Wednesday, August 19, 2009

Ketulusan Hati..

wei title macam tajuk lagu je kan..dah tahu tahu nak tulis tajuk pe..ade kaitan ke ngan n3 ni..huahuahuaaa..layan.......

sabtu ni posa dah..tak sabar nak posa ni..first time berposa bersama eisya..mesti cik kecik tu akan bangun bersahur sama..sebelum ni daku bangun sahur(ganti posa la..)dia mesti ikut bangun gak..budak kecik tu nak nyebok sama..sekarang eisa ni macam wat perangai..asyik nak ngan ummi dia je..sampaikan ngan daddy pun tak nak..tgh malam nak susu pun nak ummi gak yang bagi..kalau dulu daddy bagi sempoi je dia minum, now dah tak nak pulak..pe hal la anak ummi ni??perubahan nak ke 1 year ke..layan jela cik kecik ye..

Sekarang ni busy skit sebab menanda paper exam bebudak..nak anta sebelum cuti sekolah ni..banyak lak tu..tapi sempat lagi ko upodate blog ni..dah masuk dalam list sekali tu..huhuuu..kang malam pulak nak pergi ke pesta konvo UTM..last day..harus ku pergi sambar ape yang patut untuk raya ni kan kan..

Hari isnin hari tu,kat sekolah dah lancarkan
minggu patriotisme..huh bersemangat daku menyanyikan lagu merdeka tu sambil mengibarkan bendera..sangat menghargai keamanan negara kita ni..walaupun ade la skit demontrasi tapi tetap terkawal..Moga Malaysia akan terus MERDEKA..tahu tak pe tema untuk hari kemerdekaan ni..1 Malaysia,Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan..(wei kalau tak silap la tu ye..kalau salah ampun ...hihi..)sama-sama la kita kibarkan bendera ye..

dah tak tahu pe nak update lagi ni..opss sempena bulan ramadhan yang nak tiba ni, daku memohon ampun ye seandainya sepanjang berblog ni ade yang terguris hati dengan komen ataupun dengan kata-kata kat blog ni..moga puasa kita akan diterimaNya..

sebelum tu..tengok la cik kecik ni kemas katil..sungguh kemas jadinya..

eisya,muka eisya nampak bulat la..keekeee..


wat muka tak bersalah la tu..hihiiii



Sunday, August 16, 2009

~Baby In Pink Contest~

Suka la masuk contest ni..sebab daku ni memang suka sangat ngan warna pink..so memang baca je ade contest baby in pink terus rasa nak joint..sampaikan pelajar daku semua dah tahu yang cikgu dia ni peminat pink..sebab semua barang-barang cikgu mesti pink..huhu..ok kita intai syarat-syaratnye dulu k..

------------------------------------------------------------------------------

Contast ini adalah sempena birthday Puteri yg ke 1 thn 3 bln dan contest ini akan ditutup pada birthday Puteri yg ke 1 thn 4 bln..huhu


So, jom check Terms & Conditions..



Terms and Conditions for this Contest :


1. Contest ini terbuka kpd semua BLOGGER.. Tempoh Contest adalah dari hari ini sehingga jam 5.00 ptg pada 22 August 2009..

2. Contestant diwajibkan menjadi FOLLOWER blog Sha a.k.a ibu Puteri serta ADD link blog ini dalam bloglist anda..
3. Contestant diwajibkan untuk letakkan banner di side bar blog masing2.. Banner tersebut mestilah di link dengan link ini : http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html
4. Sila upload sekeping sahaja gambar anak anda & buat special entry tentang contest ini. Pada gambar tersebut, nyatakan nama baby & tarikh lahir baby..
5. Jantina baby tak kira boy or girl, yg penting gambar tersebut mestilah gambar anak anda berpakaian baju or seluar berwarna PINK. Anak anda mestilah yang dilahirkan dalam tahun 2007-2009 sahaja..
6. Dan jangan lupe utk jwb soalan ini :
a) Kenapa anak anda patut menang dlm contest ini??
b) Apa yg anda tahu ttg blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini?? Just nak tahu ape yg anda tau..Extra marks k..

