Wednesday, December 10, 2014

Ward 438b-Puteri Specialist Hospital

Biar menjadi kenangan di sini....

Pengalaman pertama kot.. Alhamdulillah, tak pernah lagi aleesya dan amani kena tahan ward sebelum ni.. So memang tak ada pengalaman langsung.. Tapi Allah, nak uji, nak bg tahu apa yang orang lain rasa...
1.12.14- amani demam yang serius skit.. Muntah banyak kali.. habis semua keluar walaupun air masak..

rentetan peristiwa..

30.11.14: Siang tu bawak dorang ni g jalan-jalan.. g angsana..g jusco.. beli apa yang patut.. pastu balik umah, malam tu pulak ada majlis cukur jambul sepupu daddy dorang.. pergi pun dalam lepas isyak macam tu.. hah, sebelum tu de g beli hadiah tuk baby.. Malam lepas majlis tu, dah rasa badan amani macam panas je.. ingatkan sebab amani penat.. so suh amani tido macam biasa..

pukul 3 pagi:
amani bangun pastu nangis.. dia kata dia demam.. bile rasa, mmg betul dia demam.. terus la on ubat demam.. lap kan badan semua.. pastu dia tido semula..

1.12.14: Pagi tu lepas bagi amani susu, dia dah mula muntah.. habis selambak kat selimut.. bagi makan ubat..mandi dan dia tido semula.. pastu nangis sbb tak selesa.. minum air masak.muntah..muntah lagi.. tah berapa kali dah.. bagi susu lagi pun sama gak..
 so masa tu, ingat nak terus bawa g puteri hospital je..tapi call, sekali tutup daa.. sempena hol sultan johor kot..hihi..lupa sebab apa cuti..
 jadinya bawak jelah amani g klinik pakar kanak-kanak taman pelangi.. giler ramai orang kat klinik.. masa nak tunggu giliran tu sempat sekali amani muntah.. dah jmp doc, kena amik injection sbb kalau bg ubat,mesti dia muntah lagi.. doc just suh bg ubat demam je nanti..
balik umah, nak bg makan ubat, ok lagi memula.. sekali tak lama lepas tu..muntah lagi.. habis la semua ubat.. sian sgt tgk amani sebab dia dah sampai keluar air kuning2 dah..habis semua isi dalam perut.. dengan tak makan.. asyik keluar je.. amani pun dah tak nak minum susu even air masak.. dia kata t muntah lagi..

pukul 8.00 malam:
masa tu amani dah lembik je..so amik keputusan pergi jelah emergency.. nak tunggu esok baru nak g jumpa doc kat puteri, nanti apa2 boleh berlaku.. Terus ke emergency.. kena masuk ubat kot muntot.. doc pun kata memang kena tahan sebab amani dah muntah byk kali sgt.. dah dehydrate..
maka bermulalah episod bermalam di ward...

Amani kena tahan sampailah hari rabu.. 3.12.14.. Memang tak sanggup rasanya kalau tgk budak-budak ni sakit.. lagi bile dia nangis kata sakit.. waaaa.. meleleh gak air mata tgk dia.

Memang satu pengalaman jaga anak kat ward.. tengok anak-anak yang lain sakit.. Berkongi suka-duka dengan mak-mak yang jaga anak kat sana.. Moga anak-anak ummi dilindungi oleh penyakit yang merbahaya.. Layan gambar lak pulak.. penat dah nak menaip.












Alhamdulillah.. Dah sihat.. Dah boleh balik umah..

Hah, tulah pengalaman pertama ummi dan amani.. Apa-apa pun, sakit tu ujian Allah, Ujian tu tanda Allah sayang.. Kan..kan...




1 comment: