Wednesday, October 28, 2009

Aku yang sakit hati!!

Sekarang dekat sekolah,semua cikgu tengah sibuk buat revision dengan student masing-masing. Student yang nak ambik exam,tapi cikgu yang lebih wat revision dan yang takut. Student semua boleh lagi duduk relax..kadang-kadang bila tengok perangai budak-budak zaman sekarang ni,terfikir pulak macam mana la zaman eisya nanti..dalam 10 tahun akan datang..menakutkan betul la..

Kenapa la perangai kita dengan pelajar sekarang jauh sangat berbeza..yang paling ketara sifat hormat terhadap guru,langsung tak ade..tak tahu la macam mane dekat rumah..adakah layanan yang sebegitu juga terhadap ibu bapa mereka..sedih tul la..Budak-budak sekarang ni,kalau kita marah atau beri nasihat,boleh menjawab lagi..dengan cara yang kurang ajar lak tu..kadang-kadang dah sampai tahap geram tul sampai rasa nak rotan je..tapi nanti kita jugak yang kena saman..dia orang samakan kita macam taraf kawan saje..geram tul..lagi best tadi masa dalam bilik guru,ade la sorang cikgu tu yang belum kawen lagi..boleh lak student cikgu tu,tanya bila cikgu nak kawen,kenapa cikgu tak kawen lagi..ish..ish..masa dengar dia orang tanya macam tu,geleng kepala je lah aku..sampai hal macam tu pun boleh dia orang bertanya..dah jadi macam member lak..kalau la zaman aku dulu,memang tak berani nak tanya soalan yang peribadi macam tu dengan cikgu..ade lagi satu..semalam ade sorang pelajar bawak hanphone ke sekolah then cikgu rampas..kalau dah rampas tu,maknanye kena la ibu bapa yang datang tuntut..tapi boleh esoknye terus mak bapak pelajar ni datang tuntut handphone tu..tak ade langsung rasa malu atau nak marahkan anak tu sebab bawak handphone ke sekolah..dah la mesej dalam handphone tu,huh..tak sanggup nak baca..dengan bersayang-sayang bagai..itu belum bab bergambar lagi..memang la memalukan..

selalu gak berbincang ngan mr hubby,macam mane cara yang terbaik untuk didik anak ni??ade yang kata kena jadikan mereka macam kawan,dan jgn berkasar dengan anak-anak..tapi dalam keadaan sekarang ni,boleh ke pendekatan itu digunakan..pada pandangan daku la,rotan tu penting dalam mendidik anak-anak..tapi bukan la bermakna kena rotan selalu,tapi ade masa dan ketikanya kita kena ajar dia orang menggunakan rotan ni..atau pun gantung rotan kat rumah biar dia teringat pengajaran kita tu..ada tak yang sokong pendapat aku ni??

Tuesday, October 27, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Senyum seindah suria,
yang membawa cahya,
senyum la dari hati,

dunia mu berseri,
senyummu umpama impian,
dalam kehidupan,
kau tersenyum ku tersenyum,
kemesraan terjalin


Yang sebenarnya nak join contest 'Senyuman Ceria Si Comel'. Contest ni adalah anjuran Smilekidz.Due date 31 oct sehingga jam 11.59 mlm..sempat lagi kalau sesiapa nak memeriahkan contest ni..syarat semua dah follow,jom kita tengok pic eisya tersenyum ni ye..



Nama : Nur Aleesya binti Mohd Adzhar
Umur : 1 tahun 18 hari

Friday, October 23, 2009

Baby In Gown Contest

Nak join jugak contest ni..contest ni dianjurkan oleh mamaaleiya.. sekarang ni banyak tul contest yang ade,dah macam cendawan tumbuh waktu hujan..hahahaa memang sekarang ni musim hujan kan..(benda la yang aku merepek ni) ..jom tengok pic yang dipertaruhkan..


Nama : Nur Aleesya binti Mohd Adzhar
D.O.B : 09/10/08

gambar ni sebenarnya baru je diambil malam tadi..gigih tul sebab nak join contest ni la..nasib baik eisya sporting..tersenyum je..

kat bawah ni pic yang lain-lain ye..cuci mata la jap..nengok aksi eisya..
(mamaaleiya,pic ni tak masuk tau)


Thursday, October 22, 2009

Aku dah bosan!!

