Showing posts with label happy anniversary. Show all posts
Showing posts with label happy anniversary. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

5 tahun dah bersama..LOVE STORY..

 

Pada 4 June 2006, terbinalah satu ‘masjid’,bersatu dua hati dan 2 jiwa..

 

Mesti korang dah tahukan..tu lah tarikh kawen aku…

 

Dah  5 tahun dah..wow..sekejapnya..teringat waktu bercinta..hihi..

 

DSC00672

pertama kali cium tangan suami.bestnye saat tu..

 

P6040797 

ratu balqis..hihii

 

nanti kita wat n3 betul-betul pasal ni la..ni nak cepat..

 

opss..korang nak baca kisah cinta..baca kat sini ye..part 1, part 2 & part 3 ..cinta yang terhalang..akhirnya bersatu gak..hihiii

 

p/s:-n3 autopublish sbb pengantin tuani balik kampung ada cousin kawen..sama date tu..

Friday, June 4, 2010

4 Tahun Bersamamu..

Ku cari di mana

Kau letak hatimu

Kerna bersamaku ada penawarnya

Hanya kepadamu tempat ku mengadu

Usah kau berpaling

Dan terus membisu

Sememangnya lidah tiada bertulang

Namun itu bukan alasan berdiam

Percintaan ini kita memilihnya

Kesilapan hanya suatu perbandingan..

Kekasih..cintaku ibarat rimba

Andainya dibakar

Tinggallah debuan arang

Siramlah dengan kata-kata saktimu

Semoga asmara

Berbunga ke akhir nanti

Bagi ku engkau

Permata hidupku

Inilah ujian buat kita..

Berjanjilah dan setia

Kekasih padaku

Kita bercinta hingga ke pintu syurga

Sinarilah asmara

Di mata dan di jiwa

Hidupkan cahaya cinta

Selamanya.....

DSC00672
Syukur Padamu Ya Allah, dengan rahmatMu, kami telah berjaya mengharungi ikatan perkahwinan ini selama 4 tahun..Moga ikatan perkahwinan ini akan terus berkekalan dan didalam redhaMu..

P6040748
  P6040797 
Buat Suamiku,moga kita akan kekal suamai isteri di dunia dan di syurga..Terima kasih untuk segala-galanya..

IMG_2106

Tahun ni kita bertiga,insyaAllah tahun depan kita akan berempat..

p/s:

-aku suka lagu ziana zain tu..layan je la k…
-malam nanti pergi ke PD..doakan selamat sampai ye..

Thursday, June 4, 2009

Love Story 3..Detik terindah (Anniversary)

Sambungan dari cite yang lepas..

Arwah nenek juga memainkan peranan dalam nak memujuk family aku ni.aku la yang dok cite kat nenek then nenek la yang kuat jugak pujuk ummi dan abah.first sekali nenek pujuk abah la. dah tu abah lak wat solat mintak petunjuk untuk jodoh anak dia ni..tak tahu la ape yang abah nampak,cuma abah cakap suruh lah diorang datang merisik dulu.aku memula tu macam tak percaya gak la tapi dah abah cakap macam tu takkan nak tanya banyak lak.kang ubah fikiran lagi haru..haha..tapi aku cakap ngan abah ,macam mane ngan ummi sebab ummi la yang paling keras sekali.abah cakap yang tu biar abah yang uruskan..untuk memendekkan cite,ummi pun stuju la jugak.so datangla family x-boyfriend tu datang merisik dan seterusnya datang bertunang..sebenarnya dalam bertunang ni pun banyak gak halangannya..dengan aku sampai feed up dan aku pernah call abah cakap kalau macam ini lah,aku nak kawen kat pejabat agama je.senang dan mudah.tak perlu pening kepala..dah la aku menangis beriya-iya sangat masa tu sampai nak cakap pun susah.dok tersedu-sedan..ish..ish...sedih dan klako pun ade kalau difikirkan hal tu..malas la nak cite sebab ape lak.korang faham-faham jelah kalau perkahwinan tu family tak berapa stuju sangatkan..dah fahamkan..senang cite aku lagi.huhu..(ini kes dah malas nak taip..hahah..)

Maka apabila tiba tarikh yang dinantikan iaitu 04-06-06,dengan rasminya termetrailah hubungan kami dengan ikatan suami isteri yang sah..dengan 3 kali lafaz(husband gemuruh sangat la tu..)aku sudah bergelar isteri kepada MOHD ADZHAR BIN HASSAN..setelah 6 tahun menghadapi onak duri tau..Dan hari ini jugalah GENAP 3 TAHUN usia perkahwinan kami..baru setahun jagung.masih banyak yang perlu di tempuhi..Nur Aleesya tanda cinta kami..untuk mr hubby tersayang sudilah membaca sedikit coretan ini ye..Juga buat Aleesya seandainya Aleesya sudah boleh membaca suatu hari nanti..(eii macam nak tinggalkan wasiat la pulak..)

To my beloved Hubby :

Suamiku,

Tahukah kenapa aku sangat menyayangimu?

Disaat kau mula menikahiku

Allah sungguh telah menunjukkan kuasa terbesarNya kepadaku

Semua terasa indah,

Hidup terasa lengkap,

Ibadah pun menjadi terasa semakin nikmat


Dan kau,

adalah kekasih seperti yang kusuka

adalah teman seperti yang selalu ku harapkan

adalah imamku yang sangat dekat

My heart is full of endless gratitude

That you are the one who guide me thru


Suamiku,

maafkan aku dalam setiap layananku terhadapmu

seandainya itu membuatmu terkecil hati

percayalah bahawa aku ingin menjadi yang terbaik buat dirimu


Dalam bimbinganmu kurasakan nikmat Allah yang tak terkira

Di lenganmu kujadikan tempat bersandar buat diriku

Di hatimu disitulah ketemui cinta kita yang sejati


To my cute daughter

Anakku,
Bila ibu boleh memilih

Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan

Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,

kerana ibu kecewa dan berurai air mata


Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan

Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,

Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,

Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang

junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu


Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat

Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu


Tetapi anakku

Hidup memang pilihan

Jika dengan pilihan ibu , engkau merasa sepi dan merana

Maka maafkanlah nak

Maafkan ibu….Maafkan ibu

Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,

agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang

Percayalah nak

Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu

Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu
(Hasil dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati)

p/s:-
-suka sangat baca puisi tu..sedih wok..
-lepas ni aku akan back to the normal mood..
-layan jela pic kat bawah ni..

seriusnye muka..berdebar ke??


pengantin perempuan yang control ayu..


mesra gitu..

bersanding..

dialah dihati