Thursday, April 30, 2009

Cuti-cuti Malaysia..:)

Yeye..esok cuti. Huh lama gak cuti ni. 3 hari..so ape lagi eisya akan jumpa atuknya kat kampung la..Eisya jom kita balik kampung..Macam dah terbayang je wajah-wajah insan kesayangan kat kampung tu. Eii seronoknya dah rasa macam balik nak raya je. Excited sangat ummikan!!sebabnya dah lama tak balik kampung. Eisya lak agaknya mesti takut ngan atuk dia kat sane sebab masa balik dulu eisya belum kenal orang lagi..Lupa lak nak cite, ummi hari ni gak last day kat tempat keje lama..Isnin ni ummi dah start keje baru..Doakan ummi akan suka dengan suasana baru ye..Ok la,ummi nak kemas barang ni sebab esok pagi dah nak balik..Mulut ummi ni menulis sambil menyanyi lagu..Balik Kampung-Sudirman..Horayyyy...........

Good bye My friends..Keep in touch k..



Tuesday, April 28, 2009

Boring.....

mak oi..banyaknye keje kat ofis ni..tak sempat nak update blog.sempat baca blog member skit-skit je.tu pun curi -curi melepaskan lelah jap.haha..mcm la penat sgt padahal dah dalam aircond.hutang tag pun ade lagi belum buat. ini masa dah nak balik.curi jap update blog.Sori ye bos sebab curi tulang..huhu..adios.........





Saturday, April 25, 2009

The winner Of Baby Cute Contest by Mama Aqish

Ummi want to congrat to all the winner for the Baby Cute Contest. It is a joyful and cheerful contest. I hope that in the future mama aqish will organize this contest again. It is quite tough for Eisya since all the contestant is cute but nevermind Eisya still cute in ummi & dady heart. :)haha... The winner for the category girl & boy, ummi did vote for them - baby arifa, baby aqeel. Last but not least congratulation again to baby arifa & baby aqeel as the winner. You are really really adorable and sweet. Muahhhhh.....

Baby Arifa Dalila...

Baby Aqeel..

**ehh ape kes ni tiba-tiba ummi speaking london ni..Sampai tergeliat-geliat lidah ni..Haha..yang sebonarnyo den baru cokap london ngan eisya ni..Minah saleh la kononya eisya ni..huhu..




Beautiful Girls Award...

Award ni juga dari mama syafi/ adda. Terima kasih banyak-banyak coz bagi award ni kat ummi..Beautiful girls tau..auw..suka sangat orang cakap ummi beautiful..hhaha..


Syarat2 menerima award ini:

1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
2. Copy badge sebagai award anda
3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

No 1 – Sah-sah la ummi ni perempuan..tulen tau..huhu...

No 2 – Dah copy ye..dah letak award dengan bangganya lagi..

No 3 – Ala..nak kena ade sebab la pulak..7 pulak tu..dah la kekeringan idea ni..Hentam la labu...

1)Perempuan adalah tulang belakang seorang lelaki..Tanpa perempuan lelaki tidak mudah untuk berjaya.So lelaki-lelaki kat luar tu,hargaila seorang perempuan.Lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan..(yeke ayat aku ni..)

2) Perempuan akan menjadi seorang ibu..Jadinya 'tangan ibu yang menghayun buaian mampu untuk mengoncang dunia'..dasyat tau ayat ni..

3)Perempuanlah yang melahirkan seorang anak kedunia ni..Sangat besar pengorbanan itu..Bayangkan seorang ibu mampu membawa anaknya di dalam perut selama 9 bulan 10 hari..

4) Perempuan yang melahirkan anak dan sewaktu itu dia meninggal dunia, matinya adelah 'mati syahid'. Tak perlu pergi ke medan perang..

5)Mulianya seorang perempuan itu sehinggakan apabila dia menjadi ibu lahirlah 'syurga dibawah telapak kaki ibu'

6) Perempuan seorang yang mempunyai jiwa yang lembut,mudah tersentuh,lebih menyayangi ,maka anak-anak akan lebih rapat dengan ibunya la..

