya.nak pulak adik-adik tercinta datang ke JB ni,so masa dok layan diorang jela..layan cik kecik tu lagi..my hubby lak demam.kesiannya la..tapi dalam kesian tu sempat lagi gi jejalan..pastu bila balik umah mulala wat muka demam balik..eiii..pelik tul aku..tapi sebab dakukan isteri solehah,so kena la wat pe yang patut..Akceli,adik-adik ku sampai hari jumaat hari tu.dalm kul 7 mlm..daku dah lama tak jumpa yang no 3 tu sebab dia blaja kat qairo..baru je balik then ajak datang JB coz dia pun lum tengok eisya lagi..Hihihii..eisya memula tu takut ngan mak-mak sedara dia ni sebabnya dah lama tak jumpa dan jarang jumpa..lelama skit barula ok..siap gelak-gelak sakan lagi..bagus-bagus..bolehlah ummi relax jap ye cik eisya..

Weols sabtu tu pergila jalan kat jusco..mestila korang kata daku ni tak ade tempat lainkan..balik-balik jucso..ala kat JB ni,tu jela tempat yang best bawak eisya jejalan sebab luas dan ade babyroom..kalau nak susukan eisya ke,salin pampers ke,semuanya senang..So bawakla adik-adikku itu berjalan-jalan..hasil dari berjalan tu memangla ade untuk cik kecik ni..memang macam tak boleh je kalau tak beli untuk eisya...rembat la baju yang memurah je..dah nak tengah bolan ni,,so pepaham jelah ye..(pokai..)dah penat berjalan tu memang wajib la singgah untuk isi tenaga balik..huhu.. sebab daddy eisya ni demam,kita turutkan la selera orang demam ni..orang demam nak makan steamboat,so pergila Johnny's restaurant..makan la weols kat situ..

adik-adikku..amboi syoknye korang berdua ni makan..


ummi,eisya ngan orang demam..demam pun selera tinggi ko..

dah siap makan tu sambung balik jejalan jelajah jusco..hahaha..skit punya lama kat sana,setiap kedai kalau boleh nak masuk..cik kecik ni pulak dah macam tak selesa sebab pampers dah berat la tu..so pergi la salin pampers jap..sempat lagi bergambar kat babyroom tu..lawak tul la..macam dah tak ade tempat lain..orang lain mesti nengok pelik..hihihii..lantak ar kan..

baju eisya yang sempat ku rembat..


cik kecik kalau berjalan memang suka..mulut riuh dok tegur semua orang..


eisya,nape awat mulut macam tu...haih..

dalam jusco tu tak sedar dah kul 5 rupanya..sebelum balik umah singgah kat umah yang jual t-shirt muslimah jap sebab ade yang nak memborong..sampai umah dalam kul 7 lebih gak la..dah nak maghrib betul..dah tu malam tu tak masak..mak penat ko..tapi ajak makan luar larat lagi tu..dalam kul 8 lebih gitu kuar lagi pergi dinner lak..dah la hujan masa tu..tak tahu nak makan kat ne..last-last pergi la makan kat singgah selalu..kononnya nak pergi danga bay jejalan lagi tapi sebab hujan so cancel la..punya la ramai kat singgah selalu tu..perut dah bernyanyi ngan girangnya masa tu..sabar jela nak nunggu makanan sampai.

harus bergambar lagi..wei nape pakai baju sama macam siang hari je..kekekeee..malas nak kotorkan baju la..balik tu baru mandi..eisya je yang mandi dulu..harusla kan..cik kecik tu baru bangun tido sebab tu muka tak cun tu..rambut serabai betul..ish..ish..


orang demam pun sempat lagi interframe..ish,masuk lak botol air eisya ni..


makanan yang tengah makan dan sesudah makan..licin semua ko..

lepas je makan tu dok lepak-lepak jap..nengok eisya mata pun dah kuyu semula,so balik la terus..penat giler masa tu..1 hari dok berjalan je..tapi sampai umah sempat lagi berborak sampai kul brape tah..sebab dah lama tak jumpa,banyak betul benda nak cite..esoknya diaorang dah balik..sedihnya la..rasa macam nak ikut je..hihihi..

p/s:-
-kak de,nanti datang la lagi ye..terima kasih belikan baju untuk eisya dari ireland tu..
-malasnya nak keje ni..syok la dok umah melayan eisya je..
-cepatla jumaat balik..hahaha..