7. Pastikan di entry anda terdapat link2 ini ( kalau xde, ur entry will be DISQUALIFIED).

Link blog ini http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/

Link contest ini http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html

8. Setelah entry anda mematuhi semua syarat2 yg telah ditetapkan, sila tinggalkan URL-Link-Contest anda di ruangan Comment entry ini sebagai tanda anda dengan SAH nye telah menyertai contest ini juga memudahkan juri membuat semakan..

9. Pemenang akan ditentukan oleh juri Profesional yg dilantik sendiri..huhu...

Hadiah Misteri Menanti Anda!! Penaja Amat Dialu-alukan!!

-------------------------------------------------------------------------------

1) - memang blogger pun

2) - done

3) - done

4, 5, 6, 7) -
Nama baby : Nur Aleesya binti Mohd Adzhar
Tarikh lahir : 09.10.2008

Special n3 :- Contest ni diadakan sempena ngan birthday Puteri Sha iaitu Puteri Nur Shaikha yang ke 1 tahun 3 bulan..mesti mama puteri ni peminat pink macam daku jugak..Pada sesiapa yang nak joint tu boleh la pergi ke blog Shasha ni iaitu http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/ ataupun terus kepada link contest ni http://shashashaikhazaihid.blogspot.com/2009/07/baby-in-pink-contest-sticky-mode.html..
sempat lagi kalau nak joint..tarikh tutup adalah pada 22 august..jom geng blogger semua..


Kenapa anak anda patut memang ?
coz eisya ni memang banyak baju pink..ialah ibu dia kan peminat pink..dapat lak anak perempuan so lagi la giler pink..eisya memang nampak lebih feminin kalau pakai barang-barang yang pink ni..lagi bertambah cute eisya ni dengan senyuman dan matanya yang bulat..memang cute la kalau pakai semua aksesori pink..eisya love pink..

Apa yg anda tahu ttg blog Sha ni & kenapa anda suka baca blog ini??
baru je kenal ngan sha ni..so yang mungkin hanya sikit saja yang diketahui tentang blog ni..shasha ni dok kat JB..satu daerah lak ngan daku..leh la lebih kenal lagi ni..lagi satu sha ni pun penggemar contest..banyak tul contest yang disertainya..Masa birthday bash puteri tu, semua yang hadir kebanyakkan pakai warna pink..cantik sangat..sampaikan kek pun warna pink..memang peminat pink betul ni..Ade satu gambar tu gambar puteri yang diambil sewaktu menyertai Baby cute contest anjuran The Store JB,memang cute sangat gambar-gambar tu..pandai tul puteri ni bergaya depan kamera..

8) - done

9) - undian pilihan juri..suka suka suka..tak yah nak pancing undi lagi..

okla..rasanya dah cukup semua penyertaan tu..harap tak ade yang tertingal ni..sila terjah ye Sha..Pink Club..





Friday, August 14, 2009

Eisya rindu kat auntie...

Auntie-auntie semua..ingat lagi tak ngan eisya..kali ni eisya nak interframe lagi..eisya rindu ngan auntie semua..selalu ummi je yang cite pasal eisyakan, so ni eisya lak nak cite pasal eisya sendiri..

Sekarang eisya dah 10 bulan 5 hari..ummi cakap eisya dah nak setahun dah..ummi selalu cakap dia rindu masa eisya kecik-kecik dulu. daddy lak selalu nak tido kan eisya macam masa eisya kecik tu,eisya tak suka la..eisya sekarang dah besar..eisya tak suka tido macam tu lagi..sekarang eisya dah ade style tido sendiri..hihi..tapi eisya suka tido ngan daddy sebab nanti daddy yang akan tido dulu..eisya akan korek biji mata daddy..daddy tak marah kan??

