Friday, July 8, 2011

Pendapat korang???

Salam Jumaat..sekejap je dah jumaatkan..hati sangat gumbira la..esok cuti..hihi..
 tapi cuti tak pergi mana pun sebab mr hubby tak ada la 2 hari..duk la terperap kat umah ngan eisya ngan amani..

Nak tanya pandangan korang la..saje kita tukar-tukar pendapatkan..best gak kan..

Ada member aku ni..member sekerja la..dia ni memang tak pakai tudung..umur dalam lingkungan 30an keatas la..tadi terdengar la perbualan dia ngan kawan dia yang lain..Dia ni bagi tahu la kawan dia yang dia ni rasa macam nak pakai tudung..tapi hati dia macam 50 50 la..mean separuh nak pakai separuh lagi tak nak pakai..So kawan dia ni kata,baik ko jangan pakai sebab nanti hati ko tak ikhlas..nanti ko sekejap pakai nanti tgk tak cantik tak nak pakai lak.dah tu kawan dia ni kaitkan pulak la dengan kisah artis..suruh tgk artis,pakai tudung tapi macam tak pakai..pastu lama-lama tak pakai..

Kawan aku yang nak pakai tudung ni dia kata ,dia dah tanya suami dia..suami dia kata terpulang la pada dia..suami dia tak paksa..then dia tanya anak dia,anak dia kata suka sangat kalau mak dia pakai tudung..then anak dia kata,kalau mak dia pakai tudung,nanti dia pun nak pakai tudung gak..ikut mak dia la kiranya..Kawan aku yang sorang lagi tu siap cakap,ala budak-budak ni time kecik2 ni memang la ikut apa yang kita wat..bila dah besar,mesti wat perangai sendirinya nanti..Adoi,tersentap aku kat situ..

Pada aku tu contoh yang baik la kan..sebab memang betul,selalunya anak kita ni akan jadikan kita sebagai role model dia..Nak memdidik ni biarlah dari rebungnya kan..InsyaAllah,apa yang kita terapkan tu terlekat kat hati dia..

Tapi,aku rasa macam tak berapa setuju je ngan pandangan kawan aku yang bagi pendapat kat kawan aku yang nak pakai tudung tu..Pada aku,biarlah hati kita tak sepenuhnya lagi,tapi yang pasti biarlah kiat mulakan dulu..mana tahu,mungkin dengan pakai tudung dengan tak sepenuhnya tu,Allah bukakan hati kita untuk sepenuhnya..Alhamdulillahkan..Kita ni tak tahu bile ajal kita..nak tunggu sepenuh nya tu,takut tak sempat lak nanti..Masya Allah..takutnya bila fikirkan mati ni..

So,macam mana ngan pandangan korang..mungkin isu ni ada yang sensitifkan..sebab ramai yang cakap,ala pakai tudung,macam la baik sangat..yang penting tepuk dada tanya iman..Moga kita semua dapat wat yang terbaik selagi diberi nafas ni..


gambar tak ada kena mengena ngan n3..hahaha..layannnnn

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

cuba la ko ckp pada dia gini:
soal akidah ni bukan main2 yer..
klu kita mian2 dgn hukum Allah,siaplah esok kat kahirat Allah main2kan kita.
nak gitu?1
aih..
aku keri le dgr klu ade org nka buat baik tpi ade malaun batu api ckp tak payah.
setan tu setan.
sian laki dia sbb dah bgi green light tu.
cukup2lah kita sebelum kwin dulu dah membebankan dosa kita yg byk2 tu kat mak bpk.
ate dah kwin,ade anak..
haruslah berubah menjdi hamba yg muslimah.
insyaa Allah..
kita doa2 ler hidayah tu msuk dan meresap dlm ati si kawan tu.

shila ariff said...

mmg sudah ada niat di hati pun dah kira dapat pahala..besar kecil pahala tu..hanya DIA yang mengetahuinya..cuma perlu ada sokongan n dorongan daripada org sekeliling je..sikit je lagi tuh...ko tolong le yakinkan dia..

NzA said...

jika kita benar2 seorg muslim, kita xboleh brbelah bagi..w.pn hati kata xnk kita wajib menutup aurat...insyaAllah bila dh lama kita trbiasa.....