Hah,kenapa tajuk aku dah bosan tu??sebenarnya nak cite,perangai eisya bila dah bosan..eisya ni cepat bosan skit bila main lama-lama..tapi yelah kan dah tu main sorang-sorang je..memang la budak tu bosan..yang si ummi sibuk nak lipat baju,si daddy lak sibuk ngan laptopnye,so si anak terpaksa la main sorang-sorang..tapi lagi satu,eisya ni memang cepat boring skit la..daddy eisya cakap,eisya ikut perangai ummi dia..aku pun dok fikir la,betul ke aku ni cepat bosan..tapi bila renungkan memalam tu(masa nak tido la ni)memang la daddy cakap aku ni cepat bosan..kalau asyik buka almari je,tengok baju yang sama..tengok kasut pun kasut yang sama..wei,kalau korang,bosan tak??nak pergi keje je mesti aku dok termenung lama kat depan almari..baju pe lah aku nak pakai ni..bila nak beli baru,daddy mesti cakap,'baju tu dah penuh satu almari'..memang aku bosan ayat tu..perempuankan suka pakai benda yang baru..hihiii(mampus la aku kena berleter ni kang..)maap ye encik hubby ku..terluah perasaan skit la kat sini..

tapi bab eisya ni lak,dia boring sebab asyik permainan yang sama je..(aku rasa la..)dah tu,toys bebudak ni kan mahal-mahal sekarang..tu pun aku dah beli satu setiap bulan..kadang-kadang terbeli lagi bila jejalan tu..lagi satu,mak ngan bapak eisya ni bukannya tauke balak,tauke minyak ke,ataupun tauke tesco..tecsokan tempat aku membeli pampers dan susu cik eisya ni..bestkan kalau jadi tauke tesco tu..huahuahuaa..berangan je lebih..yang sebenarnya aku ni kuli je..bila la nak jadi tauke ye?angan-angan mat jenin jela..hihiii

sebab aku ni kuli,aku kena train eisya dari sekarang la..sekarang ni,eisya dah pandai gak memilih kalau gi kedai toys tu,kadang-kadang kalau tak dapat mesti macam meronta skit..itu baru setahun,kalau dah besar,huh tak tahu lah macam manekan..aku nak train eisya,kalau masuk kedai ape2 pun,dia hanya boleh beli satu barang je..itu kalau dia yang hendak la..tapi kalau mak bapak dia yang nak belikan,barulah boleh beli dari satu..dedulu,aku kena macam tu gak la..ini bukan membalas dendam ye,tapi nak mengajar untuk berjimat cermat..kalau kaya tu,lain cite la..hahahaaa..okla,membebel entah ape-ape la,kita tengok pic lagi tenang skit jiwa..

budak yang menunjuk perasaan..kesiannye la..

muka tak puas hati sebab kena main kat tempat lain

sebab dah bosan ngan toys,kerusi pun boleh jadi mainan..hah,lepas tu terhantukkan..

lepas tu,beg kamera pun leh jadi mainan..


p/s:-batuk eisya tak baik lagi..macam de kahak je..sungguh eisya tak selesa


Tuesday, October 20, 2009

GeMpAQ!!.....

Pe yang gempaq tu??Jumpa lagi kita..best jumpa geng baru ni..tapi jumpa siapa ni..dah la nama ade yang sama,lahir pun bulan yang sama..dan juga comel pun sama-sama..suka..suka..

Yang sebenarnya pada sabtu yang lepas 16 oct, we all satu family berjumpa lagi dengan aleesya dan ibu damia@ayu ni..kali ni ke birthday party Damia Aleesya pulak..best la birthday parti aleesya ni..ramai orang datang..happening je..siap ade konvoi kete lagi datang..cayalah Aleesya..rumah aleesya pun cantik..banyak frame-frame gambar kat dinding..rajin ibu aleesya ni hiaskan rumahnya..tapi aku tak la ambik pic frame-frame tu..kang ibu aleesya ni cakap,ape kes datang rumah orang pastu nak ambik gambar hiasan dia lak..bukannye aku ni eric nak wat macam deko-deko tu..kekekeee..kita tengok gambar terus je la..jommmm

nampak tak siapa yang di dalam laman rumah tu..itulah ayu,ibu aleesya..tengah sibuk nak potong kek untuk tetamu la tu..