Hari tu eisya ade dengar ummi cakap ngan daddy pasal nak buat birthday party eisya..eisya suka la..tak sabar eisya nak tunggu party tu nanti..ade kek kan,tapi eisya dah boleh makan ke??nanti eisya tanya ummi ye..auntie nak tahu tak pe yang eisya dah pandai sekarang ni..eisya tulis pe yang eisya tahu jela..nanti ummi sambung lagi k..

-eisya dah berani nak berdiri kat sofa tu..eisya suka sangat..ummi cakap eisya dah boleh angkat badan sendiri..
-hari tu ummi bawak eisya pergi klinik..doctor cakap berat eisya dah 10.4 kg..ummi pun cakap berat eisya dah naik..
-eisya dah merangkak,tapi eisya takut nak laju-laju..eisya buat slow-slow je..nanti eisya cuba buat laju-laju..
-eisya suka tunjuk barang-barang kat ummi..nanti ummi bagi tahu ape nama barang-barang tu..
-eisya dah pandai main cak-cak.ummi suka layan eisya main..eisya sorok belakang bantal pastu eisya cari ummi..
-ummi dah ajar eisya sedut straw..tapi eisya tak pandai lagi.. eisya belajar lagi ye ummi.
-eisya dah tahu tunjuk kalau ummi tanya mana daddy,mana atuk,mana tuk ngah..eisya sayang dorang semua..
-eisya suka baca buku..macam-macam buku ummi beli..eisya dah kenal kalau ummi tunjuk mana bear,star,cat ngan mouse je..yang lain eisya tak kenal lagi..ummi ajar lagi ye..
-eisya dah pandai tepuk tangan..bye-bye pun eisya dah pandai dulu lagi..eisya selalu bye-bye ummi nak pergi keje..eisya tak nangis pun sebab ummi cakap cari duit untuk beli barang eisya..yeye..nanti eisya dapat barang baru lagi..

auntie,eisya dah tak ingat la ape lagi yang eisya dah pandai..ummi update semula la nanti..nak tengok gambar eisya tak??masa ni eisya pergi pameran orkid..banyak sangat bunga..ummi suka la tu tengok bunga..tapi ummi cakap tak boleh lama-lama sebab ummi cakap bahya jalan kat tempat ramai orang..eisya pun takut..nanti kalau eisya sakit,kesian kat ummi..selalu tak tido sebab eisya..

cantik tak flower tu??

eisya ngantuk masa ni..


eisya ngan ummi..love u ummi..


eisya takut nak tengok air tu..eisya tengok daddy je


eisya ngan ummi lagi..


ummi,apa yang ummi fikirkan tu??


ummi ni,tak abis lagi ke berangan??


eisya with daddy..love u daddy

eisya dah ngantuk..nanti eisya tulis lagi ye..sayang auntie semua..miss u auntie..




Thursday, August 13, 2009

Kehilangan lagi..Al-fatihah

berita yang mengejutkan..copy dari murai.com..

------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2009: Penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Farihin Abdul Fatah, Allahyarham meninggal dunia selepas rebah dan pengsan ketika latihan program Syahadah di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Difahamkan arwah juga mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Selain seorang penyanyi nasyid, Ustaz Asri juga seorang pendakwah, bilal dan kerap menjadi imam dalam pelbagai program bercorak ibadah kerana pengetahuan agama dan kelunakan suaranya itu. Beliau yang dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor juga baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-40, minggu lalu.

Pemergian mengejut Allahyarham bukan saja mengundang kejutan buat karyawan muzik, rakan seperjuangan serta peminatnya, malah ia dianggap sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air khususnya dalam arena muzik nasyid sendiri.

Farihin yang banyak terbabit dengan pembikinan album nasyid berkata, Allahyarham memang sentiasa bekerja keras, cukup konsisten dan serius dalam mengembangkan irama nasyid kepada seluruh pendengar.

"Perjuangannya berdakwah dengan nasyid cukup lama iaitu sejak beliau masih lagi remaja dan tidak pernah berhenti berjuang untuk memastikan nasyid mendapat tempat di kalangan masyarakat.

"Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Asri ketika dia sudah menganggotai Rabbani tetapi ramai tidak tahu bahawa dialah antara penyanyi nasyid yang menjayakan lagu Asma Ul-Husna

"Waktu itu, kami sama-sama menganggotai kumpulan Nada Murni dan saya sendiri turut terbabit dengan penerbitan lagu Asma Ul-Husna itu. Bagi saya, arwah Ustaz Asri bukan saja memiliki vokal nasyid yang terbaik tetapi juga mewakili simbol Islamik menerusi dakwah yang disampaikan menerusi lagu-lagunya," kata Farihin kepada murai.com.my.

Selain Ustaz Asri, Rabbani turut dianggotai oleh Zulkiflee Azman, Ahmad Syafie, Mohd Asri Ubaidullah, Mohd Rithaudden bin Yaakob, Mohd Loqman Abd. Aziz, Azadan bin Abdul Aziz, Hamzah Hasyim, M. Afendi Shahbudin, Nazrul Azhar Tamrin dan Azizan Khalid.

Bersama Rabbani yang mula ditubuhkan pada 1 Mac 1997, Allahyarham Ustaz telah menghasilkan banyak album antaranya Arah, Muhammad Ya Habibi, Pergi Tak Kembali, Iqrar 1421, Intifada, Aman, Qiblat Yang Sama serta Epik.

Rabbani juga adalah penerima anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) sebanyak 4 kali menerusi kategori Album Nasyid Terbaik iaitu Iqra 1421 (2001), Intifada (2002), Qiblat (2003) dan Maulana (2007). Album Iqra 1421 juga menang Album Terbaik dan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album pada 2001. Mereka juga adalah pemenang Kumpulan Nasyid Paling Popular ABPBH dari tahun 2001 - 2008.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Lancong, Seksyen 27, Shah Alam hari ini. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Ustaz Asri dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang terpuji. Al-Fatihah.
yang pernah ditayangkan di RTM satu masa dulu.

-------------------------------------------------------------------------
sedih masa dengar berita ni..daku sangat meminati suara arwah ni..masa study dulu selalu dgr nasyid lagu dia..siap beli cd ori lagi masa tu..memang syahdu dan sedap je rasanya..nanti dah tak ade lagi la alunan suara arwah kat astro oasis tu..selalu dgr kalau time maghrib tu..juga tiada lagi kedengaran suara arwah ketika laungan takbir hari raya..

dia meninggal dalam usia yang muda dan tanpa disangka-sangka..sudah bersediakah kita untuk bertemuNya..renung-renungkan dan selamat beramal..

Al-fatihah untuk arwah Ustaz Mohd Asri..moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

p/s :-tetiba teringat lak lagu kumpulan hijaz ni..layan jela ye..



Wednesday, August 12, 2009

Ok tak??

Dah lama sebenarnya nak post n3 ni,tapi terlupa letak gambar kat mane..hahahaa,sebab dah banyak sangat pic dalam laptop ni,so tu yang letak folder mana pun dah lupa..leh tak gitu..Dapat hadiah ni minggu lepas lagi..memang wangi la sabun ni,,sayang la nak guna..rasa nak simpan je..sentimental valuekan..huhu..hadiah ni dari ibu addinnasa sebagai pemenang contest syer pengalaman bersalin tu..Terima kasih ibu addinnasa..Ibu addinnasa ni,ade wat contest lagi..hadiah dia lagi best..paling mahal hadiah rasanya setakat ni..terjah la blog ibu addinnasa ni ye..

sabun wangi..

hah,lagi satu ni..amacam mengancam tak lagu kat blog ni..layan rock kapak jap la ye..nanti lagu raya lak ye..teringat zaman muda-muda dengar lagu ni (dah tua dah rupanya)..kekekkeee,ni lagu zaman bercinta cinta monyet dulu..rindunya zaman tu..bestkan lagu ni..mesti sape yang sama umur ngan umur daku akan membesar ngan lagu rock kapak ni la..layan jiwang ye.. Axl's - ANDAI DAPAT KU UNDUR MASA--yeyehh..