7) Perempuan apabila menjadi seorang isteri, sangat mudah untuk mendapat pahala..setiap perbuatannya dengan niat untuk suami semuanya adalah pahala..


huh..cair otak dok pikir sebab-sebab ni..dah macam nak jawab exam lak..ish..ish..Maka dengan ini juga, ummi akan memberikan award termasuk la soalan-soalan diatas..kepada kawan-kawan baik ummi dan sesiapa juga yang membaca entri ni(kena amanah ye..Allah tahu..hahah ayat ugut ni.padahal nak korang rasa macam ne ummi kena fikir..huhu..)

-mama aqish
-zura
-ummi abdullah syakir
-diniedinar
-ibu nabila
-mummy aliya
-cutemiut78
-mummy ayu
-mama sara
-mama aqeel
-rina
-yanadzul
-ibu dalila
-mama qaisara
-mama auni
-ummi abiqis
-ummi salsabila
-ummi aqeef
-mama danish
-mama adwan
-kak de/chep
-mama irfan
-mama fawzan

~pada yang dah wat tu tak yah la wat lagi k..sian korang kena fikir lagi..~







Friday, April 24, 2009

Award~Blog love~

Ummi dapat award ni dari mama syafi.mama syafi ni rajin betul bagi award kat member-member dia..nanti bagi la ye..dalam sibuk-sibuk jaga syafi pun sempat lagi bagi blog..semoga syafi terus sihat..ameen..


Lastly nak pass award ni pada kawan-kawan ummi:-

-diniedinar
-ibu nabila
-mummy aliya
-mummy ayu
-mama sara
-ibu dalila
-mama qaisara
-mama auni
-ummiabiqis
-mama aqeel
-ummi salsabila
-ummi abdullah syakir
-kak de / chep
-putra mama

huh.. cukup la tu kan..pasa sesiapa yang baca then nak ambik pun boleh jugak..lagi ramai kawan lagi bestkan..











Tips untuk pasangan yang dah berkahwin

Ummi nak syer skit info ni dengan kengkawan ummi. Mane tahu boleh pratikkan skit-skit ke. Info ni ummi dapat melalui email. Ambillah mane yang dirasakan perlu..Bersama kita merapat dan mengeratkan lagi ikatan perkahwinan kita. Tentu kita akan rasa lebih bahagia ditambah lagi dengan kehadiran permata hati tercinta..Renung-renungkan dan selamat beramal..

1. Cuit-cuit

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan

serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh

mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang

dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?Bukan apa, bimbang

nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula

naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang

tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.

Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si

dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian

semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu.

Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak

sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja

pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,

pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika

itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya.

Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan

besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti

mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan

daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu

tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya

tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti

seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda.

Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton

televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya

dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti

orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila

sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda

perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan

waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula

dimarahinya.

8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga

rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding

dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun

kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si

dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat

dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,

romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata,

cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah

terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear...ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan.

Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa

salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya

dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops... tuala terlepas

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas

mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa

hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak

biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda....

13. Jeling-jeling

Kalu tenung lama-lama nanti orang marah. Dalam masa yang sama, mereka

tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya

menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya

terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.

Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula

pada anda.

14. Gesel-gesel

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel

dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.

Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga

boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.. .

15. Cubit-cubit

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai

merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya.

Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya

jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk

bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti

hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke

rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa

dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah,

mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu

tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh

itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini,

setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila

dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk.

Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar,

takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri,

ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan

pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si

dia.



Tuesday, April 21, 2009

The Legends Golf & Country Resort

Cuti minggu yang lepas ummi bawak eisya tido hotel lagi..kebetulan lak my bil nak pergi main golf so ummi pun joint la sekali. sambil tu boleh gak realease tension skit. We all semua stay kat The Legends Golf & Country Resort. Ala dekat kulai je. Saje je nak bawak eisya mandi kolam lagi.nak ajar dia berani skit ngan air.Eisya dah nak mula berani untuk masuk kolam. Bagus anak ummi ni..Kitaorang pergi hari sabtu petang dan balik ahad petang. Just 1 night je kat sane..Eisya ni memang suka agaknya tido hotel sebab lena betul dia tido..maybe sebab ade aircond, tu yang sedap je dia tido. Emm..nak kena pasang aircond ke kat umah..memang dah lama ummi berangan nak pasang aircond tu tapi daddy eisya ni selalu cakap nanti la dulu..so nanti ummi try pujuk balik k..hahaha..pau duit mr hubby la kan..so layan jela gambar-gambar ni...


