Tuesday, August 11, 2009

Pemenang Contest Mama Aqish

Akhirnya pemenang untuk contest cute Lil Princess ngan Lil Prince dah terjawab..eisya tak menang pun..hanya sampai top 5 je..tapi itu pun dah syukur sebab dah tercalon k..nanti leh masuk lagi..memang masa mama aqish wat top 5 tu dah leh rasa sape yang menang..to Aqeel ngan Damia Aleesya,tahniah k..memang cute la yang memang tu..Suziey ibu aqell tu lagi best sebab dah 2 kali aqeel memang..leh masuk contest lagi la lepas ni..jangan mak dia je yang lebih sudah..huhu..ok nilah pemenangnye..

Prince


Princess

pada kawan-kawan ummi yang sudi vote eisya,Terima kasih buat korang semua..Memang sporting habis..walaupun eisya tak menang tapi korang memang best la..Ini tanda penghargaan dari eisya..kalau nak copy pun leh gak sebagai tanda terima kasih..(kalau menang lagi grand gambarnye..hihi)



Monday, August 10, 2009

Share info pasal H1N1

Ummi terima dekat email... Just wanna share with u all..

TAKE CARE.. INFO YG BERGUNA

Got this from a friend, Symptom2 org kena H1N1. Sebagai peringatan
==============================================================
High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah

________________________________________

Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.

Take care You & Your Family


Sunday, August 9, 2009

~Jumaat yang menakutkan~

Hari jumaat yang lepas,terpaksa jugak bawak eisya pergi ke klinik sebab selsema ngan batuk eisya tak hilang-hilang jugak..kesian lak nengok dia tido tak selesa je..Eisya demam dari minggu lepas lagi,demam macam dah ok skit cuma selsema ngan batuk yang tak hilang lagi..Bukan tak nak bawak eisya dari awal demam lagi,tapi sebab aku kalau boleh tak nak bawak eisya ke hospital ni,maklumla sekarangkan ramai sangat orang pergi ke hospital..kang lagi teruk demam eisya ni..disebabkan dah bagi last day sampai jumaat(leh lagi tu bagi date line nak bawak gi hospital..huhu..)daku pun bawak la eisya jugak..pergi pagi ke hospital puteri tu,sebab memang takut nanti ramai orang,tak sempat lak nak pergi sekolah..daddy pergi keje tu,terus follow sekali..angkut je eisya dengan tak mandinya..salin baju je..hihihi...

Sampai je kat hospital puteri tu dalam kul 8.30 am..memula tu macam pelik skit sebab nape ramai sangat orang kat pintu masuk ni..lepas parking kete je cecepat pergi,takut nanti lagi ramai orang..tapi,sampai je kat pintu tu,semua orang kena wat saringan dulu..kena pakai mask lak tu..aduh aku dah takut tak leh masuk sebab daku pun still ade saki baki demam lagi ni..alhamdulillah boleh masuk..tapi kena pakai mask ngan sorang je boleh masuk bersama eisya..dia nak kurangkan orang yang masuk hospital..aduh!!dah la beg susu ngan diapers eisya lagi,nak dukung eisya lagi,so ambik keputusan aku la yang masuk..ialah kang daddy susah lak nak terang kat paed nanti..giler sakit bahu masa tu,sebelah dukung eisya sebelah lagi bawak beg..dah la kena pakai mask,eisya lak tak nak pakai..ialah eisya kan kecik lagi,dia mana tahu ape kegunaan mask ni then dia tak suka la nak tutup hidung ngan mulut tu..cuma nurse yang jaga pintu tu,bagi jugak mask untuk eisya..tapi daku cakap la yang eisya tak boleh guna mask ni,nurse pesan kalau boleh jangan duduk kat tempat yang ramai orang..cuba jauhkan diri dari kalangan orang yang berkumpul..sepanjang nak tunggu lift tu kan ramai orang..puas gak daku nak tutup hidung eisya ni,mask tu letak kat tangan je..masa ramai orang kerumun barulah daku tutup skit hidung eisya ni..dalam lift pun tutup gak..lenguh giler tangan..mana nak dukung,bawak beg,nak tutup hidung eisya lagi..sampai je kat klinik paed tu,nengok orang tak la ramai sangat..tapi dah ade la yang menunggu..doc lak ade kes masa tu..kena la tunggu doc lak..aku lak tepon daddy,suh jugak daddy masuk..aku suh daddy cakap nak jumpa doctor lain lak..hahaha,tipu sebab nak masuk hospital la tu..tak boleh nak handle sesorang la..eisya nak susu lagi..nak buat susu lagi..sambil tunggu tu,tanya la nurse yang kat klinik tu,nape kena saring bagai ni..dia kata ade sorang dah kena H1N1 ni..tapi dah hantar ke gov hospital..Ya Allah,masa tu dalam hati doa agar eisya ngan aku dijauhkan la penyakit ni..aku pun dok jauh je dari orang..akhirnya daddy dapat jugak masuk..alhamdulillah,boleh la nak bernafas skit..

Lama gak la menunggu doc tu,dalam kul 10 baru la doc sampai..lepas check smua,eisya tak ade ape-ape.cuma selsema ngan batuk biasa je..takut sangat masa tu..sempat lagi tanya doc,macam ne simptom H1N1 tu,doc siap terangkan lagi..Kena pantau jangan sampai eisya macam sesak nafas je..sebab tu la simptom H1N1 tu,susah nak detect dari awal sebab dia sama macam demam biasa je..Lepas dah settle semua tu,terus balik..tak berani nak jalan mana-mana lagi sebab takut la jugak..kat JB ni kan dah ade ramai yang kena virus tu..tapi dalam pada nak tunggu doc tu,sempat lagi ambik gambar skit..kekekee..layan je la..

tengah tunggu doc..

eisya yang sampai tertido..penat la tu..

suami isteri yang dah macam shinobi je..hihihiii

ummi dan eisya,nak tunggu ambil ubat..

p/s:-
-yeye..eisya dah genap 1o bulan..
-min,terima kasih sebab bertanyakan khabar eisya..




Friday, August 7, 2009

MARILAH MENGUNDI..(PILIHANRAYA KECIL)


Akhirnya sampai la entry untuk mengvotekan si kecik eisya ni..contest yang di anjurkan oleh mama aqish..

so pada sesiapa yang baik hati dan rasa eisya layak untuk dapat title My Cute Lil Princess ni silalah vote for eisya k..

CARA UNTUK VOTE :

copy VOTE G15 dan hantar ke SINI ( pergi kat komen mama aqish tu.. )

undian akan bermula dari 1.07.09 hingga 07.08.09..

pada yang sudi vote tu..eisya nak ucapakan terima kasih ye auntie semua..eisya sayang auntie semua...

VOTE G15 HANTAR KE SINI


p/s : - n3 baru di lihat di bawah..STICKY MODE..




Wednesday, August 5, 2009

*Luahan perasaan*-kononnya..

hye semua..lama dah rasanya umah ku ini sunyi sepi je..tuan rumah demam la..abis semua anak beranak demam..last week pun dok terbaring kat umah je..Sekarang ni kalau cakap pasal demam je mesti orang semua takutkan..kat klinik ngan hospital je berduyun-duyun orang datang..semuanya nak pastikan diri bukan dijangkiti H1NI..mak oi,kalau kat sekolah tu lagi la sekarang ni,asal demam je memang terus suh mak bapak bawak balik la..yang aku kena demam ni sebab, dalam bilik guru tu semua sumbat budak yang demam-demam..dah tu mahu aku tak berjangkit sekali..eii memang la menakutkan betul sekarang ni..Guru-guru je kalau kena demam selsema je,terus akan dapat MC..untuk mengelakkan berjangkit kepada orang lain..Hari tu ade satu kelas tu sampai 5 orang sekali balik..ambik ko..dah tu yang tak datangnye lagi..total yang tak datang adela dalam 10 orang lebih dalam satu kelas tu..memang cikgu-cikgu kalau demam je cakap,tak yah datang sekolah la..duk umah elok-elok ye anak-anak muridku..Berborak sesama cikgu semlam,"Eei,jangan la sampai sekolah kita kena tutup lak..penat nak berganti hari sabtu tau kalau kena tutup sekolah nanti"..hambik ko..kena ganti hari sabtu tau..memang la aku kalau boleh jangan la sampai sekolah daku tutup..penat wei nak berganti tu..cuti memang la best..

Ini pun minggu ni daku bekerja 7 hari seminggu tau..sabtu ade hari KOKORIKULUM, ahad lak jadi fasilitator untuk pelajar form 3..ambik ko..7 hari bekerja..minggu depan lak kena sekolah 6 hari seminggu..sabtu ade lak cuti ganti untuk raya..wei,tolong!!tolong!!bila aku nak bermanja-manja ngan eisya ni..kesian eisya,kalau malam main kejap je dah tido..tapi nak wat macam manekan,kena la bekorban untuk masa depan eisya..lagipun lagi ramai parents macam ni kan??betul tak geng..

ok la..dah-dah la mengupdatenye kan..buku penuh nak kena bertanda ni..huh tak sempat nak tanda kat sekolah..dah la bebudak nak exam lagi ni..esok nak kena fikir nak ajar pe lagi..eisya lak selsema ngan batuk tak baik lagi ni..tunggu sampai jumaat ni,kalau tak ok gak,nak bawak jumpa paed ..kesian dia nak tido malam mesti gelisah semacam je..tak selesa nak bernafas la tu..selsema tolonglah pergi jauh-jauh dari eisya ye..