cute tak birthday girl ni..memang cutekan..suka bergambar aleesya ni..

hari tu kan tak sempat nak bergambar berdua,so kali ni kita bergambar sama k..aleesya with aleesya..tapi kenapa damia aleesya pandang aleesya macam pelik je??maybe dia cakap sape la ni yang cute dan chubby ni..hihiii..puji anak sendiri ni :P

aik,pandang mana tu??pandang kamera lagi satu ye..maklumla kan,glamour girl berdua ni..banyak la kameranye..hihiii

taraaa..sila jangan meluat ye..kali ni kena la bergambar dengan ibu-ibu girls tu ye..2 aleesya, ayunie,ummieisya dan ibu damia..para-para bapa tak boleh join ye..duk kat luar rumah je tau..huhuu

hah,dah tahu siapakan aku jumpa..ayu,nanti kita jumpa kat luar lak ye..kita together-gether lagi k..


p/s :-
aleesya tengah batuk dan selsema sekarang ni..dah berapa kali muntah..moga eisya cepat sembuh

Monday, October 19, 2009

~Bergaya~

Kali ni nak post pic eisya menggayakan baju yang eisya dapat daripada kawan-kawan blogger ummi..satu dari min a.k.a ibu arifa dan ayu a.k.a ibu damia..tapi sebenarnya hadiah dari min ni dah lama dapat..cuma belum wat n3 je lagi..(sorry ye min..)sebenarnya nak tunggu eisya pakai baju tu,baru nak wat n3..so masa nak pergi open house hari tu,bergaya la eisya dengan baju yang min bagi tu..cantik dan bergaya lagi eisya..baju yang ayu bagi tu lak,pakai pagi tu..pun bergaya jugak la eisya ni..kita tengok gambar k..


baju dari auntie min



kita main dulu la ummi


cantik tak senyum macam ni??


macam gaya model tak??


amboi!!menjeling lagi cik kecik ni..



baju auntie ayu bagi..



hah,macam ni boleh??


terima kasih buat ayu dan min..

Saturday, October 17, 2009

~MANGSA BULI CONTEST~


Opps..nak masuk contest pulak ye..lagipun terjumpa pic eisya yang kena buli hari tu..sesuai lak ngan contest ni..so tunggu pe lagi..jom reramai masuk contest mangsa buli  ni anjuran mommy qastalani ..date line 19 oct..



 Nama : Nur Aleesya binti Mohd Adzhar
Umur : 1 tahun

pic ni diambil masa hari raya yang lepas..masa ni pergi ke rumah tok sedara kat kampung daku sebab ade wat kenduri arwah..so ramai la orangkan..eisya lak asyik nak ke hulu ke hilir je..sibuk nak kacau orang tengah duduk..tak takut tu..last2 daddy eisya panggil dan daku nak pegang dia..boleh lah daddy pusingkan kepala eisya dan pak sedara eisya lak wat tangan macam tanduk kat kepala eisya..mak sedara eisya leh lak ambil pic ni..kesian tul eisya masa ni..memang kena buli habis..tak sempat ummieisya nak selamatkan anaknya..tengok la tu,dengan muka terkejut lagi..kesian anak aku..ish..ish..


ok selesai..semua syarat dah follow..kita tengok sape yang kena..




Wednesday, October 14, 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway


Duit raya..duit raya..sape nak bagi duit raya ni??..Ala siapa lagi kalau bukan si ibu tisya iaitu digelar MamaTisya..bestkan kalau dapat duit raya ni..sekarang kan dah jadi ibu,mesti orang dah tak bagi lagi duit raya ni..sebab tu lah semangat nak join MamaTisya Duit Raya Giveaway ni..Kalau la ade rezeki kan best..ala nak join pun senang je..jom tgk syarat-syaratnye k..

-----------------------------------------------------------------------------
syarat-syarat sgt senang & mudah :

  1. Terbuka kepada smua blogger
  2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
  3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
  4. Add banner di atas di sidebar blog anda
  5. Pastikan ada link MamaTisya (no link back will be disqualified)
  6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
  7. Sila tinggalkn nama & email anda di cni
  8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
  9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
  10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti
-------------------------------------------------------------------------------

hah,senang je kan..ape lagi kawan-kawan blogger semua..jom kita semua meriahkan giveaway ni..

p/s:-Sticky Mode--N3 terbaru di bawah ye..