eisya baru je sampai..dengan cousin eisya tu Sophia. Eisya macam pelik je masa ni..asyik tengok merata tempat je..tempat lain kan..


hahah..tengok la aksi eisya makan ngan bergambar tu..walker eisya tak bawak lak so ummi bagi jela atas stroller ni..abis semua dia sembur-sembur kat stroller tu..tengok la betapa comotnya tu..eisya..eisya..Gambar yang kat sebelah tu lak eisya dok happy sangat bergambar sampai terkeluar lidah.tapi sekarang ni eisya kalau bergambar mesti suka wat muka macam tu..perasaan cantik la tu..eii..anak sape la ni kan..huhuhu..

tengok jela gambar tu..eisya ni kelakar betul la..masa mula-mula seronok je nak mandi..ummi pun bersemangat la nak main ngan eisya tapi hahaha...eisya boleh la mengantuk sangat time tu..tengah-tengah mandi tu eisya nangis nak tido..ummi pun try la baringkan eisya kat boya tu then eisya lak dah macam mamai sangat masa tu..kesiannya anak ummi ni..last-last eisya tido la atas boya tu..daddy la dodoikan eisya, bawak la eisya round-round kolam tu..versi baru punya dodoikan anak dalam kolam ye..lawak betul la..dah la ceksi anak ummi ni..nasib baik kecik lagikan..emm dah macam mat saleh kat tepi pantai je..eisya malunya nampak peyut la...lepas daddy wat round-round tu ummi pun salin la baju eisya..terus je letak dalam stroller then eisya tido dengan lenanya..ummi pun baring kat kerusi kat kolam tu..huh sampai ummi pun ngantuk jugak tengok cousin-cousin eisya tu mandi.dengan ummi sekali tertido..best la tido kat kolam..nyaman je dengan angin bertiup tu..huh..memang syok la..sedar-sedar daddy ajak balik..Ok la..nanti ummi cite lagi ye..eisya dah memangil nak tido tu..dadada...








Monday, April 20, 2009

You are my everthing

Sedar tak sedar dah 6 bulan sekarang ni eisya. Cepat betul masa tu berlalu. Banyak benda yang eisya dah pelajari sekarang ni..Dah macam-macam juga yang eisya dah pandai..memang terhibur betul dengan keletah eisya..Memang betul cakap orang, dengan melihat muka anak segala masalah macam hilang sekejap. Ummi selalu jugak macam tu.kadang-kadang bile tension kat ofis mesti ummi bukak handphone ummi then tengok gambar eisya..Aduh..tenang betul rasa hati..terbit juga rasa hati bile dah tension kat ofis tu macam nak berhenti keje je, tapi bila mengenangkan ummi cari duit ni untuk nak bantu daddy n untuk eisya rasa macam bersemangat pulak nak kerja..Kena motivasikan diri macam tu bile perasaan tu datang..Kenapa yek perasaan macam tu??sebabnye bila ummi tengok orang lain best je duk umah boleh jaga anak , tengok anak membesar depan mata, rasa la macam jealous lak..tapi nak wat macam manakan..terpaksa la berkorban untuk masa depan eisya..

Eisya maafkan ummi ye sebab tak dapat nak jaga eisya sendiri,ummi terpaksa hantar eisya kat umah orang tapi percayalah semua yang ummi lakukan ini untuk eisya dan bakal adik-adik eisya nanti..Eisya sekarang ni dah faham je bile ummi nak tinggal kan dia..kalau hantar eisya pagi-pagi je mesti eisya peluk ummi kuat-kuat..eisya macam tak nak berpisah je ngan ummi..ummi sebenarnya memang sedih tengok eisya menangis bila ummi tinggalkan eisya..tapi ummi terpaksa la control perasaan tu..Ummi percaya semua mama-mama punya perasaan macam ummi ni..perasaan seorang ibu bile terpaksa tinggalkan anak demi tugas dan cita-cita...Sekarang ni eisya tengah tido kat sebelah ummi..tengok eisya tido ummi rasa bertuah betul dapat menjadi seorang ibu..hanya ibu-ibu sahaja yang faham hati seorang ibu..kedamaian yang ada muka eisya buatkan ummi seolah-olah hilang penat..dan tiba-tiba juga hati ummi rasa macam nak menangis je..Sejak dah jadi ummi kepada eisya ni cepat betul air mata ni nak keluar..lebih-lebih lagi kalau eisya sakit..kalau boleh biar ummi yang ambik kesakitan eisya tu. Terima kasih sayangku Aleesya sebab dengan kehadiranmu ummi merasakan hidup ummi penuh bermakna..U're my everything are my love..