Wednesday, July 8, 2009

YOU'RE NOT ALONE

Nape lak tetiba aku jadi emo lak nengok video ni..walaupun daku ni tak la minat sangat ngan MJ ni tapi nengok video ni macam sedih lak..Memang MJ ni ade aura yang sangat hebat..tak minat pun tapi kalau nengok semua video clip dia memang kagum la..dengan tarian dia tu..So layan jela video ni sambil dgr lagu YOU'RE NOT ALONE. (daku minat giler lagu ni dulu..best video clip dia.. )moga rohnya dicucuri rahmat..(katanya dia dah masuk islamkan..)





"You Are Not Alone"

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...






Mengomel je...

Last week ummi ngan daddy dah tengok transformer..memang best giler cite tu..sanggup tu lepas balik je sukan rakyat kat dataran bandaraya terus je ke jucso tebrau..tinggal lak eisya kat umah babysitter..hahaha..dasyat tul penangan transformer tu..lepas abis tu cepat-cepat balik la sebab dah 'kangan' sama eisya..(wei betul ke kangan tu rindu.mak belasah je ni..). dah tu sampai dalam kul 7 malam..malam tu lak dalam kul 8 pergi umah kawan lama daddy lak..kawan masa daddy belajar kat UTM.dia baru je dapat baby..dengan penat giler tu pergi la jugak sebab ahad pepadi tu dia nak balik kuantan lak..wife dia ni cikgu..ngajor kat kuantan..So dapat la eisya nengok baby baru..dalam 2 bulan lebih la baby ni..Babby boy,nama dia Ali Hakimi..rambut dia lebat macam rambut eisya jugak..yang klako tu eisya ni dia macam pelik skit la..dia pergi kat tangan baby tu,then nak masuk dalam mulut dia..pelik agaknya sebab baby tu tangan dia bergerak-gerak je..hahaha..siap diciumnya kepala baby tu..macam ne lah kalau eisya ade adik ni nanti..haru agaknya..masa ummi dukung Ali Hakimi tu,eisya menangis nak mintak dukung jugak..tahu gak dia jealous..siap wat muka kesian lagi..alala..ciannya sayang ummi ni..Sempat gak ambik gambar baby tu skit..lagipun dah penat sangat masa tu..mak dah ngantok ko..so mood bergambar tu kureng la..kepala daku dah terbanyang katil je..hihihi..Layan je la gambar-gambar ni..

eisya ummi pakaikan tudung..nasib baik tak tanggal


eisya with ummi..(ummi muka tembamkan..ade tak cara nak kurus kan muka..)

inilah Ali Hakimi..tengah tido masa ni..sedapkan bau baby ni..


Ali Hakimi ngan ibunya..Niza

eisya dah mengamuk suh bukak tudung..lepas tu suka lak..

Dalam kul 10 kitaorang pun balik..Wat AL & Niza 'Welcome t0 the club'..





Sunday, July 5, 2009

~@ Eisya interframe ~@

Ni eisya yang tulis tau..ummi tgk tv je ..sebab eisya yang tulis so eisya nak post gambar eisya je la..auntie semua tengok la aksi eisya ni..layanzzz...


cute tak saya..


saya dah mengantuk ni.. (daddy tak minum air tu tau..)


saya tak nak bergambar la!!


terpaksa la senyum skit..


wat muka macam ni leh tak??


ummi..eisya panas la


simbol 'I LOVE U DADDY'


eisya nak naik ni,tapi ummi tak bagi la..


ehh..ummi bagi la eisya naik ni..bestnye!!


sebab ummi dah bagi,eisya pose skit la untuk ummi..


auntie,macam mane..puas hati tak tengok gambar eisya..eisya dah nak tido ni.ummi dah suruh tido..nanti eisya tulis lagi ye..bye auntie semua..love u..