2 Aleesya Berjumpa

Ok,kali nak cite pasal yang jumpa blogger tu lak..Sape tu ye??ade yang dah tahu kan..pasal kawan ku itu dah post dulu..hihiiii..best jugakkan jumpa kawan di alam maya ni..dah la nama anaknya pun sama..ejaan pun sama ga tu..Masa birthday eisya tu,dapatla eisya jumpa ngan Ibu Damia ni..memang sangat cute la aleesya ngan ayunie..aleesya lagi berseri ngan baju kebaya yang dia pakai tu..dah jatuh cinta kat baju tu..siap dah nak order tu..huhu..Ibu damia aka ayu ni,sangat peramah dan mesra orangnya..husband dia pun sama gak..senang cite leh la berjumpa lagi lepas ni..satu batch rupanya kitaorang ni..Sama-sama student UTM..leh jadi reunion student UTM dah..tapi pic tak sempat ambik banyak..sebab dah sibuk bercerita je kan..nak ambik pic aleesya ngan aleesya pun tak sempat..nanti lah kita jumpa semula ye..nak kenal orangnya tak??jom tengok..


hah,dah kenal siapakan..daku siap pegang muka eisya la tu,suh dia pandang kamera..budak bad mood skit sebab ngantuk masa tu..

gambar 2 family berjumpa ye..satu family berbaju pink,satu family lagi berbaju putih..cantik tak combination warna tu..hihiii


wat ibu damia,terima kasih sebab sudi datang..moga lepas ni nanti kita leh jumpa lagi..leh tambah kawan lagi..

p/s: bilalah leh jumpa blogger yang lain lak ni..


Tuesday, October 13, 2009

Party..Party..Birthday Eisya

Eiii tak sempat nak update awal2 pasal birthday party eisya ahad lepas..badan sangat penat dengan masa yang ade diperuntukkan untuk tido..recover balik energy..hahaha..minggu lepas daku 7 hari bekerjakan.. lagipun tgh 'kawan baik' datang ..alhamdulillah ramai jugak la yang datang birthday eisya tu..sampai ke 10 malam pun still ade orang yang datang..rezeki pun masih ade lagi masa tu..terima kasih la pada yang sudi datang walaupun dah lewat..suka sangat eisya melayan semua tetamu..tapi eisya masa petang tu,dah tak nak pakai ape2 lagi kat kepala dia..maybe dia rimas agaknya dengan ramai orang lagi..kita bercerita dengan gambar lebih menarikkan..jom..


hahahaaa..inilah hasil kerja aku..konon macam stage utama la ni..dah macam tadika dah daku rasa..sekali sekala jadi macam budak-budak best jugak kan..

tak sempat nak ambik gambar makanan la..ini je yang sempat ambik..tapi makanan utama semua belum sampai lagi masa ni..(order je ye)

inilah antara student ku yang datang..ade la dalam 40 orang kesemuanya..seronok betul diorang ni melayan eisya..sampai eisya dah tak nak daku dukung lagi..

ini eisya dengan ibu dia..rajin tul ibu eisya melayan eisya..daku melayan tetamu..eisya tu,tengah belajar berjalan..dah boleh skit2 dah..usaha lagi ye sayang..

inilah cupcakes dan kek aleesya..pic minnie mouse ye..

tengah nyanyikan untuk eisya..eisya siap tepuk tangan lagi..suka sangat orang nyanyi kan untuk dia tu..

eisya yang nak potong kek sendiri..pandai ke sayang??

antara tetamu yang hadir..yang baby tu baru je 2 bulan..handsome tul si Ra'in tu..eisya geram tengok baby tu..siap tepuk2 lagi suh baby tu tido..pandai eisya tidokan adik ye..

inilah birthday girl..asyik nak main je..tengok tu,tersenyum gembira

birthday girl dengan bodyguardnye..cousin eisya tu suka sangat layan eisya

family Nur Aleesya

inilah antara hadiah yang eisya dapat..terima kasih semua yang bg hadiah pada eisya..


opss..sebelum tu hari tu ade jumpa sorang blogger..nanti kita tengok next n3 k..