You're my everything
The sun that shines above you makes the bluebird sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love

When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within I'm in love

You're my everything
And nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and a day I need you close to me
You're my everything
You never have to worry, never fear for I am near

You're my everything
I live upon the land and see the sky above
I swim within her ocean, sweet and warm
There's no storm, my love

You're my everything
No, nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and a day I need you close to me
You're my everything
You never have to worry, never fear for I am near

When I hold you tight
There's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you safe and warm
Yet so strong, my love

When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within I'm in love


eisya yang tido dalam kepenatan setelah puas berjalan..(sarung bantal tu ummi basuh tau..)


Next update ummi cite pasal eisya at Legend Golf & Resort..Tunggu k..

Friday, April 17, 2009

VOTE FOR NUR ALEESYA

Hari ni dah start boleh vote untuk baby contest kat blog mama aqish. So pada kawan-kawan ummi undilah for eisya k.. nanti eisya kiss auntie-auntie semua ye..Ini cara-cara nak vote ye.

Cara undian adalah dengan menaip BCC ( Under Score ) Boy's @ Girl's ( Under Score )no yang diwakili baby(Under Score) berapa bintang. (undian bintang dari no 1 Bintang hingga 5 bintang )
contoh : ( BCC_boy's_ 01_5 bintang) - Baby Boy's
( BCC_girl's_01_5 bintang ) - Baby Girl's


so for aleesya ialah BCC_girl's_14_5 bintang - untuk bintang tu ikut korang la, tapi kalau nak senang copy je cara vote tu dan post la kat komen mama aqish..(hahah..giler tamak bintang ummi ni)

BCC_girl's_14_5 bintang - post kat sini- MAMA AQISH


vote for eisya

vote for eisya

Wednesday, April 15, 2009

Tag-mama aqish


Huhu..sory ye mama aqish sebab baru je nak wat tag ni..bz la katakan..hahah..so Layan je la tag ni..

1) Letakkan Gambar Anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang msh dalam wad maknanya gambar anak hari PERTAMA.

tak ade gambar eisya yang clear..mr hubby dok bz melayan ummi ngan eisya sampai tak sempat nak snap bebanyak gambar eisya masa ni. Yelah dah la first time tu yang kalut skit..tapi terharu sangat sebab mr hubby sentiasa di sisiku..argh..nak menangis rasanya..i love u b..



2) Letakkan butir ini :

Nama penuh :
Nur Aleesya binti Mohd Adzhar

Nama Panggilan :
Aleesya, Eisya

Jantina :
Girl / Female

Tarikh Lahir :
09. oct 2008 (9 syawal)

Tempat Lahir :
Puteri Specialist Hospital Johor Bahru

Berat Lahir :
3.28 kg

Cara Kelahiran :
Operation/ Ceazer

3) last sekali... apakah harapan korang pada anak ini.. dan korang nak anak ini jadi apa besar nnt... dan KENAPA..?

harapan? :
ummi harap eisya akan jadi anak yang solehah. anak yang akan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Seorang anak yang mendengar kata, yang taat pada perintah agama, anak yang sihat dan cergas dan yang paling penting eisya sayangkan ummi & daddy. Anak yang cemerlang dunia dan akhirat..

besar nk jadi ape? :
ini hanyalah harapan ummi saje..kalau boleh nak eisya jadi doctor la. boleh merawat ummi n daddy then boleh berkhidmat pada masyarakat..jadi doctor yang solehah..amen..


Sessi terakhir..
hahah..sesiapa yang terlist dalam blog list ummi tu sila la wat tag ni ye. kalau belum buat lagi la..mesti tau!!

Tuesday, April 14, 2009

Dalam dilemma....

