Friday, February 11, 2011

Kagum..sedih..menyentuh hati..jom baca..

Nak syer gak cerita ni..lagipun bagi penguat semangat..Berjuang hingga ke titisan terakhir..

Sedih,tersentuh,terharu bila baca cerita ni kat blog kak intan..
sanggup bergadai nyawa untuk memberikan susu pada anak dia..sakit pada diri sendiri,dilupakan je..

sama-sama kita jadikan kekuatan dan penguat untuk diri kita..InsyaAllah..

Ya Allah,moga aku terus diberikan kekuatan dan masa untuk menyusukan anak ku Nur Amani...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


--------------------------------------------------------------------------------------------------

gambar selingan..tengah susukan amani..


p/s:-esok balik kuantan lagi..nak jumpa adik yang baru balik dari Cairo..tunggu ye orang kuantan...

17 comments:

Intan said...

Aduiii sebak lagi baca nie...semoga kita sama2 menyusukan anak2 kita selagi mampu dan masih ada lagi rezeki utk mereka...amin.

shila ariff said...

mmg terharu...aku mmg tak le nak fikirkan situasi masa itu...kesian jugak pada bayi kecil tu...kehilangan tpt bergantung..

p/s: cakap pasal kemalangan tu, korang esok drive bebaik ye..dari JB ke Kuantan tu...

Iris said...

sedihnya...

Iris said...

sedihnya...

. i . n . a . z . said...

hi,
sedih sangat la baca. terus rasa sebak.
mintak izin nak copy bole? nak letak kat blog.

tq

Ummi Eisya said...

intan,->amin gak..

shila->emm tula,sian baby tu hilang tempat bergantung..klu cite kat dia bile dah besar,mesti dia rasa banggakan..betapa kuat kasih sayang ibu dia..

Ummi Eisya said...

iris->hihi..dah update blog ke..teruskan semangat bf ye..

inaz->amik la..sesama kita syer ye..

Gieyana said...

touching gak bc...huhu

Moga selamat perjalanan ko yer..take care!

[-suziey-] said...

hukhuk..sedih wei..touching giler..huhu

Ila said...

dah pernah baca ni..aperpun,kasih ibu hingga hujung nyawa kan

Nad @ MamaZakwan said...

sedih...
kasih sayang seorang ibu hingga ke hujung nyawa...

nk balik kg ye? take care, ok..!

mama_kimie said...

smpai mcm tu skali kn...em, tetibe plak insaf dlm diri..coz aku nie kekdng ader gk skit prasan mls nk layan ank aku yg memanjg nk 'mentel' jek bak kat org jawa...hehe... mksudnye asyik nk nenen jela..
pasni xnk la kdkut2 ngn ank lg...dia nk ke xnk ke aku bg jela..hehe

ieda said...

sedihnya dikkk huhuhu
nielah yg dikatakan kasih ibu bawa ke syurga .. insyaallah akan ada ganjaran yg besar buat si ibu ..

ada satu ayat , sekirannya tidak dihalalkan susu seorang ibu maka tidak ciumlah bau syurga bagi si anak itu .. subhanallahhh ..

ps : jgn luper kite date :)) akak di ktn jugak :)))

Farra Dhelina said...

mmg sedih ler kan

Zur@ZaRi said...

berlinangan air mater bacer nie...

mintak share yer... sedey sgt=((



Jom baca: Tikar Getah Kanak2

Ummi Salsabila said...

sebaknya...:(
kuat betul ibunya.demi anak thn sakit.menyusukan anak hingga nafas terakhir.

MamaRifqy said...

Subhanallah =(

meremang bulu romaa..sedey