Pernah tak dalam hidup ni menghadapi dilema??kena pilih satu di antara dua. Perkara ni lah yang ummi paling tak suka sekali sebab kalau tersalah pilih mesti akan merugikan kita. Emm tak sukanya keadaan macam ni..arghh....Tapi yang pasti kena kena minta pada yang Esa juga. Minta petunjuk pada dia. So kena la wat sembahyang istiharah..Moga-moga ummi diberi petunjuk dariNya..hahaha..pe jela entry untuk kali ni. Otak ni dah macam tak boleh berfikir lagi.asyik dok teringatkan masalah je..best tak kalau hidup ni tak ade masalah??mesti tak seronok jugakkan sebab kadang-kadang masalah ni akan mematangkan hidup kita dan memberikan pengalaman yang baru dalam hidup. Emm cakap macam merapu je..Ok la ummi stop la kan sini dulu sebab macam kekeringan idea je..Ya Allah berikanlah aku petunjuk dengan jalan yang terbaik buat diriku dan keluarga ku..Ameen.. Ops..sebelum tu layan je la gambar-gambar penghibur hati ummi ni..inilah penguat semangat ummi..Nur Aleesya bte Mohd Adzhar..I love u sayang..Pada kawan-kawan ummi jangan lupa vote for eisya dalam baby contest mama aqish nanti k..

Monday, April 13, 2009

Berita hujung minggu


Fast & Furious 4..movie ni memang best la..ummi boleh bagi 5 bintang. Ummi dah pergi tengok movie ni weekend hari tu dengan mr Hubby tersayang. Hahaha..eisya ummi tinggal kat umah baby sitter la..sorry ye eisya sebab tak bawak eisya. Tapi petang tu dalam pukul 5 petang ummi bawak jugak eisya keluar. Pegi ambik spec mata daddy. Kesian daddy dah berkobar-kobar nak spec mata baru tapi tak siap lagi la.esok baru datang semula . Eisya lak alhamdulillah dah sihat. Susu pun dah makan minum macam biasa. Tapi ummi kena tukar balik semula susu lama.eisya tak nak minum kalau susu yang baru tu. Aduh dah beli 2 tin susu yang baru tu. Tapi ummi nak try bagi selang seli sekali sekala. macam advise kawan-kawan ummi ..thanks pada yang bagi advise pada ummi pasal eisya hari tu. Eisya dah boleh makan jugak, makan nestum je dulu. ummi kena sl0w-slow- bagi eisya makan sebab takut eisya elergi lagi.kesian eisya berak-berak hari tu.Hah..ni satu kegemaran eisya.. Eisya sangat suka tengok bunga, kalau petang-petang tu mesti kena bawak dia pergi tengok bunga keliling umah,kalau tak dia asyik menjenguk kat luar je. So hari tu ummi pun kasi la eisya bunga, tengok la mawar desa ni..ayu tak..kuang..kuang..

eisya muka masam je sebab baru lepas ngamuk, bagi bunga baru senyap,minah bunga betul la eisya ni.

Friday, April 10, 2009

Eisya kenapa ni...

Help..help..macam mana nak wat ni sebab eisya tak nak minum susu. dah banyak hari macam ni. Ummi last week tukarkan susu eisya kepada step 2 dan tukarkan puting baru untuk eisya.tapi eisya tak nak minum susu lepas tu. so semalam ummi dah pegi jumpa paed cite pasal eisya ni kenapa dia tak nak minum susu then paed cakap eisya tak sakit. mybe sebab dah tukar susu baru.so semalam ummi dah beli susu lama semula tapi still happen lagi. eisya tetap tak nak minum susu. sebab puting baru ke..ummi dah pening memikirkan ni kenapa eisya tetap tak nak minum susu. eisya kecik lagi susu adalah keperluan. Emm..sape ade pendapat dan idea bagi tahu la ummi.

Wednesday, April 8, 2009

Baby Cute Contest

Hahaha..ummi pun nak try jugak la masukkan gambar eisya dalam baby cute contest ni. Bagus jugak mama aqish ni idea. Ummi pun cari la mane gambar eisya yang ok skit..dah lama dah sebenarnya ajak daddy nak wat sessi outdoor ngan eisya tapi daddy ni sibuk je la..konon-konon nak ambik la pic yang cantik-cantik skit..so memandangkan tak de sangat gambar eisya ummi pun pilih jela gambar ni..Ala kalau tak menang pun tak pe sebab saje je nak suka-suka..tapi kalau menang..itu sape yang tak nak kan..hahaha..layan je la.. tapi ade lak peraturannya..

1) Apa yang menarik tentang anak anda??
ala..ummi rasa banyak sangat la yang menarik tentang eisya ni..hahah..puji anak sendiri..kembang jap eisya ni..
-eisya ni memang seorang yang sangat pemurah dengan senyuman..demam pun senyum tak tinggal gak.
-eisya mempunyai mata yang bulat..ramai suka mata eisya tau..
-bulu mata eisya panjang dan lentik..eisya dah besar nanti tak yah la pakai bulu mata palsu lagi tau..ni ori punya..
-emm ramai jugak yang cakap macam ni 'eii..lebatnye rambut, cantik la..'
dah la tu kan..kang orang cakap banyak lak dia punya cite..

2) Mengapa anak anda layak menjadi pemenang baby contest ni??
sebab eisya nak menjadi anak kebanggaan ummi dan daddy,dan juga sebab eisya memang cute la...

ops..no camera pls..

Tuesday, April 7, 2009

Eisya demam pulak

Semalam ummi sempat kuar sekejap waktu ofis untuk nak bawak eisya pegi klinik. mula-mula ingat nak cuti je,tapi bile memikirkan baru je cuti then keje yang sangat banyak so ummi just kuar skejap jela. Nasib baik bos bagi.hahaha..Actually doc cakap eisya ni mungkin dia alergi pada gandum sebab biskut rusk tu ummi beli yang gandum punya. So doc suruh ummi beli nestum beras untuk eisya dulu.cuba kasi eisya makan dan tengok macam ne. Eisya lak demam ni. Aduh malam tadi tido setengah jam nangis,setengah jam nangis..huh..bergilir-gilir la ummi ngan daddy eisya dukung eisya.mata ni tak yah cakap la mengantuknya,dah macam hantu zombi kampung pisang hahaha... tapi demi anakkan..itulah pengorbanan seorang ayah dan seorang ibu.ceh..cakap macam best sangat je. Tapi alhamdulillah semua urusan dipermudahkan Allah...baiknya ayat ni kan. So lepas je balik dari klinik, terus minta babysitter eisya bagi eisya makan ubat demam,antibiotik ngan air garam tu. Huh mencabar sungguh nak bagi eisya makan ubat..macam nak kena berperang ngan dia..Habis semua baju-baju kena sembur balik ngan ubat tu. Eisya..eisya..ubatkan manis..sedap!! padahal ummi sendiri susah nak makan ubat.kalau tak sakit teruk jangan harap la ummi nak makan ubat then sebab tulah eisya ikut perangai ummi.kuang..kuang.. Sebelum nak last entry ni tengok jelah picture ni. Tapi ape kaitan pic ni ngan entry kali ni. Ala 'ape-ape je' dan yang penting 'mantop'..(macam syamsul ghau-ghau lak)

eisya yang memang suka sangat ngan laptop


Monday, April 6, 2009

Eisya sakit peyut ke..

Ummi nak mintak pendapat ibu-ibu semua yang ade pengalaman macam ummi ni. Last friday ummi dah start bagi eisya makan. mula-mula tu ummi bagi eisya makan bubur nasi skit.bubur lenyek..ala dalam 2 sudu je.nak test la. so esoknya lak ummi pun beli la untuk eisya biskut rusks tu. Ummi bagi la eisya makan dalam suku biskut tu.tapi yang menjadi masalahnya ialah lepas makan tu eisya ni banyak kali lak membuang air besar.sebelum makan dulu selalunya dalam 1 kali je sehari tapi bile ummi dah bagi makan ni banyak kali lak.Semalam je ade la dalam 4 kali.dia punye bery-bery tu lak macam cair je. aduh kenapa macam ni yek.eisya tak boleh makan biskut tu ke. so ari ni ummi dah stop bagi eisya makan lagi tapi eisya still yak-yak lagi.hari ni dah 2 kali yak. So ummi nak minta pandangan la kenapa eisya jadi macam tu. atau itu perkara normal sebab 1st time makan atau sebab perut dia dah penuh. Eisya tak macam sakit lak,dia ok je ketawa macam biasa tapi tulah dia yak-yak je. Pada kawan-kawan ummi yang pernah jadi macam ni syer la ngan ummi yer..

Wednesday, April 1, 2009

Cuti......

Esok ngan Jumaat ummi cuti 2 hari. Sambung lak ngan sabtu n ahad. Wah lamanye cuti.ummi leh jaga eisya.Eisya jom kita tido puas-puas.......Horey........Kalau ade masa free ummi update kan umah la..Happy Holiday Ummi......